Ramai yang nak tahu mengenai Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan masing-masing, namun tak tahu cara paling mudah dan pantas untuk melakukannya. Sebenarnya, memang ada cara mudah untuk menyemak dan mengetahui kadar IPU di kawasan masing-masing.

Sejak banyak tempat dan lokasi direkodkan menerima kadar IPU yang sangat tinggi, orang ramai mula sedar kepentingan untuk mengetahui kadar bacaan sebenar IPU di lokasi masing-masing. Apatah lagi, keadaan udara berjerebu boleh menyebabkan penyakit dan merbahaya kepada kesihatan terutama kepada kanak-kanak dan orang tua.

Cara Mudah dan Pantas Semak Nilai Indeks Pencemaran Udara (IPU) Menerusi Smartphone

Cara Mudah Nak Semak IPU Guna Smartphone
Anda dah muat-turun aplikasi mobile MyIPU tak? Ianya adalah satu aplikasi mobile percuma untuk kegunaan orang ramai yang mahu mengetahui bacaan Indeks Pencemaran Udara terkini di kawasan masing-masing.

Aplikasi ini dibangunkan dan disediakan oleh Kementerian Alam Sekitar. Ia menggunakan maklumat yang diperoleh menerusi Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS).

MyIPU - Aplikasi Percuma Smartphone Untuk Semak Nilai IPU Setiap Jam

MyIPU - Aplikasi Percuma Smartphone Untuk Semak Nilai IPU Setiap Jam


Cara Mudah Nak Semak IPU Guna Smartphone
MyIPU akan memaparkan maklumat berkaitan bacaan terkini IPU berdasarkan bacaan yang dicatat pada stesen cerapan yang paling hampir dengan lokasi anda. Untuk itu, anda perlu mengaktifkan Google Geo-Location semasa menggunakan MyIPU bagi memastikan bacaan IPU yang anda terima adalah bacaan yang paling dekat dengan lokasi anda.

Ia akan memaparkan kadar bacaan IPU terkini setiap jam.

Bacaan IPU 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 pula tahap berbahaya. Aplikasi akan menandai nilai bacaan ini dalam warna tertentu untuk panduan segera berdasarkan tahap bahaya setiap bacaan dicatatkan.


Aplikasi mobile ini, boleh dimuat-turun di Google Play Store mahupun Apple App Store.

[Dah Baca?] Jenis Topeng Muka Yang Sesuai Untuk Udara Berjerubu

Kadar bacaan IPU di kawasan-kawasan tertentu semakin membimbangkan beberapa hari ini. Malah, dilaporkan lebih 300 buah sekolah di Selangor telah diarahkan tutup dek kerana bacaan IPU yang tinggi serta merbahaya.

Dengan adanya mobile apps MyIPU ini, maka mudahlah nak tahu samada bacaan dicatat adalah dalam kategori selamat atau bahaya. Pastikan anda muat-turun ya ...

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement