Anak-anak kecil, memang ada yang petah berkata-kata. Kadangkala ayat yang mereka keluarkan dari mulut yang comel akan mencuit hati dan buatkan si ibu dan bapa tersenyum. Malah, ia mampu menceriakan kehidupan berkeluarga.

Anak-anak yang petah menutur kata sejak dari usia kanak-kanak ini, kalau diasuh boleh memberikan nilai diri yang tinggi. Malah, ada kajian yang menunjukkan anak-anak kecil yang sudah boleh bersoal-jawab dengan ibubapa dan adik-beradik yang lain dianggap sebagai seorang anak yang bijak!

Kanak-Kanak Petah Berbicara, Menarik Perhatian AMPAC

Anak yang boleh meluncurkan kata-kata dengan lancar memang disukai ramai orang. Kepetahan ini menjadikan mereka semakin comel dan mudah didekati. Semua orang suka dengan anak-anak kecil yang bijak berkata-kata ni .. betul tak?

Baru-baru ini di Bertam, Pulau Pinang, ada satu program yang mengasah bakat kanak-kanak yang bijak berkata-kata. Kepetahan mereka ini menarik minat pihak tertentu untuk menjadikan kebolehan mereka ini satu potensi untuk diri berkembang.


Biarpun usia baru menjangkau tujuh hingga 12 tahun, namun kepetahan berbicara kanak-kanak ini menjadi platform kepada mereka untuk berpidato ketika Program FIESTA BeEz yang dianjurkan oleh Akademi Membangun Potensi Anak Cemerlang (AMPAC) yang berlangsung di Mydin Bertam baru-baru ini.

Program ini dianjurkan bertujuan untuk mengasah bakat yang terpendam dalam diri kanak-kanak terbabit yang sebelum ini masih belum dikeluarkan.

Kesemua kanak-kanak yang menyertai program tersebut telah mengikuti latihan insentif yang telah dijalankan oleh pihak AMPAC. Kanak-kanak terbabit telah dilatih oleh jurulatih yang terbaik.

Melalu kelas tersebut, ia lebih memfokuskan kepada pembinaan insaniah seperti komunikasi dan kepimpinan dengan menggunakan modul yang holistik serta praktikal seperti teknik “brain coaching”, dan kemahiran berpidato melalui seni bijak bicara.

Program seumpamanya ini telah mendapat reaksi yang sangat positif daripada ibubapa.

Antara maklum balas yang diterima daripada pihak ibu bapa;
"Program BeEz ini banyak memberi manfaat kepada anak saya, keyakinan anak saya untuk bercakap di hadapan khalayak ramai semakin bertambah dan saya sangat berpuas hati dengan program ini"
"Saya sangat berpuas hati dengan program BeEZ ini. Anak saya yang dulunya seorang yang pemalu telah berubah menjadi seorang yang mempunya keyakinan yang tinggi untuk bercakap di hadapan orang"

Nyata, program BeEz ini telah memberikan impak yang baik, samada kepada kanak-kanak yang mengambil bahagian, malah kepada ibubapa kanak-kanak ini. Mereka gembira dengan manfaat yang telah diperoleh.


Seharusnya, saya merasakan akan ada lebih banyak program sebegini yang melihat potensi kanak-kanak seawal usia 4-5 tahun. Mereka perlu diberikan asuhan, didikan dan galakan untuk menggilap kebolehan yang ada.

Dunia sekarang semakin mencabar, jadi anak-anak perlu diberikan tunjuk ajar dari mereka yang berpengalaman untuk mengasah bakat yang ada. Jangan persiakan kerana ia adalah untuk masa depan mereka kelak.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bagus ni...jugak bina semangat anak lebih berani nak bercakap depan org ramai

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement