Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP ini sedikit sebanyak menjejaskan pergerakan terutama yang berkeperluan, malah ada yang sebelum ini merancang untuk menukar petiais yang rosak atau televisyen yang bermasalah, tidak dapat ke gedung elektrik dan elektronik untuk mendapatkan yang baharu.

Tahukah anda, bahawa syarikat Senheng mempunyai aplikasi yang boleh dimuat-turun untuk mendapatkan produk dan barangan elektrik tanpa perlu pergi ke gedung mereka? Malah, anda boleh membeli pelbagai produk elektrik dan elektronik secara online menerusi laman web rasmi mereka.

Beli Barangan Elektrik Secara Online di Senheng - Baucer Sehingga RM300 Menanti Selain Hadiah Tunai Bernilai RM100,000

Beli Barangan Elektrik Secara Online di Senheng
Sejak PKP dilaksanakan, saya dapati ada rakan-rakan yang menghadapi masalah kelengkapan elektrik di rumah rosak dan tidak dapat digunakan. Nak ke kedai untuk repair, kebanyakkannya telah ditutup untuk mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan penularan wabak Covid-19.

Makanya, saya membuat postingan ini untuk bantu mereka yang berkemungkinan ada masalah seperti rakan-rakan saya tu, dengan memberitahu sekalian alam bahawasanya Senheng, sebuah gedung yang terkenal menjual pelbagai barangan elektrik dan elektronik adalah dibuka untuk pembelian secara online.


Saya tak dapat nak kongsi info berkaitan kedai repair barangan elektrik, sebab sah-sah kedai-kedai kecil ini tidak boleh dibuka sepanjang PKP dilaksanakan. Berbeza dengan Senheng yang mempunyai rangkaian penghantaran baranganya sendiri untuk para pelanggannya.

Jadi, jika anda ada keperluan untuk mendapatkan barangan elektrik dan elektronik disebabkan kelengkapan anda itu telah rosak dan sukar untuk dibaiki, maka bolehlah jenguk laman web Senheng atau muat-turun aplikasi Senheng untuk mendapatkan apa yang diperlukan.

Nak lagi, sekarang memang ada promosi untuk semua pelanggan Senheng. Anda boleh mendapatkan sehingga RM300 dalam bentuk baucer membeli-belah di Senheng.

Beli barang Senheng dan menang hadiah wang tunai RM100000

Dan menariknya lagi, pihak Senheng ada kempen 'Review & Share' yang berlangsung dari 1 Mac hingga 31 Mei 2020, membolehkan anda untuk menang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000!

Selain hadiah wang tunai, ada hadiah baucer, Samsung Galaxy Z Flip baharu, dan juga Samsung Galaxy S20+ (tertakluk pada syarat disertakan). Boleh dapatkan butirannya di sini - https://invol.co/clm2rc

Caranya tidaklah susah mana, hanya ikut sahaja terma yang dinyatakan seperti tertera di bawah ini ...

Review and Share Senheng Win Rm100000


Jadi, seandainya anda ada keperluan untuk menggantikan peralatan dan kelengkapan elektrik di rumah, bolehlah gunakan kemudahan shopping online Senheng ini.

Untuk mula membeli-belah selain mendapatkan info lebih lanjut mengenai tawaran disediakan oleh Senheng, bolehlah ke laman web mereka di sini - Senheng Online Shopping Mall


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement