Tawaran Menarik Lazada - Xiaomi Mi 9T Hanya RM1099

Sejak awal pertengahan tahun 2019 ini, nampaknya banyak syarikat telefon terutama daripada China yang mengeluarkan smartphone flagship terbaru dengan ciri terkini. Antara yang menarik perhatian saya ialah jenama Xiaomi.

Saya pernah merasai pengalaman menggunakan peranti smartphone Xiaomi ini. Ia satu smartphone kategori pertengahan yang agak baik dan mampu milik. Malah, ada variasinya cukup bagus dibandingkan dengan jenama terkenal yang lain.

Mi 9T - Smartphone Xiaomi Terbaru Dengan Ciri Best

Smartphone Xiaomi Mi 9T
Kali ini, pihak Xiaomi mengumumkan satu lagi telefon pintar dengan spesifikasi yang best pada harga yang cukup berbaloi. Ianya adalah Xiaomi Mi 9T.

Telefon Mid-Range Dengan Pop-up Kamera

Telefon pintar ini disertakan dengan satu ciri yang semakin mendapat tempat di kalangan pengguna di Malaysia iaitu kamera jenis pop-up khasnya untuk selfie dengan resolusi 20MP. Manakala kamera belakang pula beresolusi 48MP dengan fungsi AI untuk 3 kamera.

Kamera belakang ada kamera untuk telefoto 8MP dan juga 13MP wide angle. Kamera telefoto boleh zoom sehingga 10x. Jadi, memang sesuai untuk mereka yang gemar mengambil gambar.

Skrin AMOLED FHD

Yang lebih menarik dan memberikan kelebihan pada telefon Xiaomi Mi 9T ini ialah skrin paparan 6.39 inci AMOLED FHD penuh. Tak banyak telefon pada kategori pertengahan yang memberikan skrin paparan jenis AMOLED ini.

Harga Early Bird Smartphone Xiaomi Mi 9T Lazada
Bila sebut pasal sebuah telefon berkuasa yang mampu milik ni, salah satu ciri yang biasanya saya akan lihat pada pada cip pemprosesan dan juga kapasiti. Biasalah untuk seorang yang graduate dalam bidang sains komputer .. haha .. RAM dan ROM memang saya akan tengok dahulu.

Pemproses Berkuasa Dengan Storan Besar

Untuk Xiaomi Mi 9T, peranti ini dikuasakan dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 730. Ia dipasangkan bersama storan 64GB dan 6GB RAM. Hmm cukup best ... tapi masih tak dapat tandingi smartphone Realme 2 Pro yang saya sedang gunakan sekarang, dengan storan 128GB + 8GB RAM .. huhu.

[Dah Baca?] Puas Hati Beli Realme 2 Pro di Shopee

Tapi serius. Apa yang ditawarkan oleh Xiaomi Mi 9T ni memang cukup awesome ... mengujakan saya ... macam terasa nak tukar je smartphone yang sedia ada ni .. huhuhuhu .. uhh dugaan sungguh la.

Spesifikasi Smartphone Xiaomi Mi 9T
Jika saya nak beli smartphone ni, saya pasti memilih kerana ciri-ciri berikut:
  • Paparan AMOLED FHD, lebih puas menikmati paparan.
  • Ada kamera pop-up, jadi paparan skrin boleh dinikmai sepenuhnya.
  • Pemproses 730 Snapdragon, RAM dan storan yang besar, boleh simpan gambar banyak dan pantas untuk buka aplikasi.
  • Pengecasan pantas dengan USB type-C
  • 3.5mm headphone jack - penting untuk saya main online game tanpa ganggu orang lain.
  • Bezel bawah smartphone ini yang sangat minimal.
  • Tripple kamera dengan 48MP! 

Harga Rasmi Xiaomi Mi 9T

Apatah lagi harga rasmi untuk Xiaomi Mi 9T ini adalah RM1199.

Lagi membuatkan saya gigil nak dapatkan smartphone ini apabila ia ditawarkan pada harga RM1099 di Lazada untuk pembeli terawal.

Leleh weih. Jika anda ada bajet, bolehlah dapatkan smartphone ini dan buat pra-tempahan mulai sekarang.

Tempahan online di Lazada - https://invol.co/clg17t

Copywritting template

Post a Comment

4 Comments

  1. bestnya.. mama guna xiaomi note 3 pun dah best lagi lah 9t ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ... tu la .. ramai yang suka dengan Xiaomi ni

      Delete
  2. Masa phone rosak dulu ada gak plan nak tukar ke MI ni tapi dah terjebak ke VIVO okaylah not bad at all.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vivo pun ok ... anak-anak saya pakai Vivo.. smartphone yang ada specs yang baik dengan harga mampu.

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com