Saya tak pasti samada ramai rakyat Malaysia sedar akan perkara ini. Untuk pengetahuan semua, mulai tahun 2021, hari Isnin pada minggu pertama bulan Jun telah diisytiharkan sebagai hari cuti umum. Cuti umum hari Isnin ini sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI.

Pun begitu, cuti umum setiap Isnin pada minggu pertama bulan Jun ini hanya terpakai sepanjang pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI; Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sahaja.

Isnin Minggu Pertama Bulan Jun Diumum Sebagai Hari Kelepasan Am (Cuti Umum)

Isnin Minggu Pertama Jun Diisytihar Cuti Umum Malaysia
Menerusi satu kenyataan, kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk meminda Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah daripada 6 Jun kepada 8 Jun 2020 yang jatuh pada hari Isnin.

Ianya telah dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan media di Facebook rasmi beliau.

Kenyataan Media Pengumuman Pindaan Tarikh Hari Keputeraan Agong XVI

Isnin Minggu Pertama Jun Diisytihar Hari Kelepasan AM Malaysia


Dalam kenyataan itu lagi, pihak kerajaan juga telah bersetuju bahawa Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah adalah pada hari Isnin pertama bulan Jun setiap tahun mulai tahun 2021 sepanjang tempoh pemerintahannya.

[Baca] Takwin dan Cuti Persekolahan 2020

Jadi, untuk semua penjawat awam termasuklah guru ... sila ambil ingatan mengenai perkara ini, dan bolehlah membuat pindaan kepada jadual cuti yang sedia-ada.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Alhamdulillah. Cuti kalau hari Sabtu selalu burn macam tu je. Kalau Ahad boleh la rehat lebih sehari

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah..untunglah mereka yang cuti berderet tu kann...dapat 3 hari..kalau Johor Ahad tu kerja/sekolah..silap-silap ada yang amik cuti hehehehe

    BalasPadam
  3. saya juga baru tahu pasal perkara ini..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement