Post kali ini, saya nak kongsikan tips berkaitan pengurusan kewangan. Saya dapat tips ni dari AkademiWang. Tips ini adalah berkaitan cara kita menguruskan wang gaji kita. Saya pasti ramai yang ada masalah nak uruskan wang gaji setiap bulan .. kan? Apatah lagi bila nak gunakan wang gaji tu untuk simpanan masa hadapan.

Ramai orang bila dapat gaji perkara pertama yang dibuat adalah mengasingkan sebahagian gaji tersebut untuk menjelaskan komitmen hutang terlebih dulu dan baki selebihnya barulah dibuat belanja. Jika ada lebih lagi baru lah disimpan.

Tips 10/40/50 Menguruskan Wang Gaji

Tips Menguruskan Wang Gaji
Masalah utama yang sering dihadapi apabila mengurus wang dengan cara ini ialah ... belum cukup sebulan, biasanya dah pokai! Duit dari segala ceruk dah kering. Angka dalam bank hanya nampak angka kosong je, tak ada angka lain. Sedih !!

Bila dah tak cukup duit, mula lah cari duit tambahan untuk tampung perbelanjaan bulanan. Tetapi .. hmm ...  kebiasaannya bila dapat duit lebih, apa yang dah dapat ... masih tak cukup juga. Pelik dan hairan kan? Ada duit tambahan pun, masih lagi tak mencukupi.

Biasakan berhadapan dengan situasi sebegini?


Ramai orang yang lebih teruja untuk mencari duit untuk menambah pendapatan. Namun, ada satu perkara penting yang ramai antara kita selalu lupa ... iaitu bagaimana cara untuk atau hendak menguruskan duit tersebut.

Ingat pesanan ni -  "Mendapatkan wang satu perkara penting tetapi menguruskan wang adalah perkara yang lebih penting!"

Tips 10 40 50 Urus Wang Gaji
Duit boleh dicari, tetapi jika kita tak bijak menguruskan wang yang telah kita dapat ... cari duit sampai dapatkan seribu sehari pun belum tentu akan menjadi cukup andai tak pandai menguruskan wang.

Tu sebab ada orang bergaji besar, tetapi pikul hutang yang jauh lebih besar.

Jadi jika anda inginkan kaedah yang terbaik untuk mengurus wang setiap bulan bolehlah ikuti langkah-langkah seperti berikut:


1.Mula-mula agihkan 10% untuk “simpanan”.

Usahakan seboleh mungkin untuk membuat simpanan sekurang-kurangnya 10% dari gaji bulanan. Matlamat pertama simpanan ialah untuk menyediakan simpanan “Dana Kecemasan” bersamaan dengan sekurang-kurangnya enam bulan pendapatan.

2. Kemudian agihkan maksimum 40% untuk "pinjaman/kredit".

Ianya merupakan kos pinjaman/hutang yang menjadi komitmen bulanan seperti ansuran sewa beli kereta, ansuran pinjaman perumahan, bayaran ansuran mudah, bayaran kad kredit, pinjaman pendidikan dan pelbagai jenis hutang pinjaman lain lagi.

Pastikan jumlah keseluruhan perbelanjaan hutang tidak melebihi 40% daripada pendapatan bulanan.

3.Akhir sekali agihkan maksimum 50% untuk perbelanjaan “kos sara hidup”.

Ianya merupakan kos perbelanjaan tetap setiap bulan seperti perbelanjaan dapur, makan-minum, keperluan bayi, pendidikan anak-anak, pakaian, sewa rumah, bayaran utiliti, petrol, parking, tol dan sebagainya.

rahsia urus wang gaji
Begitulah panduan ringkas yang boleh anda amalkan ketika mengurus wang gaji. Sebenarnya ada banyak cara lagi yang boleh dipelajari dengan menggunakan teknik-teknik yang mudah dan sistematik melalui Panduan Wang Gaji.

Untuk mengetahui lebih detail, saya sarankan anda membaca buku Panduan Wang Gaji tulisan Tuan KJ, bukan Khairy Jamaluddin tau…tapi Khairulnahar Jamaluddin.

Harga buku ini asalnya RM40 sebuah tapi dengan promosi dalam masa terhad, anda boleh dapat buku ini bersama-sama ebook Teknik Urus Hutang berharga RM40 pada harga RM50 sahaja!

Akan dapat 2 buah panduan dalam bentuk buku & ebook iaitu:
  1. Buku PANDUAN WANG GAJI
  2. E-book TEKNIK URUS HUTANG
Boleh buat tempahan secara online di sini:


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement