Punahkah Kebaikanku Andainya Terbuat Satu Kesilapan?

Hidup sebagai manusia, hendak tak hendak pasti akan berlaku dalam hidup melakukan salah dan silap. Untung menjadi seorang Muslim, beragama Islam ada hari-hari kebesaran yang menggalakkan umat Nabi Muhammad S.A.W saling bermaafan dan melupakan silap dan salah silam.

Untung mereka yang faham akan ajaran agamanya bahawa memaafkan itu satu perbuatan yang mulia.

Andainya Aku Berbuat Satu Kesalahan, Punahkah Kebaikanku?

Pakar SEO Malaysia - Sifu Blogger Blogspot
Andainya saya, mungkin kerana alpa, mungkin kerana kurangnya ilmu melakukan satu kesalahan yang dirasakan sukar dimaafkan, adakah nanti punah segala kebaikan yang diberikan (jika ada)?

Sekarang, mungkin boleh menitipkan bahawa, "Bang .. jangan risau, in Sha Allah, orang akan ingat kebaikan abang pada orang lain ...pasti mereka akan memaafkan".

Tapi, hati manusia. Apabila guris yang terjadi, selalunya ia kekal dan terus bernanah. Walaupun nanah itu disapu kain putih yang lembut dan dibasahi ubat luka yang baik mutunya, ia akan tetap juga meninggalkan kesan .. yang kemudian menjadi parut.

Sesekali mungkin parut itu dilupai. Tetapi ada masa, tangan yang mengusap akan terasa juga bekas parut itu.


Manusia, ramai antara kita melihat akan keburukan memusnahkan segala kebaikan.

Tatkala dia memperlihatkan kebaikan dirinya, ramai yang memuji melangit, sampai diangkat menjadri hero dan idola ikutan, ada yang memanggilnya sifu yang suka membantu. Tetapi ..... langit tak selalu cerah, dan adakala berjalan juga tersadung batu!

Betul?

Tatkala dia melakukan satu salah dan silap yang mengguris hati ramai, semua pakat menghamburkan kata kesat. Langsung dilupakan segala pujian terdahulu, langsung lupakan gelaran hero, idola, pakar dan sifu.

Begitulah hakikat .... di mana sahaja.

Maka, perlulah bersedia apabila tiba saat itu. Ini ingatan untuk diri yang tak seberapa. Hari ini ramai yang memberikan pujian, esok lusa ... tiada yang pasti. Percaya akan Qada' dan Qadr', bersedia untuk menempuh apa jua yang bakal berlaku.

Dunia blog Malaysia.

Bukan satu tempat yang nyaman sentiasa, adakala ribut, adakala petir. Buat semua, banyakkanlah melakukan kebaikan di alam maya, entah esok lusa .. akan dicaci cerca oleh segenap ceruk hingga diri rasa tak berharga.

Nak menjadi penulis blog, kena tegar dengan apa yang bakal diharungi.

Maafkan jika ada kesilapan dan kesalahan.



Post a Comment

2 Comments

  1. menjadi blogger telah mengorbankan banyak masa juga hehehe..

    masa untuk TV, media sosial dan sembang kosong bersama kawan telah berkurangan akibat berblogging

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com