Movie Avengers: Endgame Bocor, Boleh Didapati Online, Seawal Sehari Tayangan di Pawagam

Bisnes di Shopee
Filem besar dinantikan tahun 2019 terbitan Marvel Studio sudah bocor di internet! Filem Marvel's Avengers: Endgame yang baru sahaja berada di pawagam Malaysia pada 24 April 2019 adalah filem adiwira yang sangat dinantikan terutama buat peminat yang mengikuti Marvel Cinematic Universe (MCU).

Filem Avengers: Endgame adalah sekuel kepada filem Avengers sebelum ini, iaitu The Avengers (2012), Avengers: Age of Ultron (2015) dan Avengers: Infinity War (2018). Ia juga adalah filem ke 22 dalam MCU.

Filem Avengers: Endgame Bocor di Internet, Versi 'Cam' Kini Boleh Didapati Secara Online

Avengers Endgame Movie
Filem ini memang dinantikan seluruh peminat filem adiwira. Malah, sejujurnya saya dan keluarga (anak-anak) juga sangat teruja menantikan pengakhiran filem Avengers ini di pawagam.

Saya boleh katakan adanya golongan yang membesar dengan filem-filem terbitan Marvel Studios ini bermula dengan filem pertama dalam MCU iaitu Iron Man pada 2008. Dan selepas lebih 10 tahun, MCU ini bakal berakhir dengan Avengers: Endgame ... yang memang sesuai dengan tajuknya.

Disebabkan ia merupakan filem 'terakhir' dalam MCU, ia sememangnya satu filem besar yang dinantikan. Semua orang nak tahu apakah yang terjadi dalam MCU ini?

Adakah semua watak adwira MCU akan terkubur? Siapa yang sebenarnya menjadi penyelamat? Adakah akan ada lagi sambungan untuk filem Avengers ini?

[Dah Baca?] Filem Best Tahun 2018

Dah Tonton di Pawagam

Saya dan dua anak saya sudah menonton filem Avengers: Endgame ini pada 4:45 petang 24 April di Mmcineplexes Kerian Sentral Mall.

Walaupun masuk agak lewat 5 minit, tapi kami tak miss babak-babak penting dan hebat dalam filem Avengers: Endgame ini. Anak-anak saya puas hati dengan filem ini, dan sememangnya mereka terhibur dan katakan "Best Abah" untuk filem ke-22 dalam MCU ini.


Avengers: Endgame Bocor - Dipercayai Dirakam Dalam Pawagam di China

Tahukah anda bahawa filem ini sudah bocor di internet dan mula mendapat perhatian mereka yang mahu menonton filem ini secara 'percuma'. Ia sudah mula berada di dalam senarai hot movies di beberapa laman web yang terkenal menawarkan filem-filem serta drama bersiri secara online 'tanpa kebenaran'.

Avengers Endgame Movie
Avengers Endgame Movie
Versi 'cam' filem Avengers: Endgame sudah mula berada di internet sejak lewat petang 24 April. Ia dipercayai dirakam secara tidak sah di dalam pawagam di negara China. Saya buat tanggapan ini apabila muncul sarikata dalam bahasa cina yang dipaparkan dalam rakaman tersebut.

Ini bukan pertama kali kebocoran filem berpengaruh seperti Avengers ini berlaku, di sebalik amaran daripada pihak pemilik filem.

Lebih Baik Tonton di Pawagam

Tak puas. Tak clear. Kalau anda menonton di laman web yang tidak sah ini, pasti akan memberikan kekecewaan kepada anda. Malah, ia akan spoil mood anda menonton filem ini.

Avengers Endgame Movie


Hentikan menonton filem seperti Avengers ini di laman-laman web tidak sah. Ia tak puas. Kualiti kurang memuaskan, dan paparan dalam versi rakaman ini sangat-sangat mengecewakan.

Filem hebat, penuh aksi dan merupakan sekuel kepada filem terdahulu agak tidak seronok jika ditonton menerusi paparan yang kurang jelas dan kualiti bunyi yang rendah. Walhal pembikinan filem seperti Avengers memakan belanja sangat besar bagi memastikan mereka yang menonton dapat merasai pengalaman yang terhebat.

Kalau nak menonton filem sehebat Avengers: Endgame ini, adalah lebih baik anda menontonnya di pawagam yang lebih selesa selain dilengkapi sistem audio-visual terbaik bagi kepuasan menonton.

Anda dah tonton filem ini? Nak komen pasal filem ini? Boleh komen di bawah, ya ...

Avengers Endgame Movie
Avengers Endgame Movie
Oh ya, untuk para peminat MCU yang masih belum menonton filem ini, anda bakal menjangka sesuatu yang tidak terfikir pun sebelum ini. Jadi awas... jangan terlalu berharap di sebalik beberapa ramalan pengakhiran dan jalan cerita Avengers: Endgame yang telah anda peroleh sebelum ini.

Nak tahu kisah sebetul dan apa yang sebenarnya akan berakhir, maka wajib tonton di pawagam. Sekali? Mungkin dua kali baru anda betul-betul hadam dengan baik. :)

Avengers F11Pro

Post a Comment

1 Comments

  1. Saya tak minat cerita macam ni jadi tak ambil kisah pun status yang kawan-kawan pos di medsos (ada yang tak faham pun apa yang diorang dok cerita heheh)

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.