Post kali ini adalah untuk ibubapa yang mahu anak mereka berjaya di alam persekolahan. Saya nak kongsikan tips atau teknik belajar berkesan yang saya peroleh daripada sebuah rujukan 'Rahsia Lulus Peperiksaan - 10 Teknik Belajar Berkesan'.

Secara khususnya tips ini adalah untuk anak-anak yang masih belajar di sekolah rendah dan juga menengah. Namun, saya fikir ia juga sangat bagus dipraktikan oleh sesiapa sahaja yang bakal menghadapi ujian atau peperiksaan, contohnya peperiksaan online kemasukan kerja kerajaan.

10 Tips dan Panduan Belajar Berkesan serta Teknik Ingatan Efektif

Panduan lulus peperiksaan
Baik. Dalam rujukan atau panduan tersebut, ada dinyatakan 10 teknik belajar berkesan secara umum. Berikut adalah 10 teknik belajar berkesan yang dimaksudkan...
  1. Tentukan matlamat belajar. Matlamat untuk belajar kena jelas. Lebih baik ditulis dan ditampal dalam bilik atau di dalam buku sekolah/kolej/ipt.
  2. Belajar mengikut jadual waktu yang telah disediakan. Disiplinkan diri belajar dalam belajar.
  3. Berusaha menyintai ilmu pelajaran. Adalah sesuatu yang murni menyintai ilmu, apatah lagi ia adalah untuk kebaikan.
  4. Sentiasa berfikiran tenang dan gembira serta ceria. Tak boleh rasa tertekan atau tension.
  5. Hindari masalah. Jangan terbabit dalam masalah disiplin, masalah cinta remaja atau apa juga perkara yang boleh menyebabkan masalah seperti melanggar peraturan.
  6. Jauhi aktiviti yang tidak mendatangkan faedah.
  7. Setiap yang dibaca perlu diingati.
  8. Belajar dalam keadaan segar, tidak mengantuk dan tidak berada dalam keletihan. Dapatkan rehat sebaiknya.
  9. Berdoa dan memohon petunjuk daripada Tuhan.
  10. Seandainya berjaya .. ucapkan tahniah pada diri sendiri. Jika tak berjaya, jangan mudah cepat putus asa atau terlalu kecewa. Belajar dari kesilapan dan ambil iktibar supaya dapat berjaya di masa akan datang.
Ok.

Nampak macam tips biasa kita baca dan dengar kan? Tapi mungkin ia boleh dijadikan sebagai ingatan untuk kita memperingatkan kepada anak-anak, terutama apabila hampir musim peperiksaan.

[Dah Baca?] 7 Rahsia Anak Cemerlang dalam UPSR / PT3


Teknik Ingatan Efektif

Panduan lulus peperiksaan
Baik.

Di bawah ini ada satu lagi tips yang ingin saya kongsikan yang terkandung dalam rujukan 'Rahsia Lulus Peperiksaan' ini. Ia adalah Teknik Ingatan Efektif. Ia memberikan cara-cara untuk mengingati apa yang dibaca dan dipelajari.

Mungkin panduan atau tips di bawah ini akan lebih membantu.
  1. Hafal Isi Yang Dibaca
    • Sebutkan isi yang dihafal.
    • Ketika menghafal suara mestilah jelas supaya telinga mendengar apa yang disebut/dihafal.
  2. Tentukan Perkara Yang Perlu Diingati
    • Sebutkan perkara utama yang perlu diketahui dalam bacaan tersebut.
    • Contohnya, sebelum membuka buku, ingat "apakah warna pelangi dan bagaimana pelangi terbentuk?"
  3. Isi Disusun Dengan Betul
    • Pastikan turutan isi betul.
    • Contohnya, Nak ingati nama bulan.
    • Pastikan menghafal bermula daripada bulan Januari dan berakhir dengan Disember.
  4. Uji Kemampuan Daya Ingatan
    • Mainkan dua watak, sebagai seorang yang menyoal dan yang menjawab.
    • Cuba soal apa yang ingin diingati, kemudian jawab.
  5. Lakukan Ulangkaji Sekerap Mungkin
    • Baca, baca, baca dan bacalah selagi ada kesempatan.
    • Pembacaan yang berulangan akan membantu mengukuhkan ingatan.
  6. Ingat Semula Apa Yang Telah Dibaca
    • Proses mengingati semula, kebiasaannya dilakukan dalam dua keadaan iaitu (i) sebelum tidur dan (ii) selepas tidur
    • Kaedah ini mampu kekalkan ingatan dalam jangkamasa panjang.

Apapun kaedah dan cara dalam belajar, paling penting ialah anak-anak mesti ada keazamaan dan keinginan untuk berjaya. Mereka ada guru, tetapi guru hanya boleh tunjukkan jalan serta cara. Ia terpulang pada kesanggupan anak-anak ini.

[Dah Baca?] Tips Untuk Ibubapa Yang Anaknya Hadapi UPSR

Kena terapkan nilai murni mengenai ilmu, pengetahuan dan keperluan untuk belajar.

Panduan lulus peperiksaan
Sentiasalah berdoa dan memohon pada Tuhan. Dapatkan redha guru-guru yang mengajar anak. In Sha Allah, apa juga tips dan panduan peperiksaan yang kita gunakan, ia akan memberikan hasil yang positif, setidak-tidaknya ilmu yang dah ada akan menjadi bekalan mereka di kemudian hari.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement