Anda dah terima ke 5 keping face mask percuma yang dijanjikan oleh kerajaan Malaysia? Alhamdulillah, saya sudah terima topeng muka percuma menerusi AJK Rukun Tetangga (KRT) kawasan perumahan saya.

Menurut apa yang diberitahu oleh Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pemberian topeng muka atau face mask percuma itu diedarkan menerusi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ke daerah-daerah seluruh Malaysia sebelum diagihkan kepada setiap isi rumah oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.

3 Keping Face Mask Percuma dari Kerajaan Dah Selamat Diterima


Pada awalnya, saya tidak mengharapkan sangat topeng muka percuma akan diterima dalam tempoh terdekat ini, apatah lagi dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuat-kuasa. Lagipun, sejak berakhirnya PKP Fasa 2, topeng muka atau face mask sudah mudah didapati.

[ads id="ads1"]

Masalah Awal Mendapatkan Topeng Muka

Pada awal-awal PKP berkuat-kuasa, memang ada masalah nak dapatkan topeng muka. Banyak farmasi, kedai dan pasaraya yang sebelum ini ada menjual topeng muka sudah kehabisan stok. Kalau ada pun, harganya sudah melambung daripada harga biasa.

Ada juga pemborong topeng muka yang hadapi masalah bekalan tergendala di pelabuhan kerana masalah Kastam. Lebih-lebih lagi penjual yang mendapatkan stok topeng muka daripada negara China.

Saya dapat tahu bahawa masalah kesukaran mendapatkan face mask kerana pengeluarannya dibuat untuk tujuan eksport, walaupun di dalam Malaysia ada lebih 40 buah kilang yang mengeluarkan topeng muka ini.

Menyedari bekalan dalam negara kekurangan, pihak kerajaan ambil keputusan untuk memberhentikan pengeksportan produk ini sepertimana dilakukan oleh kerajaan negara Indonesia dan juga China.

Kemudian, apabila PKP Fasa 2 dikuat-kuasakan, pada masa sama, pihak Kerajaan tetapkan harga siling baharu untuk topeng muka, maka secara magik-nya ... terdapat semacam lambakan pula dalam pasaran.

Alhamdulillah.

Sejak PKP 3, Topeng Muka Mudah Didapati, Harga Jauh Lebih Murah

Topeng muka dah mudah didapati. Ada yang menjual jauh lebih murah daripada harga siling ditetapkan oleh Kerajaan. Satu perkara yang pastinya memberikan kelegaan pada rakyat biasa yang kebanyakkan telah hilang punca dalam PKP.

Tapi, muncul pula masalah lain bila dah makin banyak topeng muka mudah didapati ni...

Tak kurang juga yang cuba menipu pengguna dengan menjual topeng muka yang tidak menepati spesifikasi biasa. Jual murah tetapi bukan topeng muka yang boleh membantu mencegah Covid-19.


Atas laporan dibuat oleh pembeli, penipu-penipu menjual topeng muka telahpun ditangkap dan didakwa. Langkah proaktif oleh pihak berkuasa untuk mengelak lebih ramai pengguna menerima topeng muka palsu. Kalau tidak, tak pasal penjual jujur terkena kesan dan tempias.

Buat masa sekarang, ketika PKP Fasa 3 dikuat-kuasakan, sudah tiada masalah untuk mendapatkan topeng muka. Tambahan lagi, harganya sudah jauh lebih murah terutama jika dibeli secara banyak atau pukal.

Anda boleh dapatkan topeng muka di Mydin, DIY dan juga kedai runcit serta farmasi. Malah, di kedai serbaneka seperti 7-11 juga topeng muka dijual dengan harga jauh lebih murah daripada harga siling ditetapkan kerajaan.

Topeng muka berkualiti juga senang didapati secara online di Lazada dan Shopee.



Saya dapat merasakan, langkah kerajaan mengedarkan topeng muka secara percuma juga boleh menjadi sebab kenapa harga topeng muka jauh lebih murah dan kesukaran mendapatkannya tidak lagi menjadi masalah.

Laporan akhbar juga mengatakan bahawa kerajaan telah membawa masuk berjuta-juta face mask daripada China ke Malaysia.

Malah, terdapat badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan secara percuma sejak PKP Fasa 3 dikuat-kuasa sehingga 28 April 2020.

Saya dapati dah banyak tempat yang telah menerima topeng muka percuma daripada kerajaan. Setiap keluarga akan menerima 4 keping (minima) topeng muka sepertimana yang diumumkan, namun ada juga yang menerima lebih daripada 4 keping, kemungkinan besar sumbangan daripada pihak lain yang terlibat dalam pengedaran.


Saya pula, terima 5 keping topeng muka percuma dan juga satu botol hand sanitizer. Kemungkinan saya dapat lebih daripada 4 keping adalah ia juga melibatkan pemberian daripada pihak KRT. Alhamdulillah.

Anda dah terima ke pemberian topeng muka percuma dari kerajaan?

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement