Beberapa hari ini, blog post saya berkaitan bunian mula menerima trafik yang agak tinggi dari enjin carian. Ini mungkin disebabkan oleh kes kehilangan seorang peserta larian berdekatan Gopeng, Perak yang dikaitkan dengan orang bunian. Samada ia benar atau tidak, sukar untuk dibuktikan melainkan 'mangsa' ditemui dalam keadaan selamat.

Cerita mengenai orang bunian ini telah lama wujud sejak beratus-ratus tahun. Ia bukan kisah tempatan, malah kisah orang bunian ini turut diceritakan di negara-negara lain termasuk negara barat. Bezanya, ia disebut dengan nama lain.

Info Menarik Berkaitan Orang Bunian - Beza Dengan Jin Pari dan Petunjuk Pintu Alam Bunian

Rahsia alam bunian
Saya dah dengar kisah bunian ini sejak dari bangku sekolah lagi. Ada dua kategori, satu kisah seram dan satu kisah yang seronok.

P. Ramlee pun ada buat filem mengenai bunian ini, iaitu filem Sumpahan Orang Minyak (1958). Dalam filem itu, orang bunian digambarkan sebagai makhluk cantik yang mempunyai kelebihan tertentu untuk menukarkan seseorang dari buruk menjadi cantik, dari miskin menjadi kaya dan sebagainya.

Filem yang ditulis oleh Teuku Jaafar, P. Ramlee dan S. Sudarmadji ini memang hebat, malah telah mendapat anugerah di Festival Filem Asia Pasifik ke 5 (1958, Manila) dalam kategori Sinematografi Hitam Putih Terbaik. Filem berkaitan Bunian dan Orang Minyak ini diterbitkan oleh Malay Film Production Ltd (Singapore).

Dek kerana filem ini, telah terpahat dalam kepala saya bahawa orang bunian adalah makhluk Allah S.W.T yang sangat cantik menawan selain mempunyai kuasa tertentu.


Fakta Atau Rekaan Mengenai Bunian?

Benarkah?

Benarkah orang bunian ini mempunyai keistimewaan seperti dalam filem Sumpahan Orang Minyak?

Dalam satu perkongsian oleh saudara Hafeez Dean Aaron di laman web Remaja, beliau cuba menjelaskan mengenai beberapa info menarik berkaitan Orang Bunian ini, khususnya beza dengan Jin Pari.

Menurut beliau, perkataan bunian itu berasal dari perkataan BANI'AN.

Bani = kaum, keturunan, atau anak seseorang
'An = merujuk kepada nama seseorang.

Beza BUNIAN dengan "JIN PARI"

Melayu dibahagikan kepada dua kumpulan. Yang pertama, orang awam dan yang kedua, yang telah dijadikan tidak kelihatan dan terpencil oleh Allah S.W.T dari bersekutu dengan orang awam seperti kita.

Mereka mencapai tahap karamah, karamah adalah satu keajaiban tetapi untuk orang bukan nabi (iaitu doa mereka tidak terbatas, doa mereka dipenuhi oleh Allah S.W.T secara langsung seperti sejarah "Kutukan Mahsuri di Langkawi", boleh juga lihat sejarah wali 7, dan sejarah Tok Kenali) sementara untuk keajaiban nabi, kita menyebutnya sebagai Mukjizat.

Mereka juga dikenali sebagai orang yang tidak kelihatan (atau Bunian). Mereka bukan jin, Mereka orang biasa cucu Nabi Adam A.S dan Siti Hawa.

[Dah Baca?] Mitos Kembangnya Bunga Bakawali Waktu Tengah Malam

Sejarah Kewujudan Bunian

Sejarah kewujudan mereka bermula di kepulauan Nusantara, di mana lelaki yang bernama 'An, (seorang Waliyullah) yang memiliki tingkat taqwa yang tinggi, karena ia tidak dapat hidup dalam masyarakat dengan banyak orang yang menyinggung, menipu, tidak peduli, tidak memenuhi janji, dan orang yang suka memanipulasi seperti kita. 

Akhirnya, dia telah berdoa kepada Allah S.W.T supaya kewujudannya dan anak-anak serta keturunannya terpencil dan tidak dapat dilihat dari pandangan umum. Jadi, anak-anak dan keturunannya dikenali sebagai bani, yang bermaksud kaum atau keturunan dan anak.

Sekiranya anda sentiasa belajar dengan guru silat terutama di kampung dan sentiasa bersekutu dengan dukun Melayu Islam di Malaysia, anda akan mengetahui dan terdedah kepada cerita ini.
Kenyataan Bunian, mereka adalah orang biasa, mereka berkongsi dunia yang sama seperti kita tetapi di tempat terpencil dan berpagar (dengan doa) menjadi tidak kelihatan.

[Dah Baca?] Apa Maksud Melayu? Benarkah Bangsa Ini Cabang dari Bani Israel?

Beza Bunian dan Jin (Pari)

Ada perbezaan antara sikap mereka dengan kita, mereka tenang dan kita pula terburu-buru. Ramai di antara kita yang salah faham tentang "apa bunian" dan "apa jin", apabila anda dibawa ke tempat mereka, anda akan diajar ilmu agama, hikmah beberapa ayat sehingga apabila anda kembali ke tempat asal, anda berkebolehan untuk merawat orang sakit. Kebanyakan kita menyamakan Bunian dengan jin.

Satu lagi, kehilangan bayi di rahim adalah dari kerja jin, bukan Bunian!

Jin tersebut dikenali sebagai Jin Pari, mereka berwujud seperti sosok manusia, hidup bermasyarakat.

Ada antara manusia yang dipermainkan oleh mereka, seperti apabila kita tiba di satu warong, apabila kita order makanan. Pada awalnya, ia kelihatan seperti makanan tetapi tiba-tiba ia berubah menjadi tahi, ulat, daun, kayu-kayu reput dan sebagainya. Apabila anda dibawa dan dibawa ke tempat mereka, apabila kembali, anda menjadi gila.

Di dalam Al-Quran tidak menyebut keberadaan bunian, ia hanya menyebut tentang kewujudan manusia, jin, binatang dan malaikat. Tidak ada keperluan bagi Al-Quran untuk menyebutnya kerana mereka adalah "orang biasa" dan nama bunian hanya tajuk direka oleh masyarakat Melayu dahulu kala kepada manusia yang telah dijadikan oleh Allah S.W.T supaya mereka tidak dilihat oleh manusia lain (orang awam seperti kita).

Di dalam Al-Quran, terdapat ayat pelindung diri sehingga kita tidak dapat dilihat oleh musuh dan orang lain. Ayat Al-Quran yang dimaksudkan ialah untuk tidak dilihat oleh orang lain.

"Dan apabila kamu membaca al-Quran kami akan membuat antara kamu dan orang-orang yang tidak percaya di akhirat, dinding tertutup," (Al-Israa ': 45)

Kenapa Lelaki Selalu Jadi Pilihan

Ada orang bertanya, kenapa lelaki selalu jadi mangsa orang bunian? Kenapa pilih lelaki dan bukannya perempuan? 

Dalam Islam, untuk berkahwin, perempuan perlu wali, tidak lelaki. Jadi, jika mereka ambil perempuan, mereka juga kena ambil ayah, abang, atau adik lelaki perempuan itu untuk jadi wali.

Andai perempuan diambil orang bunian, kemungkinan lebih ramai lagi terpaksa diambil orang bunian ni.

Menurut Hafeez Dean Aaron lagi, jin mempunyai 3 golongan iaitu golongan jin dari kalangan Muslim yang soleh, kedua dari Muslim yang fasiq dan ketiga dari golongan yang kafir, iaitu yang menyekutukan Allah S.W.T.

Kecantikan dan kehodohan wajah jin ini sentiasa berubah-ubah. Jasad mereka tidak seperti manusia. Peraturan dalam dunia mereka amat ketat.
  • Jin Muslim yang soleh, semakin baik amalannya, semakin bertambah cantik wajahnya
  • Jin Muslim yang fasiq, semakin buruk amalannya, semakin bertambah hodoh wajahnya. Tetapi jika dia bertaubat, wajah dan tubuhnya akan berubah semakin cantik.
  • Jin kafir memang muka dia akan sentiasa hodoh. Bahkan semakin hodoh.

Maksudnya, wajah dan kecantikan/kehodohan mereka sentiasa berubah-ubah. Tidak tetap.

Pintu Ke Alam Bunian

Pintu Ke Alam Bunian
Menurut beberapa perkongsian lain mengenai orang bunian ini, ada yang menyenaraikan beberapa tips untuk ketahui pintu ke alam bunian. Jika ternampak tanda-tanda berikut, eloklah dijauhkan atau dielakkan terutama ketika masuk ke dalam hutan.
  1. Kawasan hutan atau laluan ada buluh kuning. Ramai percaya ia satu petanda mengenai kewujudan pintu masuk ke alam bunian.
  2. Adanya pokok besar yang kawasan bawah perdunya sangat bersih, seolah disapu dan dijaga. Elok elakkan diri dari berehat di bawah perdu pokok besar tersebut.
  3. Jika di kawasan gunung, tempat di mana adanya batu-batu besar dipercayai adalah pintu ke dunia bunian.

Tips Bila Berhadapan Bunian

Satu tips yang sampai sekarang menjadi ikutan ramai bila masuk hutan atau ke tengah laut ialah, jangan sesekali bercakap besar atau bersikap bongkak kerana golongan bunian ini tidak suka dengan manusia seperti itu.

Kalau berada di dalam hutan, dan nampak lembaga atau susuk tubuh .. lepas tu tak pasti samada ianya manusia atau jin, maka bacalah surah An-Nas sebanyak 3 kali. 

Andai anda ada pengetahuan tambahan atau mahu perbetulkan apa yang dikongsikan di atas berkaitan indfo menarik mengenai Bunian, bolehlah kongsi di ruangan komen di bawah.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Baru saya tahu asal usul bunian .Sebelum ni memang fikir bunian ni keturunan jin. Yelah sebab ia ghaib dan tak nampak dengan pandangan mata kasar .Dah baca entry HH ni baru saya tahu .

    BalasPadam
  2. adik ipar cn belajar silat, mmg selalu dia masuk ke alam bunian belajar ilmu perubatan islam

    BalasPadam
  3. ye. selalu perubatan Islam menyamakan bunian dgn jin. mereka berbeza. setahu sy ,jin bersifat mcm kebinatangan sikit.Bunian lebihpd mcm manusia biasa.. wallahualam. golongan bunian yg alim, byk mengajar ilmu al quran merawat sihir, ilmu perubatan tradisional. Dan ikutkan mereka tidak berupa benda2 buruk dn kotor. kejadian mereka sama mcm manusia. ini apa yg saya tahu dr sahabat saya. wallahualam.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement