Jadual gaji kakitangan awam untuk tahun 2019. Rasanya ramai juga menantikan keluarnya pekeliling daripada pihak Kementerian Kewangan dan juga Jabatan Akauntan Negara mengenai tarikh pemberian gaji kakitangan awam bagi tahun 2019.

Jadual gaji ini penting untuk mereka yang sentiasa mahu merancang kewangan, terutama sekali bagi anda yang bekerja di sektor kerajaan atau awam. Jadual tarikh gaji kakitangan awam tahun 2019 ini telah dikeluarkan secara rasmi menerusi pekeliling SPANM Bil. 9/2018. Turut dikeluarkan ialah pekeliling untuk bayaran khas sebanyak RM500 bagi kakitangan awam untuk 2018.

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2019 & Tarikh Pemberian Khas RM500 2018

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2019

Berikut adalah jadual pemberian atau kemasukan gaji kakitangan awam untuk tahun 2019 sepertimana dimaklumkan dalam pekeliling rasmi Jabatan Akauntan Negara SPANM Bil. 9/2018.
Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2019
Jadual gaji di atas berserta dokumen penuh pekeliling berkenaan boleh anda dapati dan muat-turun menerusi pautan berikut - http://www.anm.gov.my/index.php/pekeliling

Bayaran Khas 2018 Kakitangan Awam

Selain itu, pekeliling pembayaran khas untuk kakitangan awam seperti mana diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam Bajet 2019 juga telah ditetapkan pembayarannya pada 18 Disember 2018.

Kerajaan telah menetapkan kadar bayaran khas tahun 2018 adalah sebanyak RM500 kepada Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana dalam sektor Perkhidmatan Awam.

Kadar bayaran 2018 sebanyak RM250 juga dipanjangkan pemberiannya kepada pesara kerajaan yang menerima pencen. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersekali dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2018 bertarikh 28 November 2018 dan surat daripada Kementerian Kewangan rujukan MOF.DS(S)600-40/3/3(12) bertarikh 03 Disember.


3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Moga perancangan kewangan boleh dilakukan.Tabungan digandakan.

    BalasPadam
  2. Thanks for your great and helpful presentation I like your good service. I always appreciate your post. That is very interesting I love reading and I am always searching for informative information like this. Well written article Thank You for Sharing with Us pmp training courses online | pmp training fee | | project management training in chennai | project management certification online

    BalasPadam
  3. untung penjawat awam...

    ada imbuhan RM500.

    boleh untuk belanja anak persediaan ke sekolah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement