Gaji tak pernah cukup! Kebanyakkan rakyat Malaysia pernah mengalami situasi ini di mana mereka menerima gaji pada setiap hujung bulan dan bercadang untuk membeli barangan kesukaan mereka. Akan tetapi, mereka tidak dapat berbuat demikian kerana gaji diterima hanya cukup untuk menampung sara hidup seperti membayar sewa rumah, bil telefon bulanan, dan sebagainya.

Adakah anda tergolong di kalangan mereka yang ada 'masalah' seperti ini? Walaupun ada gaji tetap bulanan sehingga 4 angka, kehidupan terasa sukar .. dah boleh diibaratkan seperti hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Dapat Gaji Bulanan Tetapi Hidup Tertekan dan Tak Dapat Nak Berbelanja

Cara nak urus duit gaji bulanan
Kehidupan sebegini bermakna mereka bukan sahaja tidak boleh membeli barangan kesukaan, malah mereka mungkin tidak dapat menampung kos sara hidup dan juga menabung. Paling malang, terdapat sesetengah rakyat Malaysia yang terpaksa berhutang hanya untuk membayar bil-bil bulanan.

Kehidupan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang boleh menyebabkan bebanan hutang, dan memberikan tekanan psikologi serta emosi. Saya pasti ramai yang pernah merasai keadaan sebegini.

Secara ideal, majoriti rakyat Malaysia mahu mencapai kebebasan kewangan.



Kebebasan kewangan adalah keadaan di mana seseorang telah mengumpul wang simpanan yang secukupnya dan wang boleh perolehi dengan mudah semasa kecemasan. Ia juga bermakna seseorang itu boleh memenuhi keperluan hidup mengikut gaya hidup yang dikehendaki dengan tenang dan tanpa gusar.

5 Tips Untuk Capai Kebebasan Kewangan

Tips Untuk Capai Kebebasan Kewangan
Jika anda mahu terlepas daripada belenggu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan ingin mencapai kebebasan kewangan, cuba ikuti 5 petua yang disenaraikan di bawah ini!

Buat Bajet

Buat bajet bulanan untuk urus wang dengan baik


Jika anda merupakan seorang yang boros membelanjakan duit, maka petua pertama ini mungkin sukar untuk dipatuhi. Malah, kebanyakkan rakyat Malaysia masih bersikap ‘tidak apa’ berkenaan bajet. Bukan sahaja rakyat Malaysia harus memberi perhatian terhadap belanjawan negara, malah mereka juga perlu meneliti bajet kehidupan diri sendiri.

Apabila anda membajet, anda harus menyenaraikan segala perbelanjaan bulanan. Dari pembayaran sewa rumah bulanan, bil telefon, pinjaman pelajaran ke bayaran insurans kereta tahunan, anda harus menyenaraikan semua perbelanjaan ini.

Ini adalah untuk memastikan bahawa anda bersedia untuk menyelesaikan bayaran bulanan tepat pada masanya. Bajet bulanan juga akan membantu anda untuk memahami cara perbelanjaan berhemah. 

Aplikasi Urus Wang

Dengan teknologi yang ada sekarang serta munculnya pelbagai aplikasi samada di Apple Store dan Google Apps Store, anda dah boleh merangka bajet sendiri secara mudah serta efektif. Antara aplikasi yang boleh bantu dalam membuat bajet adalah seperti Pocket Expense, Goodbudget, dan Wally.


Bayar dan Simpan

Bayar dan Simpan untuk Bebas Kewangan
Perkara paling penting yang perlu anda lakukan selepas menerima gaji ialah membayar segala bil-bil bulanan seperti sewa rumah, bayaran balik pinjaman kereta, bil air, bil elektrik, bil internet dan sebagainya. Kemudian, peruntukkan sebahagian daripada gaji tersebut untuk wang simpanan. Dan pastikan anda tidak menggunakan wang simpanan ini dengan sewenang-wenangnya.

Wang simpanan itu hanya boleh digunakan semasa kecemasan sahaja. Jika mahu gunakan pun, seharusnya untuk tujuan pelaburan jangka panjang seperti membayar bayaran pendahuluan rumah impian anda atau membeli saham-saham amanah seperti Amanah Hartanah Bumiputera.

[Dah Baca?] Cara Buka Akaun CDS untuk Beli Saham - Hanya dari Rumah

Kebanyakkan pakar kewangan juga menasihati orang dewasa yang bekerja untuk menyimpan sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan bulanan mereka. Contohnya, jika gaji bulanan anda ialah RM3,000, maka digalakkan untuk menyimpan sekitar RM600 setiap bulan!

Mungkin nampak jumlah yang agak besar, namun inilah yang akan membantu anda untuk mengurusan kos sara hidup lebih bijak tanpa terjebak dalam sebarang lilitan hutang.

Kurangkan Perbelanjaan

Tips pertama, iaitu belajar cara-cara membuat bajet bukan sahaja penting untuk menyedarkan anda tentang tabiat perbelanjaan yang semborono, ia juga membantu untuk mengurangkan perbelanjaan boros atau belanja lebih daripada gaji diterima.

Orait, sebagai contoh, anda tidak perlu membelanjakan RM200 untuk keahlian gim bulanan anda semata-mata untuk menjaga kesihatan. Sebaliknya, anda boleh je bersenam di sekitar taman perumahan atau di halaman rumah.

Anda digalakkan untuk merujuk kepada bajet bulanan anda sebelum membuat belanja luar perancangan contohnya membeli-belah barangan di luar keperluan atau pergi makan di restoran.

Anda pasti akan berterima kasih dengan tabiat pengurusan wang yang ketat ini. Disebabkan ini wang yang awalnya ingin dibelanja menjadi wang yang berjaya disimpan, kemudiannya boleh digunakan untuk melangsaikan hutang-hutang yang masih tinggal.

Pelbagaikan Sumber Pendapatan

Sejak kebelakangan ini, terdapat ramai rakyat Malaysia yang melakukan lebih daripada satu kerja bagi menampung kos sara hidup. Amalan ini sepatutnya dipuji dan digalakkan kerana melakukan lebih daripada satu kerja akan meningkatkan pendapatan bulanan.

Secara langsung, ia akan mengurangkan kemungkinan anda untuk kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Ada pelbagai cara dan kaedah untuk pelbagaikan sumber pendapatan. Cara paling mudah ialah dengan menggunakan bakat, kemahiran dan kepakaran anda. Cara ini memang saya sangat sarankan sebab ia tidak menggunakan sebarang modal tambahan atau besar. Anda boleh menggunakan kemahiran atau bakat seperti fotografi, mengajar, menyunting teks, dan rekabentuk lanskap sebagai punca pendapatan.

 
Malah, anda juga boleh jana income sampingan dengan harta atau peralatan yang anda miliki; contohnya menjadi pemandu Grab dengan kereta anda atau Matdespatch dengan motorsikal anda.

Selain itu, terdapat banyak laman web yang membolehkan anda untuk bekerja secara sambilan seperti Upwork, Freelancer dan Favser.

Tukar Mentaliti Mengenai Wang

Petua dan tip terakhir untuk memperbaiki situasi kewangan serta mencapai kebebasan kewangan ialah menukar mentaliti berkaitan wang. Ini adalah isu utama yang ramai sukar nak buat, terutamanya saya.

Pun begitu, saya tidak nafikan ia adalah salah satu panduan penting yang harus dipatuhi. Iaitu memastikan bahawa pembelanjaan bulanan anda kurang daripada pendapatan bulanan secara konsisten.


Ia memang sangat susah, apatah lagi bila aplikasi berkaitan shopping online lebih banyak ada dalam smartphone daripada aplikasi yang membantu menguruskan wang dengan lebih baik.

Saya sering sahaja terpukau dengan segala tawaran menarik sana sini yang hari-hari muncul tanpa diundang. :)

Bagi menguatkan iltizam diri agar sentiasa memastikan wang sentiasa ada bila diperlukan ialah dengan bergaul dengan kenalan serta rakan-rakan yang memiliki mentaliti yang sama terhadap wang (belanja ikut pendapatan).

Jika anda sering bergaul and meluangkan masa dengan kenalan yang boros berbelanja, maka anda mungkin akan mengikuti sikap mereka. Biasalah, benda yang 'negatif' memang mudah dan senang nak terjebak. Selain itu, anda disarankan untuk menyimpan wang dan menggunakannya untuk pelaburan jangka panjang seperti membeli rumah dan saham.

Jangan Rakus Cari Wang Tambah Hingga Langgar Undang-Undang

Tetapi awas, dalam kerakusan nak mencari wang tambahan, anda harus mempertimbangkan cara-cara yang sah disisi undang-undang.

Andai terdesak ingin mendapatkan wang, jangan sesekali meminjam daripada sumber yang tidak sah atau berniaga benda terlarang. Ia akan menjerat anda kelak, selain memungkinkan anda untuk meringkuk di dalam penjara.

Buat Pinjaman Peribadi?

Mahu dapatkan wang tambahan, anda boleh sahaja membuat permohonan pinjaman wang peribadi dari bank. Terdapat pelbagai bank yang menawarkan pinjaman peribadi pada kadar faedah yang sangat rendah. Malah, pinjaman ini juga boleh diluluskan dalam masa yang singkat.

Contoh pinjaman peribadi berkadar faedah rendah dari 5.88% setahun ialah Citibank Personal Loan. Anda boleh memohon pinjaman ini dalam talian dan mendapatkan kelulusan segera.

Bukan itu sahaja, satu lagi contoh pinjaman peribadi berkadar faedah rendah dan rata (6%) ialah Hong Leong Personal Loan. Pembayaran balik bagi pinjaman peribadi ini sangat fleksible dan berpatutan.

[Promo] Mahu Dapatkan Pinjaman Peribadi Terbaik Untuk Anda? Klik Sini.

Tapi ingat, anda perlu urus kewangan anda dengan baik menerusi tips yang telah dikongsikan tadi. Jangan pula nanti, kerana mendapat wang pinjaman peribadi ini .. anda jadi boros dan lupa diri. Andai perlu, sila teliti terma pinjaman dan pilih yang benar-benar sesuai dengan keadaan kewangan anda.

 
Proses untuk melepaskan diri daripada belenggu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, dan memperbaiki situasi kewangan adalah sukar pada permulaannya.

Ikutilah petua-petua di atas dan saya doakan agar pintu rezeki anda terbuka seluasnya dan niat sebaiknya untuk mencapai kebebasan kewangan.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Saya selalunya mula-mula gaji masuk akan bayar semua2 bil. .. Klau lmbt takut tersalah guna plak..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement