Cara Jimat & Cepat Belajar Cara Buat Google Ads

Cara Jimat & Cepat Belajar Cara Buat Google Ads

Usahawan online tumbuh bagai cendawan dari hari ke hari. Ada yang menjadi usahawan dan menjual produk di Facebook serta Instagram. Ada pula yang menggunakan platform seperti Easystore dan Shopify untuk bina kedai online sendiri secara percuma. Dan ada juga yang gunakan platform marketplace seperti Lazada dan juga Shopee untuk jual produk.

Dek kerana adanya kemudahan-kemudahan dan platform senang untuk jual produk ini, maka tak hairan kenapa ada usahawan seawal usia 13 tahun dah tahu cara nak jana pendapatan sendiri dengan berniaga. Saya pernah cerita anak kawan saya berjaya jana ribuan ringgit dengan jual alat permainan 'terpakai' di Mudah.my - ada baca tak?

Google Ads - Cara Jimat, Cepat dan Mudah Untuk Beriklan

Cara Jimat & Cepat Belajar Cara Buat Google Ads
Walaupun ramai yang dah mula gerak langkah awal untuk menjadi usahawan online, tetapi malangnya mereka ini kurang lengkap pengetahuan berkaitan pemasaran dan juga pengiklanan. Akibatnya, mereka ada kedai online yang semata wujud tetapi tidak berjaya membuat jualan.

Rugi peluang tu. Sia-sia.

Dah ada kedai online sendiri, susah payah dah wujudkan... mesti perlu ada strategi untuk menghebahkannya dan mengiklankannya.

Salah satu caranya ialah dengan menggunakan platform pengiklanan Google iaitu Adwords yang kini dikenali sebagai Google Ads.

4 Cara Iklan Anda di Google Disebarkan

Teknik atau cara pengiklanan menggunakan Google Ads ini sangat meluas. Menerusi satu platform sahaja, anda boleh iklankan produk, barangan dan kedai online anda menerusi beberapa cara berikut:

  1. Iklan carian (search ads)
  2. Iklan paparan (display ads)
  3. Iklan video (video ads)
  4. Iklan aplikasi (app ads)


Atas faktor-faktor ini, banyak syarikat besar dan multinasional menggunakan platform Google Ads untuk beriklan.

Hanya Bayar Kos Jika ....

Paling best, anda hanya perlu bayar kos iklan tersebut jika ia memberikan hasil/pulangan kepada anda. Itu istimewanya Google Ads ini.
Cara Jimat & Cepat Belajar Cara Buat Google Ads
Lagipun, Google digunakan serata dunia dan hampir berada dalam sebahagian kehidupan kita. Pastinya iklan-iklan yang kita buat menggunakan platform ini akan lebih menyebar (spread) dan menjadi pengetahuan pengguna platform Google.

Kredit Iklan Google Ads Percuma

Anda boleh iklankan hampir apa sahaja menggunakan Google Ads, asalkan tidak melanggar terma dan syarat yang diberikan. Malah, anda akan diberikan TOKEN PERCUMA SEHINGGA RM150 untuk beriklan di Google Ads.
Free token Google Ads


Ada boleh menggunakan web bisnes anda sendiri, Facebook Page, Shopify, Shopee, Lazada atau blog untuk iklankan produk menggunakan Google Ads ini.

Susah ke nak beriklan di Google Ads? Kosnya tinggi tak?

Belajar Cara Buat Iklan Google Sendiri

Tak susah pun nak buat iklan di Google Ads. Anda hanya perlu tahu siapa target audience anda, perlu tak niche pemasaran anda, dan berapa bajet nak digunakan. Segalanya telah disediakan di dashboard Google Ads itu sendiri, cumanya kena tahu menggunakan dengan betul supaya kos pengiklanan di tahap paling minima.

Ada satu panduan khas telah ditulis dan disediakan oleh mereka yang pakar dalam pengiklanan Adwords atau Google Ads ini, iaitu Panduan Google Adwords.

Panduan ini telah dikemaskini dengan aspek terkini yang memungkinkan anda untuk beriklan dengan jimat dan cepat. Menariknya ialah, ianya merupakan panduan dalam bentuk video yang senang untuk anda faham dan hadam, paling penting boleh ikut langkah demi langkah dalam kelapangan masa yang anda ada.

Kenapa Belajar Adwords / Google Ads Menerusi Panduan Google Adwords?


  • Nak belajar cara jimat dan cepat untuk buat iklan di Google Ads tak perlu lagi untuk hadir ke seminar yang pastinya perlukan anda menanggung kos yang tinggi.
  • Anda boleh replay video berkaitan iklan di Google Ads sebanyak mungkin sehingga anda benar-benar faham.
  • Boleh terus buat iklan selepas selesai lihat video panduan ini dengan bajet paling minima.
  • Ada support group yang akan bantu anda untuk hasilkan iklan Google Ads yang jimat dan cepat.



Rasa nak buat iklan di Google tak? Jadi, belajar cara jimat dan cepat menerusi panduan ini.

Takkan nak biarkan kedai online anda tu krik .. krikk... krik tanpa pelanggan kan? Jadi, gunakan kesempatan ini untuk dapatkan ilmu pemasaran berkaitan Google Ads. Mana tahu, anda mungkin boleh kembangkan bisnes online kecil anda sehingga ke eropah, timur tengah dan benua amerika.

Jangan Biarkan Kedai Online Anda KRIK KRIK .. 

Fahami satu benda - iklan Google yang anda buat ini akan tersebar ke SEMUA platform yang gunakan Google seperti telefon pintar (android), dalam email, dalam aplikasi yang diletakkan di Google Play dan banyak lagi.

Kalau ikutkan, rasanya teknik ini sangat mahal kalau nak belajar berdasarkan apa yang boleh diberikan untuk bisnes anda.

Namun, in Sha Allah, dengan Panduan Google Adwords, anda cuma perlukan modal serendah RM200 untuk ketahui segala teknik hasilkan iklan di Google dengan cara jimat dan mudah.

Jika berminat nak belajar dan hasilkan iklan di Google, boleh terus ke link berikut:

Dapatkan Panduan Ini Di Sini [klik]

Bisnes Kambing

Post a Comment

5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com