Ramai rakyat Malaysia yang masih tertanya-tanya dan terkial-kial mengenai pengumuman terkini Bank Negara Malaysia mengenai penangguhan bayaran balik pinjaman atau pembiayaan kepada bank disebabkan oleh arahan Perintah Kawalan Pergerakan dan kesan kerana Covid-19.

Sebenarnya, maklumat mengenainya ada diberikan di laman web rasmi Bank Negara Malaysia (BNM). Cuma mungkin agak keliru disebabkan ia turut memaparkan info lain yang kurang berkaitan dengan individu.

Info Berkaitan Penangguhan Bayaran Balik Hutang Pinjaman Bank

Atas sebab ada kawan-kawan yang minta saya keluarkan dan publish artikel berkenaan info penangguhan bayaran balik hutang dan pinjaman bank, maka saya ambil inisiatif ini untuk kongsikan infografik berkaitan.

Info tangguh bayar hutang bank sebab covid-19
Info tangguh bayar hutang bank sebab covid-19
Info tangguh bayar hutang bank sebab covid-19
Info tangguh bayar hutang bank sebab covid-19


Baik, sebagai tambahan .. mana-mana individu terutama kakitangan awam Kerajaan yang ada membuat pinjaman perumahan di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) adalah tidak termaktub dengan penangguhan ini.

Ini adalah kerana ia di luar bidang kuasa atau seliaan pihak Bank Negara Malaysia. Jadi, pemotongan automatik daripada akaun gaji menerusi bank untuk pinjaman LPPSA ini adalah seperti biasa dan tidak terbabit dalam langkah ini.

Daripada apa yang telah dikongsikan menerusi infografik dari Bank Negara Malaysia tersebut, para peminjam diberikan kelonggaran secara automatik oleh bank pemberi pinjam untuk menangguhkan bayaran untuk tempoh selama 6 bulan.

Tiada faedah dikenakan selama tempoh ini untuk pembayaran lewat namun caj faedah normal seperti dalam perjanjian pinjaman akan tetap dilaksanakan.

Sayugia diingatkan juga bahawa penangguhan bayaran balik hutang pinjaman ini bukan diberikan kepada semua orang, ianya masih tertakluk pada syarat yang dinyatakan sepertimana dalam infografik diberikan.

Ok. Saya harap ia sedikit sebanyak menjelaskan kekeliruan orang ramai.

Untuk maklumat yang lebih terperinci, anda boleh berhubung dengan pihak bank masing-masing. Boleh gunakan infografik di atas sebagai rujukan dan panduan anda ketika bertanyakan soalan kepada bank anda nanti.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement