Mereka yang layak untuk menerima subsidi petrol daripada kerajaan menerusi PSP adalah mereka yang tersenarai sebagai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang memiliki kenderaan sendiri. Kadar subsidi petrol adalah RM30 bagi kereta dan RM12 bagi pemilik motosikal setiap sebulan.
Semakan Syarat Kelayakan Program Subsidi Petrol (PSP)
Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan bahawa PSP akan menggantikan subsidi petrol sedia ada yang dinikmati oleh semua orang tanpa mengira kerakyatan dan pendapatan.Menerusi program ini, subsidi petrol akan hanya diperuntukan kepada golongan yang benar-benar layak sahaja berdasarkan kepada data asas yang diperolehi daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan BSH.
Secara amnya, penerima BSH yang layak untuk PSP perlu memenuhi kriteria pemilikan kenderaan yang telah ditetapkan iaitu mempunyai kereta 1,600 cc dan ke bawah; dan untuk kereta melebihi 1,600 cc perlu yang berjangka-hayat lebih daripada 10 tahun.
Manakala untuk kategori motosikal yang layak pula adalah motosikal dengan kapasiti enjin 150 cc ke bawah manakala untuk mereka yang mempunyai motosikal melebihi 150 cc mestilah yang telah berumur tujuh tahun ke atas
Kadar kelayakan juga bergantung kepada jumlah kenderaan yang dimiliki.
Kriteria Kelayakan Untuk Menerima Subsidi Petrol
Berikut adalah kelayakkan untuk menjadi penerima Program Subsidi Petrol (PSP) daripada kerajaan dalam bentuk infografik dari KPDNHEP:Program Subsidi Petrol (PSP) adalah inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban isirumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol. Ia adalah satu bentuk bantuan kewangan untuk membantu rakyat membiayai sebahagian kos penggunaan petrolnya secara bulanan.
Prinsip bantuan yang hendak disampaikan oleh Kerajaan ialah melalui pengagihan semula subsidi yang saksama (equitable redistribution) dan dasar berpandukan data (data driven policy).
Manfaat PSP Kepada Rakyat dan Negara
Menerusi program ini yang akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2020, ia akan memberikan impak positif dari sudut:Untuk mengetahui samada anda atau sesiapa yang anda kenal layak menerima bantuan subsidi petrol ini, bolehlah membuat semakan secara online menerusi laman web berikut - https://psp.kpdnhep.gov.my/
Semakan boleh dilakukan mulai 15 Oktober 2019.
Dengan perlaksanaan program ini kelak, harga Petrol RON95 akan diapungkan bermula awal tahun hadapan secara berperingkat sehingga setara dengan harga pasaran semasa. Untuk waktu ini, harga petrol RON95 akan dikekalkan pada kadar RM2.08 sehingga 31 Disember 2019.
Apa kata anda mengenai perlaksanaan PSP ini? Adakah ianya akan benar-benar dapat dimanfaatkan oleh rakyat? Adakah ia akan memberikan kesan positif terhadap ekonomi negara dan juga rakyat Malaysia seperti anda?
Jika ada komen, boleh tinggalkan komen dan pendapat anda di bawah. :)
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.