Artikel kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak lipat-gandakan aset anda atau duit yang anda ada. Salah satu cara buat duit kerja dari rumah ialah dengan bermain atau berdagang saham di Bursa Malaysia. Ia salah satu cara lipat-gandakan duit yang anda ada tanpa perlu anda keluar bekerja. Apa yang perlu anda ada adalah modal untuk berdagang saham dan satu akaun Central Depository System (CDS).

Sebut pasal modal, berapa yang diperlukan untuk memulakan dagangan saham di Bursa Saham ni? Hmm ... subjektif gak benda ni, sebab ada bank pelaburan (investment bank) yang kenakan had minima. Tapi, secara umumnya, paling tidak anda kena ada dalam RM1000 untuk memulakan main saham ni. Namun, benda paling penting yang perlu anda wujudkan terlebih dahulu ialah platform untuk berdagang, maka anda perlu tahu bagaimana cara nak buka akaun CDS.

Cara Buka Akaun CDS Untuk Main Saham

Cara Buka Akaun CDS Main Saham
Cara Buka Akaun CDS Main Saham
Saya dah ada satu akaun CDS bersama dengan RHB Investment. Saya pernah ceritakan benda ni sebelum ni. Dan nampaknya ramai juga rakan pembaca blog yang berminat nak tahu bagaimana nak bermain saham ni. Alhamdulillah.

Tak susah pun nak buka akaun CDS ni. Dan modal yang diperlukan untuk anda buka akaun CDS bermula dari RM10 sahaja. Malah, ada sesetengah bank pelaburan yang tak kenakan caj buka akaun ini. Aha, jadi anda boleh dapatkan akaun CDS secara percuma.

Langkah Penting Untuk Buka Akaun CDS

Orait. Bagaimana nak buka akaun CDS ni ye? Sila ikuti langkah-langkah di bawah ini.

Pergi ke mana-mana bank pelaburan (investment bank) yang berdaftar sebagai broker saham. Antaranya yang boleh saya senaraikan adalah seperti berikut:
No. Nama Pemilikan
1Affin Hwang Investment Bank BerhadL
2Alliance Investment Bank BerhadL
3AmInvestment Bank BerhadL
4CIMB Investment Bank BerhadL
5Hong Leong Investment Bank BerhadL
6KAF Investment Bank BerhadL
7Kenanga Investment Bank BerhadL
8MIDF Amanah Investment Bank BerhadL
9Maybank Investment Bank BerhadL
10Public Investment Bank BerhadL
11RHB Investment Bank BerhadL

Anda juga boleh buka akaun CDS ini dengan mana-mana syarikat broker saham yang didaftarkan dengan Bank Negara Malaysia.

Bila pergi tu, beritahu yang anda mahu buka satu akaun CDS dengan mereka untuk main saham. Jadi, nanti mereka akan berikan borang untuk anda isi.

Tiada Yuran Bulanan Mahupun Tahunan

Cara Main Saham

Akaun CDS ini tiada yuran tahunan atau bulanan. Boleh guna platform saham secara percuma (dari komputer, smartphone & tablet) dari mana jua. Anda boleh baca post saya sebelum ini di - Main Saham Menerusi RHD Tradesmart

Semasa ke bank pelaburan ni, bawa dokumen-dokumen ini bersama salinan:

  1. Salinan kad pengenalan (minima buatlah dalam 5 salinan)
  2. Salinan penyata bank yang tunjukkan nama dan nombor akaun bank anda. Cara mudah, print dari laman web je, macam CIMBClicks atau Maybank2U.
  3. Salinan penyata gaji jika anda kerja kerajaan.

Bila borang dah siap diisi, nanti mereka akan berikan pula dokumen terma dan syarat untuk anda tandatangani. Kalau rajin, bacalah.

Oh ya, satu tips penting .. cuba minta pegawai atau agen tersebut untuk bukakan akaun CDS yang patuh syariah. Jadi, senang nanti untuk anda buat pelaburan dan main saham di syarikat dalam Bursa Malaysia yang patuh syariah.

Pastu jangan lupa untuk tanya bagaimana nak main saham ni, dan segala persoalan yang perlu anda tahu. Namun, selalunya mereka akan buat satu tutorial hands-on dan tunjukkan cara kepada anda. Macam saya, selepas seminggu daftar tu .. agen akan panggil untuk buat demo cara nak main saham guna platform mereka.

Bila bersama dengan mereka, tanyalah benda-benda berikut:
  1. Cara jual-beli saham secara online
  2. Cara masuk dan keluarkan duit
  3. Tools yang disediakan pada online platform mereka
  4. Kadar brokerage fees
  5. Tips bagaimana nak buat untung dan elakkan kerugian
Cara Buka Akaun CDS Main Saham


In Sha Allah, mereka akan bantu anda sedaya-upaya. Malah, mereka mungkin akan secara peribadi tolong anda untuk buat keuntungan setiap kali anda nak berdagang saham ni. Yelah, anda untung, mereka pun untung. Mestilah mereka nak tolong .. ye tak?

Dapat ID Login Untuk Mula Main Saham

Selesai je nanti, beberapa hari kemudian .. anda akan diberikan id login dan password untuk masuk ke platform jual beli saham mereka. Macam saya, saya daftar dengan RHB Investment, jadi kena guna RHB Tradesmart..

Dan beberapa lagi selepas tu, anda akan terima satu surat daripada Bursa Malaysia mengenai pembukaan akaun CDS anda.. macam contoh di bawah ni...
Cara Buka Akaun CDS Main Saham Bursa Malaysia
Jika anda guna RHB Tradesmart, boleh tengok cara nak main saham dalam video di bawah ni....


Hmm .. amacam? Tak susah pun kan nak mula bermain saham di Bursa Malaysia ni. Seperti awal saya beritahu tadi, kena ada modal dan kena ada akaun CDS. Bila dah ada dua benda ni, perkara penting untuk jana pendapatan lipatkali ganda dengan saham ialah ilmu untuk ketahui mana satu saham yang boleh buat untung.

Salah satu panduan yang mungkin boleh anda gunakan ialah menerusi panduan ni - Klik Sini. Panduan Sistem Saham ni akan bantu anda untuk faham dan belajar teknik nak buat untung dan buat duit menerusi pasaran saham.

Semoga bermanfaat ye, dan semoga berjaya.



7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Saya pun dah dekat 2 tahun lebih tak bersaham. Lepas saham kena GST ramai pelabur kecik seperti saya yang cabut. By the way, kepada yang masih aktif, selamat maju jaya diucapkan.

    BalasPadam
  2. sampai ke hari ini masih tak faham cara betul nak main saham ni. ada juga rasa terjebak nak beli. tapi takut2 lagi. hehehe.

    www.mrejoy.com

    BalasPadam
  3. akaun dah ada tapi dah setahun tak aktif...

    BalasPadam
  4. ada akaun, tak aktif sangat..pernah beli IPO je :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement