Free Dettol Shopping Voucher
Tahukah anda bahawa anda boleh membuat semakan dan melihat bil elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) semasa dan terkini menerusi laman web Maybank2u? Sebenarnya anda boleh menyemak dan menguruskan bil-bil anda secara mudah di Maybank2u setelah mendaftarkan setiap servis yang anda ada.

Saya telah menggunakan laman web Maybank2u dan aplikasi M2U secara kerap untuk membayar bil-bil terutama bil elektrik, bil air, bil Indah Water, bil TM Unifi serta pembayaran untuk cukai tanah, cukai pintu yang semuanya saya daftarkan sebagai favourite di laman web Maybank2u.

Cara Nak Semak Bil Elektrik Secara Online Menerusi Maybank2u

Mungkin ada yang tidak tahu cara nak semak bil elektrik TNB menerusi Maybank2u atau aplikasi M2U. Jadi, di kesempatan ini saya nak tunjukkan cara agar dapat membantu anda yang mahu mengetahui bil elektrik terkini terutama apabila bil bercetak tidak sampai ke rumah anda.

1. Login ke Laman Web Maybank2u

Pertama sekali, anda perlu login ke laman web Maybank2u. Pastikan anda mempunyai nombor akaun bil elektrik anda. Nombor akaun ini boleh diperoleh dari bil-bil elektrik terdahulu. Ianya dipaparkan di bahagian atas bil, di ruangan 'nombor akaun'.

2. Masuk ke Bahagian Pay & Transfer

Setelah anda memasukkan id login dan password ke laman web Maybank2u, anda pergi ke bahagian Pay & Transfer. Jika anda pernah membayar bil-bil utiliti sebelum ini dan kemudian memasukkan ke ruangan favourite, semua bil tersebut akan disenaraikan dalam ruangan My Favourites.

Jika anda belum, contoh seperti bil elektrik TNB ini, anda boleh pergi ke bahagian 'Pay To' dan pilih 'Payee'. Kemudian cari 'Tenaga Nasional Berhad' di ruangan pilihan 'Payee' tersebut. Pilih 'Tenaga Nasional'.

Cara Nak Semak Bil Elektrik Secara Online Menerusi Maybank2u

3. Masukkan Nombor Akaun Bil TNB

Masukkan nombor akaun bil elektrik TNB anda di ruangan disediakan. Klik 'Confirm'. Butiran nama pemilik akaun bil akan dipaparkan secara automatik seperti di bawah ini.

Cara Nak Semak Bil Elektrik Secara Online Menerusi Maybank2u
Untuk pembayaran bil pertama kali ini, tiada amaun keluar kerana akaun anda masih belum dimasukkan ke dalam favourites.

Buat bayaran bil elektrik anda - jika tak tahu amaun yang perlu dibayar, letakkan sahaja apa-apa amaun yang biasa anda bayar untuk bil elektrik anda. Kemudian klik 'Pay'.

4. Masukkan Bil ke Ruangan Favourite

Cara Nak Semak Bil Elektrik Secara Online Menerusi Maybank2u
Setelah membuat bayaran, masukkan bil elektrik ini ke dalam ruangan Favourite. Biasanya ia akan terpapar sendiri dan anda hanya perlu sahkan sahaja untuk dimasukkan ke ruangan tersebut. Anda mungkin perlu mengesahkan menggunakan SMS TAC atau menerusi aplikasi M2U.


5. Bil TNB Akan Dikemaskini Automatik

Apabila bil anda telah dimasukkan ke ruangan Favourite ini, anda boleh terus menyemak bil elektrik semasa dan terkini yang telah dikeluarkan oleh pihak Tenaga Nasional.

Caranya ialah dengan memilih bil tersebut di ruangan Favourite. Sebaik sahaja akan klik akaun bil elektrik anda, paparan di bawah akan terus keluar.

Cara Nak Semak Bil TNB Secara Online Menerusi Maybank2u
Ia akan menunjukkan jumlah bayaran bil elektrik terkini yang perlu anda bayar. Sekiranya anda ingin membuat semakan penggunaan elektrik atau mendapatkan cetakan bil elektrik terkini seperti dipaparkan, anda perlu lalukan tetikus ke bahagian 'Amount' dan klik icon 'view my bill' yang keluar.

Cara Nak Semak Bil TNB Secara Online Menerusi Maybank2u
Apabila anda klik, anda akan nampak bil elektrik terkini anda dipaparkan dengan jelas, seperti ditunjukkan di bawah ini.

Cara Nak Semak Bil TNB Secara Online Menerusi Maybank2u


Anda bukan sekadar boleh menyemak bil elektrik terkini menerusi cara ini, tetapi juga bil-bil lain. Contohnya seperti menyemak bil TM Unifi.

Saya dah masukkan akaun bil Unifi ke ruangan Favourite, jadi apabila ingin menyemak bil terkini, saya hanya perlu klik 'View My Bill' seperti dibawah ini. Malah, jika ada bayaran bil yang belum dijelaskan, jumlah bayaran akan tertera di ruangan 'Amount'.

Nak bayar? Terus sahaja klik butang 'Pay'.

Cara Nak Semak Bil TNB Secara Online Menerusi Maybank2u
Anda juga boleh menyemak bil-bil elektrik terdahulu dengan klik pada bahagian atas bil dipaparkan seperti ditunjukkan di bawah ini, hanya pilih tarikh bil elektrik anda:


Mudahkan? Semakan bil elektrik di Maybank2u adalah cara alternatif untuk anda tahu jumlah bayaran bil terkini dan sebelumnya. Cara lain dan lebih baik adalah menerusi laman web Tenaga Nasional itu sendiri di MyTNB.

Tak tahu cara nak buat? Boleh refer post saya sebelum ini di sini - Cara Nak Semak Bil Elektrik TNB Terkini Secara Online

Ok ye. Semoga bermanfaat. Ada soalan? Boleh je ajukan di ruangan komen di bawah.

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. Selalu bayar bil elektrik guna m2u x tahu pulak boleh view bill dekat m2u. Nanti saya nak try lah. Terimankasih atas perkongsian info ni tuan

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Bisnes Tudung Online
Sebelumnya Seterusnya
Bisnes Bundle