Statistik blog. Saya agak lewat kali ini untuk berkongsi info berkaitan statistik blog ini. Mungkin sebab agak sibuk menguruskan hal-hal yang berlaku dalam kehidupan seharian kot .. atau memang agak malas nak berdepan dengan dunia blog Malaysia .. huhu.

Sejak dua menjak ini, saya memang agak lesu untuk kemaskini blog ini. Saya lebih kepada menguruskan beberapa fanpage yang saya ada terutama yang tertumpu pada niche tertentu.

Jumlah Trafik Blog Bulan Ogos 2019

Trafik Blog Bulan Ogos 2019 HasrulHassan.com
Kali ini, saya fikir elok saya sekadar kongsikan jumlah trafik yang diterima sahaja. Saya tak mahu ulas banyak, memandangkan saya pasti akan mengulang benda yang sama seperti mana post-post lain berkaitan statistik blog ini.

Jika anda follow blog ini terutama posting dan perkongsian tentang trafik dan statistik blog ini, anda mesti dah tahu yang saya seringkali kongsikan beberapa tips dan cara untuk menaikkan trafik blog. Ada banyak tips padu yang saya berikan dan in Sha Allah, jika anda ikut betul-betul .. trafik blog boleh naik mencanak dan kekal konsisten dalam tempoh yang lama.

Okeh. Trafik dijana oleh blog ini untuk bulan Ogos 2019 adalah seperti yang anda lihat di bawah ini.
Trafik Blog Bulan Ogos 2019 HasrulHassan.com
Statistik ini diperoleh dari Google Analytics.

Jika anda nak semak jumlah trafik dan statistik lain mengenai blog anda, boleh login ke Google Analytics ini, lihat bahagian Audience - Overview.

Gunakan segala tools yang ada dalam Google Analytics tu untuk memantau kelebihan dan kekurangan blog anda. Jika anda bijak menggunakan segala data cerapan mengenai blog anda dalam Google Analytics, in Sha Allah .. anda boleh maju jaya dalam dunia blog Malaysia ni secara profesional ... huhu.


Okeh, berbalik pada jumlah trafik (pageviews) atau PV blog ini.

Jumlah trafik untuk bulan Ogos 2019 meningkat dan berjaya melebihi 300,000 pageviews seperti yang saya cuba capai. Ini berdasarkan kepada statistik trafik (PV) bulan-bulan sebelum ini yang mencatatkan jumlah trafik lebih daripada 290 ribu PV dalam sebulan.

Saya memang target nak dapatkan trafik blog melebihi 300,000 untuk bulan Ogos 2019.

Alhamdulillah. Tercapai target tu.

Kalau nak tengok statistik atau jumlah trafik blog yang dah dijana bulanan untuk tahun 2019 ni, boleh terus tengok jadual di sini - Peluang Pengiklanan Blog HasrulHassan.com


Buat rakan blogger yang masih mencari rentak untuk mendapatkan trafik blog yang tinggi setiap bulan, bacalah tips yang telah saya sediakan ya .. boleh terus ke link ini - Tips Blogging Hasrul Hassan

Oh ya ..

Terima kasih buat semua rakan blogger dan pengunjung setia blog ini. Terima kasih kerana terus menyokong dan memberikan impak positif terhadap trafik blog ini sejak sekian lama. Terima kasih .. terima kasih.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement