5 Gajet Perlu Bawa Ketika Melancong

Siapa yang tidak suka pergi melancong? Alhamdulillah, rezeki Allah S.W.T berikan dalam tahun 2018 telah membolehkan saya dan keluarga pergi melancong dan bercuti ke banyak tempat pada tahun 2018 ini. Cuma masih belum ada rezeki lagi untuk pergi melancong dan bercuti ke luar negara.

Hmm .. bila saya sebut pasal melancong, anda mesti akan tergambar pemandangan cantik, budaya berbeza di setiap tempat dan pelbagai makanan yang sedap-sedap, bukan? Aha, memang inilah yang biasanya dicari dalam kriteria untuk pergi melancong dan bercuti.

5 Gajet Perlu Bawa Kalau Pergi Bercuti

Gajet Perlu Bawa Kalau Pergi Bercuti

Setiap kali keputusan nak pergi melancong atau bercuti, saya dan isteri mesti akan menyenaraikan tempat-tempat wajib kunjungi, terutama yang menjadi tarikan pelancong. Uhh malulah kalau pelancong asing lebih kenal tempat kita, tetapi kita langsung tak tahu nak menghargai, ye tak?
Jadi, bila dapat peluang ini, kami akan pastikan momen-momen menarik diabadikan sebaik mungkin.
Aha, cuba bayangkan jika berlibur tanpa sebarang gajet…pasti jadi sugul sedikit dan ralit kerana agenda merakam momen-momen terindah akan terbantut. Rugi betul andai dari jauh datang untuk melihat keindahan dan keunikan tempat orang, segalanya tidak dapat dirakam kerana segala gajet penting tak dibawa.

Mari lihat senarai gajet penting yang wajib atau perlu anda bawa (jika ada) dan kalau tak ada pun, saya boleh rekomenkan kat mana boleh dapatkan harga gajet yang murah dan berbaloi dengan bajet.

Smartphone

Smartphone - Gajet Perlu Bawa Kalau Pergi Bercuti
Ramai orang yang dah ada smartphone yang canggih-canggih. Pun begitu, secanggih mana telefon atau smartphone tersebut, kalau tak ada fungsi merakam gambar serta video yang baik, ia tentu akan terlepas merakam sesuatu yang bakal menjadi kenangan terindah.

Smartphone mendahului senarai gajet perlu bawa kerana selain ia kompak, ia mudah dan gambar yang dirakam boleh terus disimpan secara online.

Jika anda nak mencari smartphone yang dapat merakam gambar yang cantik, boleh dapatkan smartphone Realme 2 Pro, smartphone yang ada spesifikasi tinggi pada harga kurang RM1000. Anda boleh dapatkan samada di Shopee atau Lazada.

Kamera

Kamera DSLR - Gajet Perlu Bawa Ketika Melancong
Kamera DSLR atau GoPro adalah terbaik. Harga kedua-dua gajet ini sudah semakin mampu milik, dan merupakan antara gajet perlu bawa kalau mahu mengabadikan kenangan dalam bentuk gambar atau video.

Malah, kalau anda pandai, anda boleh buat duit dengan rakaman video yang dimuatkan ke laman YouTube.

Oh ya, jangan lupa untuk bingkaikan gambar yang diambil, atau buat dalam cetakan menarik hard-cover. Anda boleh gunakan servis yang disediakan oleh Pixajoy atau Photobook untuk melakukannya.

Pengecas Mudah-Alih atau Powerbank

Tentu anda akan rasa ralit kalau segala gajet anda tak cukup bateri. Jadi, pastikan gajet ini ada dibawa bersama ketika pergi melancong. Ia boleh dikatakan sebagai nyawa untuk gajet-gajet moden yang disertakan bersama ketika pergi bercuti.

Powerbank yang mempunyai kapasiti tinggi adalah yang terbaik kerana ia akan mengurangkan kegusaran anda untuk mengecas kembali bateri gajet-gajet anda.

Komputer Riba

Buat sesetengah orang, gajet ini diletakkan dalam senarai perlu bawa ketika bercuti kerana memudahkan mereka untuk memindahkan segala gambar dan video dari gajet seperti smartphone dan kamera DSLR.

Ipad dan juga tablet boleh dijadikan sebagai ganti komputer riba, terutama kalau anda ingin mencari informasi termpat-tempat menarik yang ingin dikunjungi ketika percutian anda.

[Ads] Tak tahu kat mana nak dapatkan diskaun percutian? KLIK SINI.

Travel Plug

Jika dah menggunakan gajet canggih, wajib anda bawa travel plug ini untuk mengecas bateri segala gajet yang dibawa bersama. Apatah lagi kalau anda pergi melancong ke luar negara, anda wajib bawa travel plug jenis mudah-suai kerana ada negara yang menggunakan palam plug yang berbeza.
Senarai Gajet Perlu Bawa Ketika Melancong
Aha .. amacam? Harap artikel ini membantu anda untuk memastikan anda tidak tertinggal gajet yang perlu dibawa ketika melancong.

Oh ya, buat mereka yang muda-mudi yang suka berhibur dengan gajet, jangan lupa bawa ear-plug atau headset. Bolehlah nanti anda menonton video atau mendengar muzik kegemaran ketika percutian tanpa mengganggu orang lain?

Semoga bermanfaat.
Copywritting template

Post a Comment

1 Comments

  1. memang bawa semua benda tu kecuali laptop sebab takut dicuri atau tertinggal di hotel. Busy melancong x sempat pun nak bukak laptop. Lainlah kalau nak pi kursus atau bengkel.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com