Tips Menyediakan Surat Perjanjian Pinjaman Sendiri - Supaya Senang Nak Tuntut di Mahkamah

Bisnes di Shopee
Hutang perlu dibayar, tak boleh tidak. Ia satu kewajipan. Sebagai seorang Muslim, walaupun hutang itu cuma RM1, ia wajib dibayar .. kalau tidak segala amalan baik yang kita buat di dunia akan tergantung disebabkan hutang yang tidak berbayar ini.

Itu sebab setiap kali kematian, waris atau wakil pihak si mati akan minta para hadirin yang hadir di majlis untuk halalkan hutang si mati atau setidak-tidaknya (kalau mahu) menuntut hutang tersebut daripada keluarga atau waris si mati. Dan menjadi juga satu kewajipan untuk waris dan keluarga si mati mencari pemiutang atau pemberi pinjaman untuk jelaskan hutang yang masih tidak berbayar.

Tips Untuk Menyediakan Surat Perjanjian Pinjaman Sendiri

Tips Untuk Menyediakan Surat Perjanjian Pinjaman Sendiri
Bercakap soal hutang ni, saya nak kongsi satu penulisan terbaik daripada seorang peguam. Beliau menyarankan untuk menulis surat perjanjian pinjaman. Ia sebagai langkah untuk memudahkan hutang-piutang dikutip bila tiba waktunya.

Ia bukan untuk menyusahkan, tetapi sebenarnya untuk melindungi si pemberi pinjam dari kena tipu.

Yelah, waktu nak meminjam, bukan main lagi segala janji ditabur. Siap ada yang offer nak bagi lebih lagi bila ada duit nak bayar hutang.

Janji perlu ditepati. Setidaknya adanya surat perjanjian hitam putih ini boleh mengingatkan si peminjam untuk melunaskan hutang. Kita tak mahu mereka nanti terazab kerana mungkir janji atau rezeki susah nak masuk dek kerana adanya hutang.

Buat surat perjanjian pinjaman ni sendiri. Mudah nanti untuk menuntut sebab ada hitam putih.

Tak susah nak menulis satu surat perjanjian pinjaman yang boleh digunakan di mahkamah. Ikut sahaja tips atau cara dikongsikan di bawah ini. Perkongsian ini bukan biasa-biasa ya, tetapi disediakan oleh seorang peguam wanita.

Ikuti tips diberikan ini, sumber asal - https://www.facebook.com/zabetha/posts/10214336325275264

Cara nak sediakan surat perjanjian pinjaman sendiri

Cara Menyediakan Surat Perjanjian Pinjaman

Jadi apa butiran yang perlu ada dalam perjanjian hutang yang akan diambil kira di mahkamah? Sebab kalau tak kena tempat, perjanjian anda mungkin akan jadi tak terpakai.

Ilmu perlu kongsi. Mari saya sharekan resepi nak tukis perjanjian hutang yang boleh dijadikan bukti di Mahkamah:
  1. Letak tajuk “Pinjaman Persahabatan” ini maksud pinjaman tanpa faedah.
    • Perlu ada butir-butir nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat terkini Pemberi Pinjam dan Peminjam.
    • Ini bertujuan perjelaskan identiti untuk tujuan menuntut di mahkamah nanti dan senang hendak ambil tindakan. Dapatkan salinan kad pengenalan dan palangkan dengan perkataan pinjaman.
  2. Nyatakan jumlah pinjaman.
    • Contoh:
      • Dengan ini saya *nama pemberi pinjam wang* Sudin telah memberikan pinjaman sebanyak RM**** kepada Ajis *nama peminjam*.
  3. Cara bayaran bagaimana?
    • Contoh dalam tempoh berapa bulan? Tahun? Sebulan berapa? Berapa lama?
    • Jangan! Jangan! kenakan faedah atau bunga atas pinjaman! Kerana anda bukan pemberi pinjam wang berlesen! Kalau anda letak juga jumlah faedah dalam perjanjian, perjanjian and mungkin jadi tak laku atau silap-silap anda kena denda dan dipenjara di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang dengan faedah tanpa lesen. Minimum denda RM 250,000 dan maksimum RM 1,000,000. Banyak tu!
  4. Masukkan terma pengingkaran.
    • Contoh: Sekiranya pemimjam gagal bayar kes akan dirujuk ke mahkamah. Mahkamah mana? Cari yang berdekatan dengan tempat tinggal anda supaya jimat kos perjalanan nanti.
  5. Masukkan syarat bahawa surat-menyurat untuk menuntut dari peguam dan dokumen-dokumen mahkamah akan dihantar ke alamat peminjam seperti dalam perjanjian akan dianggap serahan yang sempurna. Jadi tidak perlu bayar kos mengiklankan di surat khabar.
  6. Masukkan terma perjanjian turut mengikat waris dalam kes kematian.
    • Takdir tuhan siapa tahu kalau peminjam meninggal dunia, bagimana? Sekurang-kurangnya boleh tuntut dari aset si mati.

Tetapi untuk pinjaman yang bernilai kecil sesuailah untuk rangka sendiri. 

Jika nilai puluhan atau ratusan ribu ringgit, seelok-eloknya lantik peguam. Bukan apa, kebanyakan kes hutang nilai tinggi ini, bila dibawa ke mahkamah, si peminjam pandai pusing macam-macam alasan dia cari hendak elak bayar hutang. Kemudian dia cabar perjanjian tidak sahlah. Kononnnya dia ditekan suruh tandatanganlah. Kononnya nilai dia terima tak sama dengan perjanjian.

Kalau ada peguam, ada terma-terma khas dan lebih terperinci, malah peguam boleh jadi saksi. Lantik peguam, terutama kes-kes terdapat cagaran hutang.



Saya harap perkongsian ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. Ia sebagai langkah berjaga-jaga dan melindungi diri untuk elak wang dipinjam tu hangus dan dilupakan. Kalau redha wang diberi pinjam sampai RM4,000 - RM20,000 tidak berbayar ... abaikan sahaja perkongsian ini.

Elakkan berhutang, dan kalau dah berhutang, nak tahu cara nak lunaskan segera, boleh gunakan panduan ini - Cara Nak Bebaskan Diri Dari Hutang

Post a Comment

1 Comments

  1. GOODNEWS INDONESIANS
    Pertama saya ingin mengatakan jika anda takut untuk berjaya anda tidak akan berjaya walaupun peluang itu datang murah dan bebas, semuanya bermula pada malam yang dingin ketika tidur di internet untuk hanya letih sehingga saya dapat tidur setelah lama hari di bank yang cuba mendapatkan pinjaman dengan rumah saya dari bank HSBC di pekanbaru untuk mereka yang mungkin tahu bank ini, saya cuba dan setelah dokumentasi saya diberitahu untuk kembali dalam masa 30 hari yang bagi saya adalah kehidupan selama-lamanya begitu pada saya pemikiran tidur mengenai tindakan saya yang seterusnya akan saya jumpa kisah tertentu bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dan pada kadar yang sangat rendah 2% dengan nama syarikat sebagai syarikat pinjaman Rossa Stanley saya bertanya-tanya apakah itu benar jadi saya probed lebih jauh dan datang di seberang seorang wanita bernama Nadia Sisworo yang memberi keterangan bagaimana dia mendapat pinjaman dengan butiran banknya semua dipaparkan supaya saya diemail dan kami bercakap, kami bercakap dan dia meminta saya menghubungi syarikat rossa ibu bahawa jika rumah saya benar dan identiti saya mungkin bernasib baik untuk mendapatkan pinjaman jadi saya diemail ibu r ossastanleyloancompany@gmail.com tentang keadaan saya dan bentuk pinjaman diberikan saya diisi dan diserahkan untuk permintaan pinjaman sebesar Rp350,000,00.00 dan selebihnya kepada Kemuliaan Allah saya mendapat pinjaman dari ibu perusahaan rossa jadi orang terkasih saya jika kamu mempunyai beban kewangan yang tulen atau ingin mengembangkan perniagaan anda tidak teragak-agak untuk bertemu dengan ibu rossa untuk mendapatkan bantuan saya yakin Rp350,000,000.00 sudah cukup untuk meninggalkan kemiskinan dan bahagia selamanya seperti saya jika anda masih meragukan yuran percuma untuk menghubungi saya di 08137449585 atau tulis saya di hadiemi64@gmail.com dan saya akan membuktikan kepada anda ibu adalah sebenar

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.