Sesi persekolahan 2019 telahpun melabuhkan tirainya. Malah, ketika post ini ditulis, keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019 telahpun diumumkan dan memberikan kegembiraan buat ramai anak-anak dan ibubapa. Alhamdulillah, tahniah buat semua.

Berakhir satu sesi, kini ibubapa perlu lakukan persediaan untuk sesi persekolahan tahun 2020 pula. Paling penting ialah mengetahui jadual atau takwim penuh sesi persekolahan 2020 dan jadual cuti persekolahan untuk cuti perayaan sebagai persediaan serta perancangan.

Jadual/Takwim Penggal Persekolahan dan Cuti Perayaan 2020

Jadual dan Takwim Persekolahan 2020

Jadual atau Takwim Persekolahan Tahun 2020 dan juga Jadual Cuti Perayaan untuk sesi persekolahan 2020 telahpun dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara rasmi di portal KPM.

Sesi persekolahan tahun 2020 akan bermula pada 1 Januari 2020 bagi sekolah kumpulan A, iaitu sekolah-sekolah di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan juga Terengganu. Manakala, sesi persekolahan untuk sekolah kumpulan B bermula pada 2 Januari 2020.

Cuti penggal pertama persekolahan adalah selama seminggu bermula 13 Mac dan berakhir 21 Mac untuk sekolah kumpulan A, manakala 14 Mac hingga 22 Mac adalah cuti penggal pertama persekolahan untuk sekolah kumpulan B.

Cuti persekolahan pertengahan tahun akan bermula dari 22/23 Mei hingga 6/7 Jun. Manakala cuti pertengahan penggal 2 adalah pada 24/25 Julai hingga 1/2 Ogos 2020; dan cuti akhir akhir tahun untuk sesi persekolahan 2020 adalah bermula dari 20 November selama 6 minggu berakhir pada 31 Disember 2020.

Berikut adalah jadual takwim persekolahan untuk tahun 2020 bagi sekolah kumpulan A dan sekolah kumpulan B.

Jadual dan Takwim Persekolahan 2020

Jadual dan Takwim Persekolahan 2020

Jadual Cuti Perayaan Sesi Persekolahan KPM 2020

Di bawah pula adalah jadual untuk cuti perayaan untuk tahun 2020 diperuntukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jadual Cuti Perayaan Sesi Persekolahan Tahun 2020
Semoga maklumat dan info ini akan membantu terutama ibubapa yang mempunyai anak yang bakal menghadapi peperiksaan besar tahun 2020 untuk melakukan persediaan lengkap dan awal. Malah, takwim sebegini sangat baik dijadikan rujukan untuk membuat perancangan percutian atau apa-apa majlis besar nanti.

Bermanfaa? Jangan lupa untuk kongsi dan sebarkan ya. :)

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement