Ramai surirumah yang menceburi bidang menjual coklat homemade ini. Cara membuat coklat homemade yang tidak begitu sukar menjadikannya ianya satu bisnes di rumah terbaik untuk menambah pendapatan.
Jana Income Tambahan Dengan Bisnes Coklat Homemade
Berdasarkan pengalaman, bisnes menjual coklat homemade mampu memberikan pulangan sehingga 200%. Dengan sedikit kreativiti tambahan, anda boleh mendapatkan pulangan serta keuntungan berlipat kali ganda menerusi bisnes ini.Jual Murah Serendah RM1, Untung Sehingga RM1,500 Sebulan
Samada percaya atau tidak, ada surirumah yang menjual kek coklat dengan harga RM1 sepotong, boleh menjana keuntungan dan memberikan pendapatan sampingan sehingga RM1,500 sebulan! Ini menjadikan bisnes menjual coklat homemade satu perniagaan makanan yang paling menguntungkan.Pernah dengar pasal Kek Sriya? Ia pernah viral satu masa dahulu, dan mendapat perhatian ramai kerana menjual sepotong kek coklat yang sedap dengan harga RM1 (seriyal) sepotong.
Tak perlu pun meletakkan harga tinggi untuk menjual makanan berasaskan coklat ini, tetapi boleh buat untung besar, in Sha Allah.
Kreatif Dalam Menjual Coklat Homemade
Buat coklat homemade samada semata coklat, menjadikannya ia biskut atau kek mampu memberikan pulangan tinggi dengan sedikit kreativiti. Misalnya, menjual dengan harga yang cukup menarik atau menggunakan teknik atau cara pembungkusan yang memikat.Coklat homemade itu sendiri boleh digubah dan diolah agar kelihatan unik dan cantik bagi menarik pelanggan.
Nak belajar buat coklat homemade yang sedap tak susah dah sekarang. Anda boleh je cari di laman YouTube atau buat sahaja carian resepi di Google, in Sha Allah anda boleh belajar pelbagai cara untuk menjadikan coklat homemade anda unik, sedap, beraneka dan paling penting mendapat permintaan ramai.
Kek Chocolate Moist Hasilkan Jutawan
Sebelum ini, saya pernah kongsi cerita mengenai senior saya semasa di USM dulu yang kini menjadi jutawan kek coklat dengan memulakan bisnes di rumah menjual kek chocolate moist. Malah, saya pernah berkongsi resepi kek coklatnya itu di blog, dan menjadi antara blog post paling tinggi trafik kerana ia dijadikan rujukan untuk membuat kek chocolate moist yang sedap.Sehingga ke hari ini, jenama Anis Chocolate Moist Cake menjadi antara jenama kek coklat yang laris di pasaran. Malah, ia telah menginspirasikan banyak jenama lain menjual kek berasaskan coklat ini.
[Dah Baca?] Resepi Mudah Kek Coklat - Siap Dalam Masa 5 Minit!
Tips Nak Buat Bisnes Coklat Homemade
Ada banyak cara nak menjual dan memasarkan coklat homemade ini. Salah satunya ialah dengan menjadikan coklat homemade ini sebagai door gift untuk majlis keraian seperti majlis perkahwinan, selain menjadikan ia pemberian istimewa untuk hari-hari tertentu seperti Hari Ibu, Hari Guru, Hari Pekerja dan sebagainya.Atau paling senang, menjualnya di perkarangan sekolah dalam bentuk stik coklat dengan pelbagai corak dan perisa. Malah, anda boleh pasarkan ia di pasar malam dan pekan sehari.
Pernah nampak orang menjual stik atau batang yang ada marshmellow serta buah-buahan yang disaluti coklat tak? Ini salah satu cara untuk menjalankan bisnes jual coklat homemade ini.
[Dah Baca?] Int3tree, Makanan Tambahan Terbaik Untuk Anak Bijak
Permintaan kepada coklat homemade ini sentiasa ada, cuma anda perlu tahu bagaimana untuk memasarkannya.
Kalau tidak, masakan isteri saya yang full-time bekerja di pejabat kerajaan boleh menerima tempahan untuk hasilkan sehingga 500 paket berisi coklat homemade untuk majlis perkahwinan?
Gunakan sahaja medium media sosial untuk memperkenalkan bisnes jual coklat homemade ini. Ambil gambar dan kongsikan. Mesti akan ada yang tertarik dan mula bertanya .. "coklat ini you jual tak?".
Buat duit menerusi bisnes coklat homemade ni memang seronok. Apatah lagi ia boleh dijadikan salah satu cara untuk mengeratkan silaturrahim sesama keluarga. Boleh sahaja babitkan anak-anak untuk sama-sama menjayakan projek buat coklat homemade ini di rumah ... dan hasil keuntungannya dirasai bersama.
Nak belajar bagaimana nak buat duit dengan bisnes jual coklat homemade ini? Dapatkan panduan bisnes bakeri yang ada beritahu segala tips selain resepi menghasilkan coklat yang sedap untuk dijual. :)
rajin usaha pasti ada hasilnya
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.