15 Pick-up Line Hari Raya

Waktu saya muda belia dulu, ayat-ayat pantun bernada cinta selalulah saya gunakan untuk mengayat awek yang saya minat. Waktu tu, waktu otak bergeliga dengan bunga-bunga cinta, jadi memang mudahlah saya nak bersastera ... kononnya nak memikat awek yang saya minat.

Yelah, muka saya bukannya macam wajah Brad Pitt, jadi kenalah gunakan cara dan teknik lain dalam mengayat awek agar jatuh hati.

15 Ayat Pick-Line Versi Hari Raya

Ayat Pick-Line Versi Hari Raya
Tapi tu zaman saya mudah-muda. Zaman sekarang, zaman media sosial .. zaman pick-up line. Ada macam-macam pick-line yang hebat-hebat dan mencair. Otak anak muda zaman sekarang nampaknya lebih bergeliga dan lebih kreatif.

Hmm nak raya ni, nampaknya ada kesempatan nak menggunakan ayat pick-up line ni, terutama kalau awek tu sekampung dan dekat - boleh bertandang beraya. Sambil makan kuih raya, makan rendang ayam, bolehlah selit ayat-ayat pick-up line ni.

[Dah Baca?] 20 Petua Memikat Isteri

Berikut beberapa contoh ayat pick-up line Hari Raya yang boleh digunakan (kalau mahu) .. samada terus dituturkan atau diselit pada sampul duit raya .. hehehee.

Aha, inilah masanya nak mencuba ... pada cinta yang masih tak kesampaian. Tak gitu?


Oh ya, bukan sahaja kepada mereka yang mencari cinta, malah mereka yang akan berpisah untuk sementara waktu dengan cinta hati kerana pulang ke kampung halaman boleh juga guna pick-up line ini untuk meluahkan perasaan hati.

1. Duit Raya

“Abang, raya tahun ini jangan lupa bagi duit Raya”
“Duit raya untuk budak-budak, untuk you i bagi duit hantaran selepas Raya”

2. Rendang Ayam

“You want chicken rendang?”
“Because i think A yam (I am) the one you want.”

3. Jangan Main Mercun

“Raya-raya ni awak jangan main mercun tau”
“Sebab putus jari nanti susah saya nak sarung cincin”

4. Rumah Terbuka

“Daripada awak buat rumah terbuka untuk Raya, baik awak buka hati untuk saya”

5. Nak Raya Mana?

“Awak nak Raya kat mana tahun ini?”
“Hmmm… tu lah tengah fikir lagi…”
“Kenapa?”
“Tak tahu nak Raya rumah awak ke rumah saya….”


6. Lemang

“Abang, lemang ni sedap makan dengan apa?”
“Makan dengan abanglah… meh sini, meh..”

7. Dodol

“Awak ni sama macam dodol”
“Kenapa pulak?”
“Sebab saya suka kacau awak…”

 
8. Pokemon

“Mak kata daripada cari pokemon, lebih baik cari jodoh.”
“Mak nak timang cucu bukannya pikachu.”

9. Hati-hati

“Awak balik raya hati-hati ye.”
“Nanti lepas raya jangan lupa balik ke hati saya”

10. Ketupat

“Nak belajar anyam ketupat tak?”
“Tak naklah….”
“Takut bila tangan kita tersentuh teranyam pula rasa cinta”

11.Kirim Salam

“Balik kampung nanti, kirim salam kat mak. Mana tau tahun depan mak naik pangkat jadi mak mertua saya…”

12. Main-Main

“Kalau nak main mercun Raya ni takpe lagi, cuma janganlah mainkan hati dan perasaan saya ini…”

[Dah Baca] Tips Untuk Kembali Bercinta dan Menyintai

13. Kuih Raya

“Kenapa lambat sangat ni, kuih raya dah habis.. ”
“Takpe yang penting kasih sayang you terhadap I tak habis-habis…”

14. Balik Kampung

“You bila nak balik kampung, rindu nak jumpa kawan lama….”
“I kan hari-hari balik ke pangkal hati you, tak payah tunggu raya…”


15. Warna Baju Raya

“Tahun ini baju raya you warna apa?”
“Saya tunggu awak belikan baju raya yang sedondon dengan warna baju awak, barulah kita satu family.”

Amacam? best tak? Agak-agak boleh diguna-pakai untuk pikat hati pasangan tak?

Apapun ingat, ayat “pick-up line” ini hanya untuk mereka yang masih bujang, yang dah berpunya, bertunang, berkahwin, anda boleh skip post ini kecuali untuk tujuan baca-baca sahaja!

  • Borong

Post a Comment

1 Comments

  1. menarik la pick up line ..

    seronok untuk dicuba pada awek cun luar sana

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.