Dah ada yang mengisi borang online e-Filing 2020 untuk cukai LHDN bagi tahun 2019? Jika sudah, tahniah buat anda kerana seperti kata iklan LHDN, anda adalah 'wira untuk negara'. Buat mereka yang masih belum berbuat apa-apa, masih ada masa untuk melakukannya menggunakan aplikasi e-Filing di ezHasil.

Aplikasi e-Filing adalah merupakan sistem yang membolehkan pembayar cukai membuat pengisian dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan borang anggaran secara dalam talian. BNCP dan borang anggaran yang disediakan dalam e-Filing boleh dilihat di sini - Senarai Borang e-Filing

Senarai Pelepasan Cukai Individu LHDN Bagi Tahun Taksiran 2019 (e-Filing 2020)

Senarai Pelepasan Cukai Individu LHDN Bagi Tahun Taksiran 2019
Samada anda pertama kali mendaftar dan mengisytiharkan pendapatan atau pernah melakukannya sebelum ini, perkara penting yang perlu anda tahu adalah senarai pelepasan cukai LHDN untuk tahun 2019 untuk cukai individu.

Senarai pelepasan cukai ini yang seperti diumumkan dalam Bajet atau Belanjawan Negara akan memberikan anda kelebihan untuk mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar.

Senarai Jenis Pelepasan Cukai Individu 2019

Berikut adalah senarai pelepasan cukai yang boleh dituntut beserta jumlah pelepasan yang dibenarkan:

Senarai Pelepasan Cukai Individu LHDN Bagi Tahun Taksiran 2019
Tarikh akhir untuk mengisi dan menyerahkan borang BE untuk cukai individu tahun taksiran 2019 adalah pada 30 April 2020. Jadi, ada banyak masa lagi untuk mendapatkan balik segala resit dan dokumen berkaitan bagi tujuan mendapatkan pelepasan cukai LHDN 2019.

Segala resit perlulah disimpan dengan rapi, dan seeloknya buatlah salinan dalam bentuk digital samada format pdf atau imej/gambar. Buat juga salinan dalam bentuk fotokopi.

Setelah anda membuat segala pengisytiharan dan telah mengisi borang BE selengkapnya, anda bolehlah cetak sebagai rujukan di kemudian hari.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dalam memastikan anda bayar apa yang perlu dibayar untuk cukai taksiran individu 2019 seandainya anda dikategorikan sebagai individu layak dikenakan cukai.

Anda juga boleh rujuk artikel yang pernah saya tulis di sini - Senarai Pelepasan dan Info Cukai Individu LHDN 2019 sebagai panduan tambahan.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bila baca post ni mengingatkan mama tentang efiling. tq HH. dah join giveaway mama tak? jom join Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends. RM 1000 utk dimenangi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement