Matta Fair kembali lagi. Pastinya ia satu waktu yang sangat best buat kaki travel dan kaki melancong. Waktu inilah, mereka yang suka bercuti mendapatkan harga diskaun kaw-kaw untuk penerbangan, hotel serta pakej-pakej percutian yang lain. Masa inilah untuk mendapatkan harga jimat dengan Matta Fair promo.

Matta Fair 2019 bakal berlangsung bermula 16 Mac sehingga 18 Mac 2019 di PWTC dan juga di Setia Spice Arena Pulau Pinang pada 5-7 April 2019. Setiap tahun pasti ramai pengunjung akan memenuhi ruang pameran serta promosi untuk grab segala bagai promosi yang ada.

Diskaun Menarik Percutian Menerusi Traveloka Saleabration

Promosi Matta Fair - Traveloka Saleabration 2019
Sebenarnya, selain mendapatkan harga diskaun untuk percutian menerusi Matta Fair promo yang diadakan saban tahun, anda juga boleh menggunakan laman web atau aplikasi Traveloka untuk mendapatkan tawaran menarik seperti ditawarkan di Matta Fair.

Traveloka - All-in-One App Untuk Pergi Bercuti

Traveloka menyediakan all-in-one untuk kemudahan dan kesenangan perancangan percutian yang anda idamkan. Ia menyediakan tawaran diskaun tambang penerbangan disertakan sekali dengan tempahan hotel secara online; juga dengan harga potongan menarik.

Anda boleh menempah tiket penerbangan dan juga penginapan hotel hanya menerusi satu aplikasi di smartphone untuk lebih penjimatan. Pilih mana-mana destinasi pelancongan percutian anda, dan Traveloka akan menyediakan senarai penerbangan dan juga hotel terbaik untuk membolehkan anda merasai diskaun.

Contohnya macam di bawah ini, saya cuba booking secara online di laman web Traveloka untuk percutian ke Bandung, Indonesia sekali dengan tiket penerbangan pergi-balik.
Menarik tak? Ini belum lagi diskaun bila tiba musim Matta Fair 2019 lagi. Saya pasti potongan harga serta diskaun yang lebih menarik akan ditawarkan oleh Traveloka.

Traveloka Saleabration 2019 Untuk Penjimatan Percutian

Selain di Matta Fair, anda juga boleh mendapatkan penjimatan untuk percutian anda menerusi kempen Traveloka Saleabration 2019. Kempen ini menawarkan harga tiket penerbangan selain hotel penginapan pada harga yang mampu menggembirakan anda.

Waktu inilah tawaran-tawaran yang jarang anda lihat akan diberikan menerusi kempen Traveloka Saleabration ini. Peluang yang sangat dinantikan oleh mereka yang suka bercuti, samada di dalam negara mahupun luar negara.

Ini bukan pertama kali Traveloka menyediakan promosi Saleabration ini. Malah, sejak Traveloka dikenali sebagai salah satu aplikasi tempahan online untuk percutian, ia menjadi semakin popular kerana menawarkan harga pakej yang tiada caj tersembunyi.

Semua harga adalah jelas, tanpa selindung. Ini memberikan ketenangan apabila menempah tiket penerbangan dan bilik hotel penginapan.

Jadi, anda boleh rancang bajet percutian dengan lebih baik tanpa perlu risau. Traveloka menawarkan harga jujur kepada anda.

Tempahan Penerbangan dan Hotel Sangat Mudah Dengan Traveloka

Traveloka adalah salah satu jenama yang menawarkan pakej penerbangan dan juga hotel dengan harga promosi serta diskaun menarik. Traveloka mempunyai aplikasi mudah-alih yang senang untuk digunakan bagi membuat tempahan secara online.

Aplikasi ini boleh anda muat-turun secara percuma di Google Play Store dan juga Apple App Store. Daftarkan butiran diri anda menerusi aplikasi tersebut, dan anda akan dapat akses kepada semua kempen serta promosi dilakukan oleh Traveloka.


Menerusi aplikasi Traveloka, anda boleh membuat booking hotel kegemaran anda, selain mendapatkan tambang penerbangan ke destinasi pilihan dengan harga yang berbaloi.

Apa yang perlu anda buat ialah pilih destinasi percutian anda, tetapkan tarikh percutian serta tempoh percutian, pilih samada anda mahukan tempahan tiket penerbangan atau cuma hotel penginapan. Dengan beberapa klik, in Sha Allah .. anda akan dapat lihat senarai harga samada tambang penerbangan atau harga bilik hotel yang boleh membuatkan anda tersenyum gembira.

Selesai membuat pilihan, semuanya akan tersedia kepada anda. Ia memang memudahkan malah anda dapat jimat banyak, terutama masa untuk mencari yang terbaik.

Sejak saya menggunakan aplikasi Traveloka, saya secara jujurnya memang suka mencari hotel penginapan menggunakan Traveloka ni. Malah, saya akan terima notifikasi daripada Traveloka setiap kali ada kempen atau promosi percutian yang disediakan menerusi email.

Untuk kali ini, saya pasti tidak akan ketinggalan untuk mendapatkan harga diskaun menarik sempena Traveloka Saleabration 2019.

Traveloka Saleabration Untuk Mereka Tak Berkesempatan ke Matta Fair 2019

Nak ke Matta Fair 2019? Hmm memang sukar sikitlah memandangkan lokasi Matta Fair agak jauh dari kediaman. Tak naklah saya bazirkan duit untuk tol dan petrol semata nak mendapatkan tawaran pakej percutian sedangkan ianya boleh didapati menerusi Traveloka Saleabration.

Jadi, buat mereka yang tak berpeluang atau sukar nak ke Matta Fair tahun ini, apakata memilih menggunakan Traveloka dan rebut segala tawaran diskaun menarik tempahan tiket penerbangan dan hotel sempena Traveloka Saleabration.

Anda boleh buat tempahan secara online menerusi smartphone sahaja, sambil menonton tv atau sebelum masuk tidur. Ambil masa anda untuk melihat segala tawaran hebat diberikan dalam kempen ini.

Kemudian, anda boleh terus berbincang bersama pasangan atau keluarga. Pilih pakej yang benar-benar berbaloi, sesuai dengan bajet yang telah anda sediakan untuk percutian.

Ia satu promosi menarik yang pastinya akan ada lebih banyak penjimatan dari biasa, terutama untuk destinasi-destinasi percutian popular serata dunia. Saya pasti anda takkan rasa kecewa bila ke laman web atau menggunakan aplikasi Traveloka.

Jangan risau kerana Traveloka menyediakan banyak pilihan senarai hotel selain harga tiket penerbangan daripada syarikat-syarikat penerbangan terbaik. Anda boleh pilih mengikut keperluan, harga, dan apa jua kehendak.

Apa yang perlu anda buat ialah, lawati laman web Traveloka atau muat-turun aplikasi Traveloka sekarang juga. Kalau tidak, anda pasti akan terlepas peluang mendapatkan Matta Fair 2019 promo menerusi Traveloka Saleabration ini.

Cukup mudah.

Oh ya, katakan anda tidak dapat nak pergi bercuti pada tarikh yang telah dirancang, menerusi aplikasi Traveloka ini, anda boleh membatalkan tempahan tanpa ada sebarang masalah. Ya, boleh terus batalkan menerusi smartphone sahaja ..

Aha, ini antara sebab saya suka menggunakan Traveloka bila melibatkan tempahan hotel secara online.

Nak bercuti? Inilah masanya mendapatkan yang terbaik menerusi Traveloka Saleabration 2019.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tak sanggup nak berhimpit dekat Matta Fair tu. Better terus ke aplikasi traveloka. Lagi mudah dan harga pun murah. Berbaloi baloi.

    BalasPadam
  2. masa yang terbaik untuk bercuti..

    cuti-cuti Malaysia

    BalasPadam
  3. wahhh nk kena check out traveloka ni cpt2 sblm discount2 n promo2 ni habes!! thanks for sharing

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement