Tips Waktu Sesuai Ajar Anak Berenang

Berenang adalah satu aktiviti yang menyihatkan, malah ia merupakan salah satu aktiviti yang sangat dituntut dalam Islam. Nabi Muhammad S.A.W sendiri menganjurkan umatnya untuk belajar berenang selain menunggang kuda dan juga memanah.

Sepertimana ibubapa lain, saya dan isteri juga ingin melihat semua anak-anak kami pandai berenang. Kami berusaha sebaik mungkin untuk membolehkan anak-anak berpeluang untuk berenang paling tidak beberapa kali dalam setahun.

Waktu Usia Sesuai Ajarkan Anak Untuk Berenang

Waktu Usia Sesuai Ajarkan Anak Untuk Berenang
Disebabkan mahu melihat anak-anak pandai berenang, acapkali kami pergi bercuti memilih hotel penginapan mahupun homestay yang menyediakan kolam renang ini. Nak hantar anak belajar di swimming class yang ada berdekatan, hmm .. macam tak berapa nak mampu pula.

Mahal weihh kelas belajar berenang ni. Siapa yang mampu tu, memang saya galakkan. Malah, lebih elok dan wajar dibuat seawal usia anak masih lagi bayi.

Mengikut beberapa tips mengajar anak untuk berenang, kebanyakkan mengesyorkan ibu bapa untuk ajari anak berenang seawal usia bawah 6 bulan. Malah, ada kelas belajar berenang yang syorkan ibubapa untuk hantar anak belajar berenang seawal usia 6 minggu!!

Tips Untuk Mula Ajar Anak Berenang

Waktu Usia Sesuai Ajarkan Anak Untuk Berenang
Menurut Baby Center, bayi boleh mula berenang pada bila-bila sahaja, bahkan sejak lahir. Jadi, memang bukan satu kepelikan pun bila ada yang sarankan supaya anak belajar berenang seawal usia masih lagi bayi.

Waktu terbaik untuk mengajari bayi berenang adalah pada saat usianya di bawah 6 bulan. Kerana pada usia ini, bayi masih mempunyai refleks untuk menutup mulut saat berada di bawah air.

Refleks ini dinamakan sebagai Bradycardic Effect. Akibat refleks ini, bayi akan secara semulajadinya menahan nafas dan membuka mata ketika berada di dalam air.

Pun begitu, sebagai seorang bapa, saya tidak berapa confident untuk ajar anak saya berenang seawal usia di bawah 6 bulan, di sebalik fakta yang bayi ada tindakan refleks semulajadi.


Menurut sumber lain yang saya baca, waktu sesuai untuk mengajar anak berenang ialah pada usia lebih 6 bulan, iaitu sewaktu bayi sudah ada kebolehan untuk mengangkat kepala.

Dapatkan Kolam Mini Plastik di Rumah

Untuk yang baru mula nak ajar anak berenang, lakukan langkah awal dengan memperkenalkan bayi dengan air. Boleh gunakan kolam plastik yang boleh digunakan di rumah, dan gunakan juga pelampung kepala khas untuk bayi.

Bayi yang kecil apabila terapung di air, secara automatik akan mengayuh kaki dan tanganya. Ia tindakan refleks si bayi kerana ingin terapung. Sama macam tindakan kita bila terjatuh dari tempat tinggi, di mana kita akan mengayuh kaki dan mengepak tangan.


Apabila bayi sudah berusia lebih daripada 6 bulan, boleh cuba mengajarkan untuk menyelam di dalam air. Jangan paksa! Kalau selepas percubaan pertama menampakkan bayi seperti tercungap-cungap dan mengelupur.... baik hentikan.

Gunakan Pelampung Tangan

Bila si anak sudah menampakkan kebolehan untuk mengayuh kaki dan menguak tangan, ajari anak berenang menggunakan pelampung tangan.

Jangan sesekali membiarkan bayi atau anak anda berenang sendirian. Ibubapa perlu berada di samping dan memastikan bayi atau anak selesa ketika belajar berenang. Ingatan sekali lagi, pastikan keselamatan bayi dan anak diutamakan.

Aktiviti mengajar anak berenang perlu dilakukan dengan kerap supaya membiasakan anak dengan cara betul dan selamat.



Anda boleh dapatkan kolam renang plastik sebagai langkah permulaan untuk ajar bayi dan anak anda untuk berenang. Kemudian, barulah bawa mereka ke kolam renang yang lebih besar.

Dapatkan Jurulatih Pakar Ajar Anak Berenang - Jika Mampu

Andai berkemampuan, dapatkan jurulatih renang yang pakar dalam mengajar bayi dan anak untuk berenang. Harus diingatkan, bukan semua jurulatih renang pandai mengajar kanak-kanak terutama bayi untuk berenang. Jadi, kena pilih jurulatih yang benar-benar mampu dan berkelayakkan.

Saya dan isteri dengan pengalaman kami, alhamdulillah ... hampir kesemua anak-anak kami boleh berenang sendiri. Hanya tinggal anak bongsu, Najmi yang masih dalam proses nak belajar berenang.

Berenang bukan sekadar aktiviti menyihatkan tetapi ia juga satu aktiviti yang mampu menyelamatkan nyawa. Ia adalah satu kebolehan dan kemampuan yang patut ada dan diajar.


Post a Comment

0 Comments