Puas Hati Beli Kabel Charger Smartphone, Harga Bawah RM1

Memang syok bershopping online ni. Anda boleh dapat harga barang yang anda inginkan pada harga yang memang gila-gila murah. Malah, anda boleh dapat berganda penjimatan walaupun harga telah ditambah dengan kos pengeposan. Memang murah betul !!

Baru-baru ni, saya beli beberapa kabel smartphone secara online. Harganya cuma RM0.99. Kabel pengecasan untuk smartphone di bawah seringgit!! Memang murah ya amat tu ...

Puas Hati Beli Kabel Charger Smartphone Harga Bawah Seringgit!

Kabel Charger Smartphone Bawah RM1
Sebelum ni, saya pernah juga borong kabel pengecasan smartphone secara online, tetapi harganya tidaklah semurah ini. Apatah lagi kalau beli kat kedai biasa, rasanya susah nak dapatkan harga bawah RM1 untuk kabel pengecas ini yang selalu hilang atau rosak.

Kabel charger semurah RM1 ini, jika anda nak, boleh dibeli secara online di Shopee.

Kabel Charge Smartphone Bawah RM1 beli di Shopee
Ada banyak pilihan boleh anda cari dan beli. Tetapi, untuk memastikan pembelian anda berbaloi, lihat ruangan review di setiap produk. Kalau boleh biarlah baca review yang ada gambar, sebab ia lebih meyakinkan.


Setakat ini, kabel charger harga murah ini saya dah gunakan lebih daripada sebulan. Alhamdulillah, tak ada masalah, okey je .. tak rosak. Kadang tu, agak skeptikal juga bila beli barang harga murah secara online ni.

USB Cabel Charger Data
Baru pakai beberapa hari, dah rosak dan tak boleh digunakan. Walaupun harga sepuluh ringgit .. dah kira membazir je tu bila beli tapi tak dapat digunakan...huhu.

Barang murah sebegini yang kebanyakkannya datang dari China, ada gred-gred tertentu. Ada yang harga murah dengan kualiti setanding harga, ada pula produk yang dijual harga murah tetapi kualitinya cukup baik, malah sama taraf je dengan produk harga mahal.

[Dah Baca?] Borong Online Tudung dari China, Jual Harga Tinggi Secara Online

Siapa yang pernah borong produk dan barang dari China, tentu tahu yang kat sana ada banyak barang murah dijual mengikut gred. Kalau nak yang gred bagus sedikit, harganya juga mahal sedikit ... tetapi masih berbaloi untuk dibeli.


Kalau orang bisnes, selalu beli secara banyak atau borong je .. lagilah boleh dapatkan harga jauh lebih murah. Jual online dan dapat untung margin yang tinggi.

Tu sebab ada yang berniaga di Shopee, jual barang yang tinggi permintaan dengan harga murah masih boleh dapat keuntungan. Malah, ia menjadi produk terlaris sesebuah kedai online tu di Shopee.

[Dah Baca?] Panduan Lengkap Berniaga dan Jual Barang di Shopee

Tahu tak, bila produk popular laris di kedai tersebut, ia mudah nak berada dalam carian Shopee malah kalau Google, boleh nampak listing produk tersebut dari kedai Shopee tu. Aha .. ini rahsia peniaga Shopee dalam melariskan jualan dan menjadi kedai popular.

Hmm .. tertanya juga, berapalah agaknya keuntungan bila jual kabel charger phone serendah RM1?

Dan berapalah agaknya kos kena bayar masa memborong tu .. huhuhu.
  • Borong

Post a Comment

2 Comments

  1. Murahnya. Best shopping online kat shopee, semua ada :)

    ReplyDelete
  2. Selalu juga beli barang online kat Shopee. Cuma bulan ni belum beli apa2 lagi.

    Tapi dah ada barang nak dibeli dah masukkan dalam cart. Lepas cuti raya baru order.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.