Waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, memang tak perlu keluar ke rumah jika tak penting. Ini adalah arahan daripada Kerajaan supaya kita semua terhindar dari mudarat penyakit Covid-19. Ia samada menjadi mangsa Covid-19 atau menjadi penyebar wabak penyakit ini.

Saya faham ada ramai orang yang mahu keluar rumah untuk mendapatkan barang keperluan. Dan ada di antara kita yang sebelum ini membeli-belah bersama suami atau isteri terasa sukar melakukannya apabila hanya seorang iaitu ketua keluarga yang boleh keluar di waktu PKP ini.

Beli-Belah Waktu PKP - Dapatkan Keperluan Rumah Menerusi Mr. DIY Secara Online 

Beli Belah Waktu KPK menerusi Mr. DIY

Mengapa tidak melakukan beli-belah secara online? Anda boleh sahaja dapatkan pelbagai keperluan rumah hanya dengan membeli-belah dalam talian daripada banyak laman web shopping online yang ada.

Ok. Mungkin ada di antara anda yang takut dan risau kena tipu oleh penipu atau scammer online. Jadi, pilihan yang terbaik ialah membeli-belah secara online di laman web jenama yang anda percayai, contohnya Mr. DIY.

[ads id='ads1']

Saya pasti ramai yang tahu dan kenal dengan jenama Mr. DIY ini. Mr. DIY antara kedai atau pasaraya serbaneka yang mempunyai laman web sendiri untuk pelanggan yang mahu mendapatkan pelbagai barangan dan produk keperluan rumah secara online.

Malah, jenama ini juga turut mempunyai kedai online di Lazada dan juga Shopee sebagai mempelbagaikan saluran kepada pelanggan untuk mendapatkan barangan daripada kedai Mr. DIY ini.

Sepertimana kedai fizikal Mr. DIY ini, anda boleh jadi rambang mata apabila masuk ke laman web Mr. DIY. Bukan sahaja kerana terdapatnya pelbagai pilihan barangan, malah ada di antaranya dijual dengan harga jauh lebih murah daripada kedai fizikal mereka sendiri.

Sebabnya, memang ada waktu pihak Mr. DIY melakukan promosi khas untuk pembeli secara online.

Masalah untuk bershopping membeli barang keperluan bersama suami atau isteri dapat diselesaikan bila anda boleh bershopping secara online... betul tak? Tak perlu keluar rumah pun .. hanya berada di hadapan komputer atau laptop, atau sama-sama menggunakan aplikasi percuma seperti Shopee atau Lazada.

Oh ya, sekarang ni ada promosi untuk produk keperluan penting untuk penjagaan kesihatan seperti face mask, face shield mahupun hand sanitizer.

Keperluan Pencegahan Wabak Covid-19

Anda boleh ke laman web shopping online Mr. DIY menerusi pautan-pautan di bawah:




Jadi, ambil peluang ini untuk shopping barangan keperluan rumah dengan selamat, tidak perlu keluar rumah waktu PKP ini. Sayangi diri dan keluarga anda serta memastikan orang lain juga selamat dengan shopping dalam talian menerusi Mr. DIY.

Saya sendiri pun mendapatkan keperluan rumah yang kekurangan secara online menerusi laman web Mr. DIY ini. Ianya dihantar menggunakan perkhidmatan Poslaju terus ke depan rumah saya dengan selamatnya.

Beli Belah Waktu KPK menerusi Mr. DIY
Beli Belah Waktu KPK menerusi Mr. DIY

Dah ada cara mudah serta menjimatkan untuk shopping beli-belah dengan selamat hanya di rumah, mengapa tidak lakukan ketika waktu Perintah Kawalan Pergerakan ini? Kan ianya pilihan bijak!

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. That's just GREAT!!!! haa... kami ni macam katak bawah tempurung dah... Ni baru tahu kata Mr.DIY boleh beli secara online... tq 4 d info!!! great!!!

    BalasPadam
  2. Wah banyak uncle borong, hehehe. Masuk kedai Mr. DIY mesti leka. Sekarang PKP shopping online lebih mudah. Hanya di hujung jari.

    BalasPadam
  3. Saya kalau shopping di mr.diy memang tak ingat dunia dah. Ada saja nak beli.

    BalasPadam
  4. mr diy mmg tmpt feberet. xnyh nk beli on9 sbb kdai ada kr blkg umh je..hahahha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement