5 Tips Kekalkan Keharmonian & Bahaya Media Sosial Dalam Rumahtangga

Dewasa ini, kita biasa nampak pasangan samada suami atau isteri berkongsi kebahagiaan dikecapi menerusi media sosial. Ada suami yang tunjukkan hadiah bunga, jam tangan atau beg tangan mewah sempena harijadi isteri. Ada pula isteri yang tunjukkan hadiah berupa kereta mahal untuk suami sempena hadiah hari ulangtahun perkahwinan di media sosial.

Akibatnya, ada pasangan yang mula membandingkan dengan pasangan orang lain. Mereka merasakan mereka tidak mengecapi kebahagiaan yang diharapkan, sehingga wujudnya rasa kecewa dalam perhubungan dan ikatan yang telah dibina.

Tips Untuk Mengekalkan Keharmonian Rumahtangga Suami Isteri

Panduan Kekeluargaan
“WAH, seronoknya dia dimewahkan suaminya dengan hadiah dan bunga. Bukan macam aku, tarikh ulang tahun perkahwinan pun suami tak ingat.” Situasi ini bukan asing buat ramai dalam kalangan kita bahkan seakan-akan menjadi kelaziman sesetengah isteri membuat perbandingan terhadap layanan suami selepas melihat rakan memuat naik gambar atau video di media sosial menunjukkan situasi seumpama itu untuk tatapan ramai.

Manakala si suami pula adakala terdetik membandingkan penampilan atau masakan isteri sendiri dengan wanita lain menerusi perkongsian gambar di media sosial.

Mula Biasa-Biasa, Lama-Lama Wujud Rasa Terkilan dan Kecil Hati

Panduan Kekeluargaan
Ya, lama-lama akan wujud perasaan terkilan, sedih dan rasa kecil hati. Ada pasangan yang meluahkan dan menunjukkan perasaan tersebut, dan ada pula yang memendam dalam diri sehingga lama kelamaan ia menjadi nanah dalam perhubungan suami isteri.


Media sosial ini kalau digunakan untuk kebaikan, memang akan beri manfaat yang besar. Tetapi ... tidak dinafikan, dah banyak kes dan isu berbangkit dek kerana media sosial ini. Banyak benda negatif yang muncul, dan salah satunya ialah menjejaskan perhubungan dalam rumahtangga.

Impak negatif ini muncul apabila pasangan menggunakan media sosial untuk berlaku curang atau khianat terhadap pasangan, berhasrat mencari kekasih lama mahupun berfoya-foya dengan orang ketiga.... nauzzubillah .. mohon dijauhkan.

[Dah Baca?] Pesanan Prof Muhaya Untuk Pasangan Elakkan Dari Kena Tipu

Nasihat Dari Pakar

Mengikut kata pakar, ia sebenarnya terpulang kepada niat pasangan masing-masing. Kita perlu bijak menggunakan media sosial agar perhubungan yang terjalin kekal harmoni. Bijak bermaksud, menjaga hati dan perasaan pasangan, tidak terlalu terbuka bercerita mengenai hubungan dalam keluarga, tidak berlebih-lebih dengan orang lain dan elakkan terlalu obses dengan gajet yang ada.

Menurut Pegawai Psikologi Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM), Rafidah Sadarudin, kadangkala kita selalu nampak kesempurnaan pasangan orang lain dan meneliti satu demi satu kekurangan pasangan sendiri.

Panduan Kekeluargaan


“Kita nampak pasangan lain bahagia, nampak apa yang mereka miliki tetapi tiada pada pasangan kita. Kita nampak kehebatan dan kelebihan pasangan orang lain yang ‘buat itu dan ini’ sedangkan suami sendiri tidak begitu atau begini.

“Kita cemburu melihat wanita lain mempamerkan gambar suami meraikan hari ulang tahun kelahirannya atau ulang tahun perkahwinan mereka di restoran mewah dengan hadiah, suami kita pula tarikh penting itu pun dia lupa.

“Suami pula nampak isteri orang lain bergaya, sedangkan isteri sendiri tidak sebegitu. Suami nampak isteri orang rajin memasak (sebab selalu muat naik gambar masakan setiap hari), pandai mengemas rumah dan macam-macam lagi. Kita pun tercetus untuk buat perbandingan suami kita dan suami dia, isteri kita dan isteri dia.

Panduan Kekeluargaan
“Dalam kita membandingkan pasangan sendiri dengan pasangan orang lain, kita mungkin tidak sedar dia juga menilai kita. Dia juga ada kemahuannya. Dia mungkin menerima kita seadanya, tetapi bagaimana dengan kita? Apabila kita membuat perbandingan itu bermakna kita sedang merungkai satu demi satu kekurangannya yang selama ini tidak pun mencacatkan kebahagiaan rumah tangga,” tambahnya.

Katanya, kita sering lupa kebanyakan yang dikongsikan dalam status media sosial seseorang sebenarnya sudah disaring terlebih dulu dan mereka hanya tonjolkan apa yang ingin ditonjolkan saja.

[Dah Baca?] Kisah Penceraian Nabi Ismail Sebagai Panduan Berumahtangga

Menurut Rafidah, apa yang dibaca dan dilihat di media sosial, mungkin bukan hakikat sebenar. Kita tidak nampak kisah di sebaliknya, oleh itu usah biarkan diri dipengaruhi oleh apa yang dilihat kerana ia tidak semestinya begitu.

Berhentilah Buat Perbandingan

Panduan Kekeluargaan
“Berhentilah membuat perbandingan. Kita tidak boleh bandingkan epal hijau dan epal merah walaupun kedua-duanya epal kerana lain warna dan rasa. Bersyukur dengan apa kita ada. Bersyukur Allah anugerahkan pasangan hidup kepada kita kerana ada orang yang sampai hujung hayatnya tidak pernah berumah tangga, perbaiki yang kurang dan jalan terus,” katanya


Sambil itu, bolehlah ambil panduan dan tips kekalkan keharmonian rumahtangga di bawah ini. Kita sama-sama jadikan ia sebagai peringatan dan mudah-mudahan ikatan, keharmonian, kebahagiaan dan apa yang ada bersama pasangan kita tidak akan terjejas dan kekal hingga ke akhir hayat.

Tips Kekalkan Keharmonian Rumahtangga

Panduan Kekeluargaan

1. Syukur dan terus bersyukur

Cukup-cukuplah buat perbandingan dan hidup dengan apa yang ada. Hidup ini mudah. Hidup ini indah. Hidup ini juga hanya sementara.

2. Bertindak segera

Jika kita mula terhidu bahawa media sosial ini menjadi asbab kerenggangan hubungan kita dan pasangan, buatlah sesuatu. Berbincang secara harmoni, cari jalan dan usah tunding jari. Jika punca daripada orang ketiga, dia bukanlah watak utama dalam kehidupan kita sebaliknya kita dan pasangan adalah hero dan heroin utama, usah jadikan pelakon tambahan watak utama pula.

3. Bincang dan terus berbincang

Jika tidak berjaya, jumpalah dengan mana-mana kaunselor atau sahabat baik yang dipercayai dapat membantu bagi isu yang sedang dihadapi.

4. Hidup ini bukan hanya kita dan media sosial

Kita kembali semula apa yang Allah suka dan Rasulullah sayang. Percayalah kalau kita ikut dan buat apa yang al-Quran sarankan dalam hubungan suami isteri, insya-Allah akan harmonilah rumah tangga.

Banyak perkara yang Nabi beri contoh dalam hubungan rumah tangga misalnya cara menjaga hati pasangan supaya institusi kekeluargaan itu terjaga. Percayalah manual yang Allah beri iaitu al-Quran dan hadis ditinggalkan Rasulullah sudah lengkap untuk kita amalkan. Kita buat, kita dapat.

5. Berkasih sayanglah sementara ada masa

Masa kita tidak lama dan kita pun tidak tahu baki tempoh yang kita ada. Jadi, usah diserabutkan dengan perkara yang tidak bermanfaat. Jadikan agenda kasih sayang paling utama untuk dicapai dalam rumah tangga.

Paling penting, setiap orang tahu tanggung jawabnya. Jadikan media sosial sebagai pengerat hubungan anda, bukan merobek kebahagiaan yang ada rasai.

Okeh.

Saya harap perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama oleh rakan-rakan pasangan suami-isteri. Sayangi keluarga kita. Sejauh mana kekurangan yang ada pada pasangan, jadilah pelengkap untuknya.

Ada sebab Allah anugerahkan pasangan kita bersama dengan kita. Jaga amanah Allah berikan.
Copywritting template

Post a Comment

5 Comments

  1. Perkahwinan bukan imiginasi, bukan juga cerita khayalan. Jadi kena berpijak di bumi yang nyata.

    ReplyDelete
  2. nice share..betul atas niat. kadang tak smua perkara perlu ditunjuk. cukuplah sekadar dlm rumah. kita xahu siapa yg suka atau tidak pd kita.

    ReplyDelete
  3. Saya kenal seorang makcik ni ada fb sedangkan suaminya takde fb. Dorang pernah bertengkar sebab makcik ni layan lelaki lain di fb..

    Saya kenal jugak makcik yang takde fb begitu juga dengan suaminya. Takde masalah pertengkaran sebab layan lelaki lain..

    ReplyDelete
  4. tips yang berguna... kena bijak dan jangan over hingga terbuka aib sendiri...

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com