Malaysia bakal menyaksikan demonstrasi bagi kes-kes kegunaan 5G bermula Oktober 2019 ini dengan anggaran pelaburan berjumlah RM116 juta daripada lapan (8) syarikat, sejajar dengan aspirasi Kerajaan untuk mempercepatkan pelaksanaan 5G untuk perniagaan merentasi pelbagai industri seperti pelancongan, penjagaan kesihatan dan pertanian.

Wah .. sudah nampak langkah proaktif kerajaan untuk menggunakan teknologi 5G di Malaysia. Ia sesuatu yang mengujakan buat ramai yang mengikuti perkembangan teknologi terbaik seperti ini.

Teknologi 5G Mula Diperkenalkan di Malaysia

Teknologi 5G Mula Diperkenalkan di Malaysia
Buat yang tak berapa tahu ...5G (atau 5th generation) merupakan terma yang sering digunakan untuk merangkakan generasi bagi teknologi rangkaian terkini.

Untuk sambungan mudah-alih, standard yang dipilih untuk 5G ini dikenali sebagai NR yang bermaksud “New Radio”. Jika sekarang kita ada Long Term Evolution “LTE” sebagai standard rangkaian untuk 4G, NR pula adalah untuk rangkaian 5G.

Mungkin anda rasa susah sikit nak faham, tetapi anda boleh standard rangkaian yang telah ada sekarang untuk lebih faham pada setiap generasi teknologi.

  • 2G – GSM
  • 2.5G – GPRS
  • 2.75G – EDGE
  • 3G – UMTS
  • 3.5G – High Speed Packet Access (HSPA)
  • 3.75G – HSPA+ (H+)
  • 4G – Long Term Evolution (LTE), LTE-Advanced
  • 4.5G – LTE Advanced Pro
  • 5G – New Radio (NR)


Menerusi media massa, kerajaan telah mengumumkan demo penggunaan teknologi 5G ini bermula Oktober 2019.

Menurut kenyataan oleh Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Al-Ishsal Ishak, sebanyak 32 tapak 5G di enam (6) buah negeri iaitu Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu dan Kuala Lumpur akan beroperasi untuk tempoh selama enam bulan.

Ia meliputi 55 kes kegunaan 5G membabitkan sembilan (9) vertikal iaitu pertanian, pendidikan, hiburan/media, penjagaan kesihatan digital, pemprosesan dan pembuatan, minyak dan gas, bandar pintar, pengangkutan pintar dan pelancongan.

Ciri-Ciri 5G

Apakah ciri-ciri utama teknologi 5G yang akan diimplementasi di negara kita?

Ciri-Ciri 5G di Malaysia


“Projek-Projek Demonstrasi 5G akan tertumpu kepada usaha untuk memupuk pembangunan sebuah ekosistem 5G yang holistik dan inklusif di dalam negara dalam usaha untuk merangsang permintaan serta penggunaan teknologi 5G bagi perniagaan dan pengguna. Kami berharap sebahagian daripada kes kegunaan 5G dapat dikomersialkan bermula suku ketiga tahun 2020,” kata Al-Ishsal.

Antara kes-kes kegunaan yang dimaksudkan adalah Lampu Isyarat Pintar, Parkir Pintar, Diagnosis Jarak Jauh, Pelancongan Perubatan, Perundingan Perubatan Jarak Jauh, Pertanian Pintar, Realiti Terimbuh untuk pendidikan, Penjejakan Kenderaan serta 5G 360° Panoramic Live Video Surveillance.

Menurut Al-Ishsal: “Sokongan teguh dan pelaburan daripada syarikat-syarikat yang mengambil bahagian membuktikan komitmen pihak industri dalam mewujudkan penggunaan kukuh untuk aplikasi-aplikasi 5G berdaya maju yang akan memberi impak positif kepada taraf hidup rakyat Malaysia.

MCMC berharap agar kes-kes kegunaan ini dapat menarik lebih banyak pelaburan ke dalam pembangunan 5G di Malaysia serta cadangan-cadangan untuk memperhebatkan kesalinghubungan di negeri-negeri lain di seluruh negara.”

Ini secara ringkas yang perlu anda ketahui mengenai projek demo 5G bermula Oktober 2019:
    1. Lapan (8) syarikat yang mengambil bahagian akan mempamerkan kes-kes kegunaan 5G mereka merentasi sembilan (9) vertikal di enam (6) buah negeri: Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu dan Kuala Lumpur.
    2. Antara 55 kes-kes kegunaan 5G itu termasuklah Lampu Isyarat Pintar, Parkir Pintar, Diagnosis Jarak Jauh, Pelancongan Perubatan, Perundingan Perubatan Jarak Jauh, Pertanian Pintar, Penjejakan Kenderaan dan 5G 360° Panoramic Live Video Surveillance.

    Anda boleh baca lagi mengenai teknologi 5G ini di laman Amanz. Info mengenai projek 5G di Malaysia juga boleh diakses dan diketahui menerusi laman web rasmi SKMM.

    4 Ulasan

    Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

    Catat Ulasan

    Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

    Terbaru Lebih lama

    Advertisement

    Bisnes Shopee

    Advertisement

    BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

    Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


    Advertisement