Saya belum lagi pergi ke Pasar Ramadan (Param) tahun ni. Bulan puasa tahun ni belum rasa nak pergi lagi walaupun tahun sebelum ini saya ada pergi - itupun dah hujung-hujung bulan. Bukan apa, saya macam boleh agak je yang harga makanan dijual pasti akan melambung naik, mahal harga.

Ramai juga merungut di media sosial pasal barang makanan di Param dijual berkali-kali ganda berbanding sebelum bulan puasa. Malah, ada peniaga yang sebelum ini berniaga di Pasar Malam, yang berniaga di Param, menaikkan harga makanan mereka agak luar biasa.

Terkejut Dibuatnya - Harga Tauhu Sumbat Pasar Ramadan RM2 Seketul!

Kalau ikutkan, saya memang tak hiraukan sangat pasal harga makanan yang dijual di Param ni. Tetapi, apabila harga makanan jadi terlampau mahal, rasa macam tak adil pula. Tak disuarakan, peniaga Param akan anggap yang pelanggan redha dengan kenaikan harga.

Tahun ini, memang nampak harga makanan dijual di Param agak mahal, dah menjadi macam setaraf harga buffet Ramadan di hotel-hotel pula. Kalau tak ada RM50, baik berbelanja di pasar .. dan cari bahan untuk masak sahaja juadah berbuka di rumah.

RM50 mudah-mudah je akan habis di Param ni.


Macam kes tauhu sumbat.

Tauhu Sumbat - Harga Hari Biasa Cuma RM0.50 Seketul

Hari biasa, saya makan tauhu sumbat di kedai makan biasanya dijual RM0.50 seketul. Jadi kalau beli RM2.00 .. puaslah makan sebab boleh dapat 4 ketul. Kuah kacang pun sedap.

Tetapi .. baru-baru ini, alangkah terkejutnya saya bila isteri saya bawa balik tauhu sumbat dibeli di Param dengan harga RM2 seketul! Berkali-kali ganda naik harga, terasa macam peniaga di Param nak mencekik darah para pengunjung yang sedang berpuasa.

Sampai hati naikkan harga makanan kesukaan saya ni.. uhukk...

Saya ingatkan harga tauhu sumbat tak adalah naik sampai macam tu sekali. Jika RM1.00 seketul .. saya boleh terima lagi. Tapi, ni sampai letak harga RM2 seketul ... uhh .. memang tak beli dah la.

[Pernah Baca?] Bisnes Laku Keras di Bulan Ramadan - Jual Air Balang

Ramai Teka Harga Tauhu Sumbat Isteri Saya Beli Harga RM1 - RM1.50

Saya cuba 'komplen' di group tempat orang berniaga ni di Facebook. Ramai juga macam tak percaya harga tauhu sumbat sampai RM2 seketul. Rata-rata menyangka ia dijual dengan harga RM1 - RM1.50 seketul. Ramai komen dalam post saya tu.

Dalam banyak-banyak komen, ada yang rasa harga tu berbaloi sebab kuah kacangnya pekat dan sedap. Dan tauhu sumbat yang dijual tu saiznya besar dan gebu. Mungkin agaknya, yang komen tu adalah peniaga yang menjual tauhu sumbat dengan harga sedemikian. Allahualam.

[Pernah Baca?] Misi Mencari Putu Piring Sedap di Bazar Ramadan Arena Square Kuala Kangsar

Harga Tauhu Sumbat RM2 Seketul - Terlebih Mahal

Tapi, serius .. harga RM2 seketul untuk tauhu sumbat macam tidak munasabah bagi saya. Alasan harga tersebut berpatutan sebab ada kuah kacang yang sedap, saya fikir .. saya tak dapat nak terima. Ia harga melampau.

Letaklah harga RM1 seketul, rasanya dah cukup memadai.

Hari biasa - RM0.50 seketul.
Hari bulan puasa - RM1.00 seketul.

Rasanya ok kot kalau harga macam ni .. tak adalah mencekik sangat. Hmm agak-agak la kalau nak buat untung besar dalam bulan puasa ni.


Ada yang beritahu, harga tauhu sumbat di Param agak mahal kerana sebab-sebab atau faktor berikut:
  • Harga bahan mentah naik terutama bahan nak buat kuah kacang
  • Sewaan tapak Param agak mahal
  • Tak selalu jumpa

Hmm ... apa nak buat, peniaga memang ada alasan mereka untuk letak harga makanan yang agak mahal. Yang akan jadi mangsa adalah orang macam saya yang kadangkala malas nak masak atau tak tahu nak membuatnya sendiri.

[Pernah Baca?] Puas Makan Kerang Rebus dan Udang Lipan Masa Bulan Puasa

Nak tak nak, hanya kerana keinginan, bayar sahajalah apa yang ditawarkan walaupun hati sangat tidak puas hati.


 
Berbuka puasa, saya menikmati 4 ketul tauhu sumbat yang berharga RM8 kesemuanya. Beza di hari biasa, saya cuma bayar RM2 sahaja untuk menikmati keenakan 4 ketul tauhu sumbat dengan kuah kacang yang sedap.

Alahai peniaga.

Dan nak menambah rasa sakit hati dan ketidak-seronokan pula, apabila berbuka puasa, taugeh yang disumbat dalam tauhu tu dah ada rasa masam sesikit .. aduhhh.

Tempat anda? Harga makanan Param cekik darah tak?

9 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Erkkkk bior betul???? Saya beli kat rumah Mak saya rm5 dapat 13 ketul Tuan...gilee mahai seketyul rm2 ishhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. AHa .. tau takpe. Tapi nak buat macamana, ini mungkin rezeki peniaga tu dapat pelanggan macam isteri saya.

      Delete
  2. Mahal jgk tauhu ni..x pnh plk rse nk mkn ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari biasa tak adalah semahal ni. Ada je yang jual RM0.30 .. RM0.50 seketul. Cuma bulan ramadan ni, menu ni jadi macam makan eksotik lak

      Delete
  3. Huhu kalau camtu beli tauhu je la buat sendiri... Mahal bebenor..

    ReplyDelete
  4. Mahalnya...bln pose nie bkn shj tauhu, bnyk mkn dah naik..tp tngk tmpat lah. De yg masih kekalkn harga lama.

    ReplyDelete
  5. tips: klu beli juadah param, make sure juadah tu xde unsur2 taugeh sbb normally, end up xbuleh mkn sbb basi. taugeh mmg sedap tp, kena mkn cepat. maksudnya, masak & terus makan. peniaga param normally akan siapkan juadah awal. so, paham2 je la klu ada taugeh juadah tu jadik apa kesudahannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, taugeh yang kena celur memang cepat rosak.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement