Keseronokan Percutian Melawat Petrosains KLCC - Sempena '20 Years of Wonder'

Petrosains. Tak sangka Petrosains di Suria KLCC ini sudah mencecah 20 tahun kewujudannya. Dalam tempoh 20 tahun tersebut, saya dan keluarga baru tiga kali rasanya menjejakkan kaki ke tempat tumpuan pelancong di ibukota ini. Yelah, jauh kot nak pergi... dari Parit Buntar nak ke KLCC .. uhh .. makan masa 6 jam kot (standard saya).

Memang tak dinafikan Petrosains Suria KLCC satu tempat menarik untuk dilawati, terutama apabila bercuti bersama anak-anak. Anak-anak saya cukup seronok bila dapat masuk ke Petrosains ini sebab ada pelbagai perkara menarik (wonders) berkaitan sains di dalamnya.

Petrosains Suria KLCC - 20 Years of Wonder

Petrosains KLCC - 20 Years of Wonder
Baru-baru ini, dengan perancangan Allah S.W.T, saya dapat sekali lagi bawa keluarga melawat dan merasai 'keajaiban' sains di Petrosains KLCC ni. Kebetulan pula, Petrosains sedang meraikan ulangtahun ke 20nya. Jadi, memang ada banyak aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung Petrosains ketika itu.

Ada banyak juga perubahan ketara yang saya perasan semasa melawat Petrosains KLCC kali ini. Ada lebih banyak aktiviti melibatkan anak-anak bersama staff Petrosains. Malah, banyak aktiviti yang dijalankan melibatkan interaksi antara pengunjung dengan staff. Secara tak langsung ia memberikan peluang untuk anak-anak mengetahui sesuatu perkara berkaitan sains dengan lebih lanjut.

Keseronokan Interaktif & Workshop

Petrosains KLCC - 20 Years of Wonder



Petrosains KLCC - 20 Years of Wonder
Jika sebelum ini, interaksi cuma sehala sahaja - antara bahan pameran interaktif dengan pengunjung, kali ini ada beberapa aktiviti yang lebih menyeronokkkan disediakan dalam sudut khas dinamakan Workshop. Dalam ruangan khas, anak-anak boleh membuat ujikaji sains dan melakukan aktiviti bersama ibubapa dan juga staff Petrosains.

Di ruangan Workshop ini, anak-anak boleh menzahirkan kekreativiti mereka dengan bahan-bahan sains yang disediakan... uhh jangan risau, bahan-bahan untuk ujikaji dan eksperimen dalam workshop ini adalah selamat dan tidak merbahaya.

[Dah Baca?] Bawa Anak Sedara Jenjalan Masuk MAPS Perak

Keseronokan Petrosains KLCC - Sempena 20 Years of Wonder
Keseronokan Petrosains KLCC - Sempena 20 Years of Wonder
Lebih engagement gitu ... antara bahan pameran, staff dan pengunjung Petrosains.

Tambah menarik lagi ialah, ruangan Workshop juga ada aktiviti untuk pengunjung yang lebih dewasa, iaitu untuk remaja dewasa termasuklah ibubapa. Jadi, kalau anda berkunjung ke Petrosains KLCC ini, jangan lepaskan peluang untuk berada dalam Workshop disediakan. Sure best !!

Jadual setiap workshop di Petrosains KLCC ni, boleh anda lihat di SINI.

[Panduan] Rahsia Mendapatkan Pakej Penginapan Murah di Hotel

Tak Cukup Sehari

Memang seronok berada dalam Petrosains Suria KLCC ni. Sehari rasanya tak cukup kalau benar-benar mahu meneroka keajaiban sains yang ada. Banyak yang boleh belajar dari tempat menarik ini. Dari satu sudut ke satu sudut yang ada, pasti akan ada benda sains yang mengagumkan.

Pada masa yang sama, dapat sama-sama melihat betapa hebatnya ciptaan yang Maha Esa... merangkumi perkara paling simple hinggalah ke alam cakerawala yang menakjubkan.

[Dah Baca?] Ketahui 5 Tempat Wajib Pergi Jika Bercuti ke Korea Masa Musim Sejuk

Ada bajet, dapatkan pakej menarik disediakan Petrosains. Ambil kesempatan sekarang di musim cuti sekolah untuk mengunjungi Petrosains KLCC kerana Petrosains sedang meraikan ulangtahun ke 20nya.

Untuk info lanjut boleh lawati laman web rasmi Petrosains.

Gambar Percutian Keseronokan di Petrosains KLCC - 20 Years of Wonder

Sedikit gambar perkongsian dari saya semasa membawa anak-anak ke Petrosains Suria KLCC sekitar percutian bulan Mac 2019 - sempena 20 Tahun Petrosains KLCC.

Petrosains KLCC - 20 Years of Wonder


Petrosains KLCC - 20 Years of Wonder
Petrosains KLCC - 20 Years of WonderPetrosains KLCC - 20 Years of Wonder
Petrosains KLCC - 20 Years of Wonder


Petrosains KLCC - 20 Years of Wonder
Petrosains KLCC - 20 Years of Wonder
Petrosains KLCC - 20 Years of Wonder
Petrosains KLCC - 20 Years of Wonder


Petrosains KLCC - 20 Years of Wonder
Petrosains KLCC - 20 Years of Wonder
Petrosains KLCC - 20 Years of Wonder





Post a Comment

0 Comments