Pertama Kali Masuk Melawat Muzium Kastam di Banda Hilir, Melaka

Pernah dengar mengenai Muzium Kastam? Muzium ini terletak di Jalan Merdeka, Banda Hilir Melaka. Lebih tepat lagi, ia betul-betul berhadapan dengan terminal atau jeti Malacca River Cruise. Pintu masuk utamanya adalah di bahagian sisi bangunan kolonial yang telah dibina sekitar awal tahun 1890an.

Muzium Kastam Diraja Malaysia ini mula dibuka kepada umum pada Ogos 2006. Objektif utama kewujudan muzium ini adalah untuk memberikan informasi berkaitan tugas dan tanggungjawab Kastam Diraja Malaysia.

Apa Ada Dalam Muzium Kastam Diraja di Banda Hilir, Melaka?

Percutian di Melaka
Baru-baru ini, dalam cuti persekolahan singkat, saya dan keluarga telah bercuti ke negeri Melaka. Salah satu tempat yang kami lawati adalah Muzium Kastam yang terletak di Banda Hilir. Sebelum ini, kami tak sedar pun akan kewujudan muzium ini yang tidak mengenakan sebarang bayaran kemasukan.

Fakta Berkaitan Muzium Kastam Melaka

Bangunan Muzium Kastam memang cantik dengan mengekalkan ciri senibina Inggeris yang menggunakan batuan dan tanah liat. Sebelum ini, bangunan ini telah digunakan sebagai tempat simpanan atau gudang pihak kastam seperti seramik, beras, tepung, gula termasuk rempah ratus yang diimport dari negara China, India, Indonesia, Thailand dan juga Filipina.

Waktu itu, bangunan ini dijadikan lokasi utama untuk perdagangan Sistem Barter Trade di pelabuhan Melaka. Barangan yang dirampas dan ditahan oleh pihak kastam juga disimpan di sini. Pada tahun 1965, pekerja telah dipindahkan ke bangunan baharu dan bangunan ini dijadikan stor digunakan oleh Bahagian Pencegahan Kastam.

Itu serba sedikit sejarah dan fakta lama yang ingin saya kongsikan kepada anda.

Muzium Pamerkan Peralatan Kastam Serta Barang Rampasan

Memang banyak barangan yang dipamerkan dalam muzium ini. Ia agak luas, dan ada beberapa bahagian yang mempamerkan beberapa kategori barangan rampasan dan juga peralatan digunakan oleh pihak Kastam Diraja Malaysia.

Percutian di Melaka
Percutian di Melaka
Percutian di Melaka


Jika anda nak tahu, Muzium Kastam mempamerkan lebih daripada 200 koleksi asal pelbagai barangan yang dirampas dan ditahan oleh pihak Kastam dari serata Malaysia. Ada barangan yang dipamerkan adalah barangan serta peralatan asal dari abad ke 19.

Di dalam muzium ini, anda boleh menjumpai peralatan berkaitan penguatkuasaan undang-undang Kastam termasulah mesin kira-kira dan penimbang lama, kenderaan yang digunakan selain bot maritim Kastam. Selain itu, ada banyak barang pameran terdiri daripada barangan terlarang yang dirampas seperti rokok, arak, senjata api serta barang seksual.

Tugas-tugas Kastam juga diperincikan dalam beberapa bahagian muzium ini.

Jika nak ketahui berkaitan tugas-tugas, tanggungjawab dan cabaran dihadapi oleh pihak Kastam Diraja Malaysia, bolehlah anda pergi ke Muzium Kastam di Melaka ini. Ianya dibuka setiap hari termasuk cuti umum bermula dari jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang.

Masuk adalah percuma.

[Dah Baca?] Muzium Perak - Muzium Pertama di Malaysia

10 Gambar Apa Ada Dalam Muzium Kastam Diraja, Melaka

Buat mereka yang mungkin belum pernah masuk ke dalam muzium ini atau nak tahu apa yang ada dalam Muzium Kastam Diraja Malaysia di Melaka ini, saya kongsikan beberapa gambar dalam muzium untuk tatapan.

Percutian di Melaka
Percutian di Melaka


Percutian di Melaka
Percutian di Melaka
Percutian di Melaka
Percutian di Melaka



[Dah Tahu?] Senarai Muzium yang Ada di Kota Bandung, Indonesia
 
Percutian di Melaka
Percutian di Melaka
Percutian di Melaka
Percutian di Melaka



Post a Comment

2 Comments

  1. i've never been there. mcm best je ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak tahu benda apa yang tak boleh masuk Malaysia, leh la melawat muzim ni kat Melaka. Masuk pun percuma ...

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com