Salah satu tempat menarik di Cameron Highlands adalah Taman Agroteknologi MARDI yang terletak di Tanah Rata. Ia boleh dikatakan destinasi wajib pergi kalau saya dan keluarga bercuti ke Cameron Highlands.

Beberapa minggu sebelum cuti penggal persekolahan 2018 bermula, saya dan keluarga ada la pergi bercuti ke Cameron Highlands, membawa bersama keluarga pengasuh anak-anak kami suami-isteri. Al maklumlah, mereka pun dah lama tak pergi bercuti dan sepanjang hayat mereka, ini merupakan kali kedua mereka merasai pemandangan sejuk di tempat peranginan terkemuka Malaysia.

Taman Agroteknologi MARDI, Cameron Highlands

Taman Agroteknologi MARDI terletak berdekatan sekolah dan juga Hospital Cameron Highlands. Sejak dari saya bangku sekolah lagi, kalau ke Cameron Highlands, pasti akan berkunjung ke taman ini.

Saya boleh katakan ia adalah salah satu ikon tempat menarik yang ada di Cameron Highlands ini.

Harga Tiket Masuk Terkini Taman Agroteknologi MARDI, Cameron Highlands

taman agroteknologi Mardi cameron highlands

Bayaran tiket masuk ke Taman Agroteknologi MARDI ini boleh dikatakan berpatutan la. Ia ada kategori. Kalau anda masuk secara individu atau bersama keluarga dalam kelompok kecil, harga tiket masuk adalah sebanyak RM5 seorang.

Manakala kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah dan warga OKU, masuk adalah percuma.

Untuk murid atau pelajar sekolah (beruniform), harga tiket masuk adalah RM2 seorang. Ia juga adalah harga sama untuk warga emas.

Terdapat juga harga untuk pakej bas sekolah dan bas dewasa. Ia melibatkan tidak lebih daripada 40 orang.

Bayaran tiket masuk memang cukup murah, dan saya rasa berbaloi untuk bawa famili bersama anak-anak ke sini. Lokasi pun tak jauh dari bandar, dan tempat makan. Jadi, selepas makan pagi atau makan tengahari, boleh terus ke sini - atau sebaliknya.
taman agroteknologi Mardi cameron highlands


Macam saya dan keluarga, dah bawa pengasuh anak kami suami isteri, pastilah cari lokasi menarik yang lebih santai dan tak perlukan tenaga sangat. Paling penting, mereka boleh bergembira dengan anak-anak kami terutama sekali Najmi (berusia kurang 2 tahun) yang menjadi anak asuhan mereka.

Jadi, pastilah Taman Agroteknologi MARDI memang menjadi pilihan utama.
taman agroteknologi Mardi cameron highlands
Taman ini memang menjadi tumpuan pelancong tak kira muda atau tua. Golongan emas memang suka ke tempat ini sebab di sini boleh lihat sendiri tanam-tanaman hijau macam sayuran kobis, tomato, serta cabai/cili ditanam menggunakan teknologi terkini.

Saya sendiri suka ke sini sebab di sini ada tempat untuk merasai makanan segar dari ladang, lepas tu ada taman rama-rama dan taman permainan kanak-kanak. Kalau nak tengok pemandangan dari puncak bukit pun ada - kalau laratlah nak panjat tangga yang ada.
taman agroteknologi Mardi cameron highlands
taman agroteknologi Mardi cameron highlands
Seperti kebanyakan taman lain di Cameron Highlands, di Taman Agroteknologi juga ada ladang strawberi dan gerai menjual strawberi segar. Aiskrim strawberi pun boleh didapati di sini.

Lokasi Merakam Gambar Kenangan

Taman Agroteknologi MARDI juga lokasi menarik untuk merakam gambar-gambar kenangan. Banyak sudut menarik yang boleh dijadikan latar gambar selain merakam aksi anak-anak bermain dengan arnab dan rama-rama.
taman agroteknologi Mardi cameron highlands


taman agroteknologi Mardi cameron highlands
taman agroteknologi Mardi cameron highlands
taman agroteknologi Mardi cameron highlands
Saya boleh katakan apa yang ada di sini merupakan sinopsis apa yang anda boleh temui di tempat-tempat menarik lain di Cameron Highlands.

Oh ya, sekarang ni dah ada food truck dalam Taman Agroteknologi MARDI ni selain boleh bergambar dengan 'maskot'.
taman agroteknologi Mardi cameron highlands

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. alahai murah aje harga tiket. berbaloi sgt lah siap ada maskot lagi

    BalasPadam
  2. tak pernah lagi turun ke sini walaupun dah 3 kali ke cameron .. huhuhu. tp murah gak tu

    BalasPadam
  3. Dah 2 kali masuk sini. So far ok je. Luas pun luas.

    BalasPadam
  4. alaaa, tak perasan pulak mardi ni.. baru je balik dari cameron!

    menu berpantang
    jam tangan
    shawl

    BalasPadam
  5. bila kita berkunjung ke MARDI ni bagaikan melengkapkan satu lawatan ke seluruh Cameron Highlands dah..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement