Sedapnya Najmi Nikmati Sup Gearbox

Siapa sini penggemar Gearbox? Gearbox adalah bahagian lutut atau sendi lembu/kambing. Biasanya menu masakan yang sedap untuk memasak gearbox ini adalah sup. Boleh disediakan sebagai sup berempah atau sup biasa.

Memang ramai penggemar sup gearbox di Malaysia. Saya tak pasti samada gearbox juga popular di luar negara. Cara memasak sup gearbox secara amnya sama sahaja dengan memasak sup daging, kalau ada beza pun .. mungkin ada tambahan bahan lain.

Sedapnya Sup Tulang Gearbox Daging Korban

Di sebelah utara ni, menu masakan sup gearbox ada beberapa cara dimasak. Jika di Kedah dan juga Kelantan, masakan sup gearbox selalunya dimasak mengikut cara masakan ala-thai, ianya diletakkan serai, dan juga batang saderi. Manakala di sebelah Pulau Pinang, sup ini dimasak berkuah lebih pekat ala-mamak kerana dicampur dengan sedikit tepung gandum.


Kalau anda pernah makan di restoran Sup Hameed yang terkenal di Pulau Pinang, sup gearbox biasanya akan dihidang bersama roti. Memang sedap kalau dimakan cicah roti ketika sup gearbox panas berasap.

Uhh ... tetiba rasa dah lama tak merasa makan sup power kat restoran Sahul Hameed ni.

Buat mereka yang tak pernah merasa makan sup tulang gearbox ini, kesedapan yang ada padanya ialah pada kandungan lemak yang terkandung dalam tulang lutut atau sendi gearbox tu.

Ia harus disedut menggunakan straw atau diketuk keluar untuk menikmatinya.

Inilah yang menjadi tarikan ramai penggemar sup gearbox, iaitu keenakan lemak yang ada di dalam tulang tersebut yang tak ada pada bahagian tulang lain - samada lembu, kerbau mahupun kambing.

[Dah Baca?] Teknik Melapah Haiwan Korban atau Akikah

Anak saya antara penggemar sup tulang gearbox ni.

Alhamdulillah, semasa hari raya korban baru-baru ni, dapatlah merasa makan sup tulang gearbox yang diperoleh dari hasil daging korban.

Nih saya kongsi beberapa gambar anak bongsu saya menikmati betapa sedap dan enaknya sup tulang gearbox ...

Sedapnya Najmi Nikmati Sup Gearbox
Sedapnya Najmi Nikmati Sup Gearbox
Sedapnya Najmi Nikmati Sup Gearbox
Kalau anda tak tahu nak masak apa, bolehlah masak menu ni .. sebab ia simple dan sedap. Saya yang menjadi house-husband di rumah memang selalu masak sup tulang.

Post a Comment

0 Comments