Penternakan kambing adalah perniagaan. Ia merupakan satu bidang usaha yang boleh mendatangkan keuntungan lumayan sekiranya ia dijalankan secara terancang, sistematik dan berterusan. Setiap komponen kambing mempunyai nilai pasaran tersendiri.

Seorang penternak kambing boleh menjual kambing sebagai haiwan aqiqah, haiwan korban, baka mahupun haiwan peliharaan. Malah, penternak boleh mendapatkan keuntungan dengan menjual susu kambing, bulu kambing, kulit, tanduk mahupun taik kambing sebagai baja.

Ternak Kambing Boleh Peroleh Sehingga RM9,000 Sebulan!

Rahsia ternak kambing dapat pendapatan lumayan
Ini adalah antara sebab seorang pemilik restoran beralih kepada perniagaan menternak kambing. Menerusi perniagaan menternak kambing ini, beliau mampu memperoleh pendapatan sehingga RM9,000 sebulan.

Ternak Kambing Tanpa Bantuan Kewangan, Hanya Keazaman dan Komitmen Untuk Berjaya

Saudara Husnizar Hussin, bekas seorang peniaga kedai makan berusia 38 tahun telah membuktikan komitmen yang bersungguh-sungguh dalam menternak kambing boleh menghasilkan pendapatan lumayan, malah lebih baik daripada perniagaan lamanya.

Bisnes Ternak Kambing

Yang menariknya ialah, beliau mula menternak kambing ini tanpa sebarang bantuan kewangan kewangan dari mana-mana pihak.

Beliau telah bermula dengan sepasang kambing jantan-betina pada 2003 yang diperoleh secara 'percuma' daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perlis. Kini, saudara Husnizar Hussin, mampu memiliki sehingga 140 ekor haiwan ternakan tersebut, termasuklah kambing pedaging.

Perniagaannya semakin menampakkan hasil yang lumayan apabila turut menyediakan kambing untuk ibadah korban dan juga akikah.

Ternak kambing untung lumayan
Seperti dilaporkan oleh akhbar Berita Harian, saudara Husnizar cuma membela dan menternak kambing di belakang rumahnya di Kampung Alor Merah, Jalan Kolam Air, Arau, Perlis.

Haha .. Jadi, saya boleh katakan perniagaan menternak kambing ini adalah salah satu kerjaya dari rumah yang boleh dicuba oleh ramai orang, terutama mereka yang tinggal di kawasan kampung dan luar bandar.

Err takkan nak ternak kambing di kawasan flet perumahan atau pangsapuri pulak kan? Tak sesuailah gitu.

Saya tak adalah pengalaman sebenar dalam hal bisnes menternak kambing ni, tetapi tahulah sikit-sikit memandangkan arwah ayah saya dulu pernah menjadi seorang pengembala kambing.


Ternak Kambing Ni Susah?

Walaupun ramai yang kata menternak kambing ni agak renyah, disebabkan beberapa perkara namun
jika dibandingkan dengan penternakan lembu, penternakan kambing tidak memerlukan keluasan kawasan yang besar.

Sepertimana yang telah dibuktikan oleh saudara Husnizar, penternakan kambing ini boleh sahaja dilakukan di kawasan rumah - terutama di kawasan kampung.

Nak tahu cara nak menternak kambing dan jadikan ia satu bisnes menguntungkan? Klik Sini

Info Ringkas Penternakan Kambing

Keluasan kawasan minima yang ideal ialah 3 ekar atau bersamaan 1.2 hektar. Kawasan ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kawasan perumahan kambing (seekar) dan selebihnya boleh digunakan sebagai kawasan pengeluaran makanan ternakan –sama ada sebagai foder (sistem potong dan angkut) atau ragutan berpusingan (sistem bebas lepas).

Potensi bisnes menternak kambing di Malaysia memang besar, ini adalah kerana secara amnya industri penternakan kambing masih kecil berbanding dengan komoditi ternakan lain seperti ayam, telur, lembu dan juga kerbau.

Walhal permintaan terhadap kambing sentiasa sahaja meningkat dari tahun ke tahun.

Pada ketika ini, Malaysia masih bergantung kepada pengimportan kambing dan daging kambing dari luar negara seperti Australia, New Zealand, Indonesia, Afrika Selatan dan Thailand. Jadinya, memang banyak peluang terbuka kalau nak buat bisnes menternak kambing ni.

Cabaran Bisnes Ternak Kambing

Namun harus juga diingatkan bahawa penternakan kambing adalah satu bidang usaha yang mencabar. Ia bukan sahaja menuntut keupayaan penternak untuk menyediakan makanan dan persekitaran sesuai tetapi juga memerlukan sesiapa sahaja yang ingin menceburi bidang ini untuk sentiasa peka dan memahami tingkah laku serta keperluan aset hidup bernilai.


Cabaran terbesar dalam penternakan kambing ini ialah soal penyediaan makanan ternakan ini. Penternak perlu berupaya menyediakan sumber makanan yang cukup kandungan nutrien, selain murah untuk menampung kos pengurusan.

Ini adalah kerana, dalam industri penternakan seperti ini, lebih 70% kos pengurusan ini datangnya dari kos makanan ternakan.

Normallah. Apa jua bisnes dibuat memang ada kelebihan dan kekurangannya. Tetapi, setiap masalah atau kekurangan itu boleh diatasi jika seorang penternak ada ilmu dan sumber pengetahuan yang mantap untuk membantu perniagaannya berkembang.

Belajar Cara Buat Bisnes Kambing dan Untung Lumayan

Nak belajar lagi mengenai penternakan kambing ini? Boleh gunakan panduan ini:

Bisnes Ternak Kambing

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement