Anda tahu tak ada satu tempat baharu di Cameron Highlands yang cantik untuk bergambar. Ianya merupakan satu taman di dalam bangunan, berdekatan dengan sebuah hotel penginapan baharu di Kea Farm, Cameron Highlands. Ia agak terselindung daripada pandangan umum kerana lokasinya yang agak tersorok di Kea Farm.

Mungkin daripada anda yang sering bercuti di Cameron Highlands telah mengetahui akan tempat ini, namun buat anda yang belum tahu akan kewujudan taman ini, saya syor anda ikuti perkongsian pengalaman percutian saya bersama keluarga di Cameron Highlands, sekitar Oktober tahun 2018.

Terjumpa Taman Mini dari Bahan Recycle di Kea Farm, Cameron Highlands

Ini merupakan sebahagian daripada kisah percutian saya dengan keluarga berserta dengan keluarga pengasuh anak-anak saya, yang saya ingin anda semua kenal sebagai Pak Teh dan Mak Teh ('Wan' dan 'Tok' Najmi). Saya ada kongsikan beberapa kisah percutian ini yang berlaku pada penghujung bulan Oktober 2018.

Cameron Highlands Masih Banyak Tempat Tarikan Menarik

Semasa percutian tu, banyak juga tempat menarik di Cameron Highlands kami pergi antaranya ialah Taman Kanak-Kanak Tanah Rata, Mardi Agricultural Farm, Taman Rama-Rama dan Pasar Malam Brinchang. Al maklumlah, keluarga pengasuh baru kali kedua (termasuk ini) bercuti di Cameron Highlands.

[Boleh Baca] Percutian ke Cameron Highlands Sebelum Cuti Penggal Sekolah 2018

Memang tujuan kami nak bawa keluarga pengasuh berjalan-jalan, boleh berseronok dengan anak-anak kami yang diasuh (dijaga) mereka sejak kecil, terutama Amri dan Najmi.

Dan nak dijadikan cerita, saya dan keluarga telah bawa Pak Teh dan Mak Teh ke Kea Farm, untuk membolehkan mereka membeli sayur segar serta cenderamata untuk dibawa pulang ke Parit Buntar.

Tak Sengaja Jumpa Taman Mini di Kea Farm

Jadi, kami biarkan pasangan Pak Teh dan Mak Teh 'merewang' berdua dan kami pula cuba mencari tarikan baharu yang ada di Kea Farm.

Jalan punya jalan, kami masuk ke bangunan besar, di hujung jalan masuk Kea Farm tu.

Lokasi tarikan baharu 2019 di Cameron Highlands
Lokasi tarikan baharu 2019 di Cameron Highlands
Rupanya di dalam Kea Farm ada taman mini baharu dibuka untuk pengunjung. Ia merupakan taman mini yang menjadikan barangan terbuang sebagai hiasan selain barang mainan unik lain yang disusun cantik untuk lokasi ambil gambar sebagai kenangan.

Taman mini tu agak besar, penuh dengan hiasan daripada barangan-barangan mainan dan terpakai yang mudah didapati di Cameron Highlands.

Lokasi tarikan baharu 2019 di Cameron Highlands
Oh ya, untuk masuk ke taman mini ini, ada bayaran dikenakan. Tapi tak adalah merapu sangat harganya. Anda dikenakan tiket masuk sebanyak RM1 (ketika ini) untuk dewasa.

[Dah Baca?] Pengalaman Bercuti Best 3 Hari 2 Malam di Pulau Perhentian

Ia tempat menarik untuk abadikan kenangan semasa bercuti di Cameron Highlands. Ada banyak sudut menarik termasuk sudut hero kanak-kanak seperti Spiderman, Captain Amerika, Upin Ipin, Boboiboy ...


Lokasi tarikan baharu 2019 di Cameron Highlands
Lokasi tarikan baharu 2019 di Cameron Highlands
Lokasi tarikan baharu 2019 di Cameron Highlands
Anak-anak memang akan rasa teruja dan seronok berada di dalam taman mini ini. Malah ada sudut bermain di hujung taman andai anak-anak berasa letih untuk bergambar .. huhu.

Kalau anda ke Cameron Highlands, singgah di taman mini ini yang terletak di dalam bangunan Kea Farm tu, betul-betul di hujung jalan deretan gerai menjual sayur segar. Ia juga bersebelahan dengan sebuah hotel baharu yang ada taman bunga mini cantik.

Cubalah cari, tak susah .. jadikan ia lokasi terbaharu untuk anda teroka bila bercuti ke Cameron Highlands. :)

Beberapa gambar lagi sebagai perkongsian pengalaman ...

Lokasi tarikan baharu 2019 di Cameron Highlands


Lokasi tarikan baharu 2019 di Cameron Highlands
Lokasi tarikan baharu 2019 di Cameron Highlands


Lokasi tarikan baharu 2019 di Cameron Highlands
Lokasi tarikan baharu 2019 di Cameron Highlands

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement