Kerajaan Malaysia dengan kerjasama pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera dan juga Rela telah mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (KPK) Fasa 2 dengan melanjutkan tempoh perlaksanaan sehingga 14 April 2020. KPK Fasa pertama tamat pada 31 Mei 2020 yang berlangsung selama 14 hari bermula 18 Mac yang lalu.

Perlaksanaan PKP Fasa 2 ini adalah penting untuk memastikan penularan wabak Covid-19 dapat diputuskan sepenuhnya. Ia adalah berdasarkan pertimbangan dan penelitian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sepanjang perlaksanaan KPK Fasa 1.

Polis Terengganu Laksanakan Sistem Penggiliran Berasaskan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam KPK Fasa 2

Polis Terengganu Laksanakan Sistem Penggiliran Berasaskan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam KPK Fasa 2

Melihat kepada perkembangan situasi wabak Covid-19 serta perlaksanaan KPK Fasa 1, pihak PDRM Terengganu telah memutuskan untuk melaksanakan sistem penggiliran nombor pendaftaran kenderaan dalam memastikan jumlah kenderaan di jalanraya dapat dihadkan dengan lebih berkesan.

Perlaksanaan ini akan dikuatkuasakan mulai Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Ke-2 yang akan bermula pada 1 April 2020.

Sistem Penggiliran Berasaskan Nombor Pendaftaran Kenderaan ini akan dilaksanakan buat semua jenis kenderaan persendirian di negeri Terengganu.


Mengikut sistem ini, angka terakhir nombor pendaftaran akan dijadikan panduan, sama ada nombor ganjil atau nombor genap. Pada 1 April 2020, hanya kenderaan persendirian dengan angka nombor ganjil sahaja dibenarkan untuk bergerak bagi sebarang urusan.

Manakala kenderaan persendirian yang bernombor genap akan dibenarkan bergerak pada 2 April, dan seterusnya seperti dalam gambar di bawah.
Menurut laman Facebook rasmi PDRM Terengganu, jika didapati mana-mana kenderaan persendirian yang tidak dibenarkan bergerak pada waktu KPK Fasa 2 ini - berdasarkan sistem penggiliran, dan melalui mana-mana sekatan yang dibuat oleh PDRM Terengganu, pemilik kenderaan akan diarahkan untuk kembali ke rumah masing-masing.

PDRM Terengganu menjelaskan, pendekatan ini terpaksa dibuat bagi menghadkan jumlah kenderaan yang masih tinggi di atas jalanraya seolah-olah tidak menghiraukan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dikuatkuasakan.

Pelaksanaan arahan ini akan diteruskan sehingga arahan baru dikeluarkan.

Untuk rekod, Terengganu mencatakan jumlah kes sebanyak 47 kes positif Covid-19 sehingga jam 12:00 tengahari 30 Mac 2020.


Komen Anda

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Bisnes Tudung Online
Sebelumnya Seterusnya
Lubuk Bundle Gred AA

Dropship USD