Semasa kami bercuti di Kelantan, akhir Disember 2018 lalu, kami sekeluarga sempat berkunjung ke Muzium Kelantan. Ada pameran istimewa diadakan di situ iaitu Pameran Dunia Animasi. Ia dikatakan pameran animasi terbesar di Malaysia.

Memandangkan anak-anak saya memang sukakan animasi, jadi saya ambil kesempatan yang ada untuk bawa semua anak-anak saya ke pameran ini. Lagipun, kami tak pernah lagi masuk ke Muzium Kelantan.

Pameran Dunia Animasi Terbesar di Muzium Kelantan

Pameran Animasi Terbesar di Muzium Kelantan
Kelantan memang banyak muzium. Muzium Kelantan adalah antara muzium utama yang terletak di tengah bandar Kota Bharu.

Walaupun saya dah beberapa kali bercuti di Kota Bharu, inilah pertama kali kami berpeluang untuk masuk ke Muzium Kelantan atau juga dikenali sebagai Muzium Negeri. Sebelum ini, kami biasa ke muzium-muzium lain seperti Muzium Adat di Istana Jahar, Muzium Diraja (Istana Batu), Muzium Islam, Muzium Perang, dan Muzium Kraftangan.

Kebetulan, ada pameran animasi, jadi anak-anak memang terujalah nak tahu apa yang dipamerkan.

Bila masuk sahaja, rupanya tak banyak sangat dipamerkan di sebalik 'pameran animasi terbesar'. Namun, pameran yang ada memang besar-besar contohnya permainan visual dan beberapa permainan animasi lain.

Pameran Animasi Muzium Kelantan
Pameran Animasi Muzium Kelantan


Ada sudut permainan untuk kanak-kanak kecil dan juga remaja.

Walaupun ia bukan satu pameran yang saya harapkan (dari segi jumlah pameran produk animasi) tetapi ia satu kunjungan yang menyeronokkan. Anak-anak saya dapat peluang untuk mencuba permainan animasi selain permainan arked animasi yang disediakan.

Pameran Animasi Muzium Kelantan
Pameran Animasi Muzium Kelantan
Walaupun tak banyak barang mainan serta produk animasi dipamerkan, pengunjung yang hadir agak ramai juga.

[Dah Baca?] Pengalaman Lawatan ke Muzium Wau, Tumpat, Kelantan

Pameran Animasi Muzium Kelantan
Saya difahamkan pameran animasi ini juga dibuat di muzium-muzium negeri lain secara jelajah. Mungkin nanti ia akan datang/sudah datang ke tempat anda. Jika ada, bolehlah jenguk dan lihat sendiri perkembangan dunia animasi di Malaysia.

4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. teringin nak pergi Kelantan tpi sampai sekarang tak sampai lgi :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum HH...menarik juga ni..

    ReplyDelete
  3. nk ke kelantan cuti nanti, blh singgah..tq for info

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement