5 Rahsia Untuk Menjadi Usahawan Berjaya

Bisnes di Shopee
Berniaga - satu perbuatan yang mudah kalau ikut definasi sebab ia libatkan dua perkara utama iaitu jual dan beli. Tetapi kan, cabaran nak berniaga ni bukan kecil. Banyak onak dan duri. Mereka yang berniaga dan menjadi usahawan berjaya memang bukan sebarangan orang. Mereka ada rahsia mereka sendiri.

Saya sendiri berniaga. Saya berniaga secara part-time sebagai kerja dari rumah sahaja. Berniaga kecil-kecil. Saya bukan usahawan besar, apatah lagi nak dikategorikan sebagai usahawan berjaya.

Rahsia Menjadi Usahawan Berjaya dan Hebat

Tips usahawan
Ramai kawan-kawan saya di media sosial adalah di kalangan usahawan yang berjaya. Memang hebat-hebat sampai ada yang jana jualan sehingga 5 angka sebulan, buat bisnes jual barang di Shopee sahaja. Hebat kan?

Buat anda yang ingin menjadi seorang usahawan dan mula berniaga, mulakanlah perniagaan anda segera. Jangan tunggu lama-lama, sebab bila dok tunggu ni, akan jadi macam sayalah .. ketinggalan jauh walhal orang lain dah senang-lenang buat bisnes ni.

Kalau tangguh kerana nak kumpul modal permulaan, saya faham. Memang itu menjadi kekangan banyak orang yang nak mula berniaga.

Tapi, saya harap anda tidak bertangguh lama sebelum segala perancangan hanya menjadi sekadar angan-angan. Khusus buat usahawan yang berhasrat untuk memulakan perniagaan, saya nak kongsikan kepada anda antara 5 rahsia untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan pedoman, panduan serta semangat, bukan untuk diri anda sahaja, tetapi untuk ingatan diri saya juga. Chaiyookkkkk !!!!

5 Rahsia Untuk Menjadi Seorang Usahawan Berjaya

Tips usahawan
Untuk pengetahuan anda, tips ini meskipun dilihat mudah untuk dilakukan tapi ramai antara usahawan muda dan baru berjinak dalam perniagaan kurang nak praktik...hehe... termasuklah saya.


Berikut antara tips yang boleh kita sama-sama amalkan untuk menjadi usahawan yang berjaya., in Sha Allah. Antaranya adalah :

1. Niat yang betul

Dalam menjalankan urusan perniagaan, kita mestilah mempunyai niat yang betul iaitu untuk mencari keredaan Allah S.W.T. Dengan niat yang betul, apa jua pekerjaan yang dilakukan akan menjadi satu ibadah dan mendapat ganjaran dari Allah S.W.T. Inilah keuntungan sebenar.

2. Daya Tahan Tinggi & Tidak Mudah Berputus Asa

Adat dalam berniaga mesti ada untung dan rugi. Jika perniagaan yang dijalankan tidak mendatangkan keuntungan seperti yang diharapkan, kita mestilah bersabar dan tidak cepat melatah. Usaha mesti digandakan dan semangat mesti ditingkatkan untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang bak kata pepatah 'alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan'.

3. Ilmu Kemahiran Mencukupi Dalam Bidang Diceburi

Tips usahawan
Untuk menjadi usahawan yang berjaya, kita mesti sentiasa menuntut ilmu dalam bidang yang berkaitan untuk memudahkan kita berurusan dengan pihak luar. Tanpa ilmu, kita akan mudah ditipu oleh pesaing-pesaing.

Perlu kuasai pelbagai cabang ilmu untuk memudahkan kita mencipta kejayaan demi kejayaan dalam perniagaan yang dijalankan. Ini bezanya antara seorang usahawan yang bermisi dengan yang tidak. :)

4. Visi & Misi Jauh ke Hadapan

Tips usahawan

Setiap usahawan yang bercita-cita mahu berjaya dalam bidang keusahawan mestilah mempunyai visi dan misi yang jauh ke hadapan. Dengan adanya perancangan yang baik, ia akan memudahkan kita untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Usahawan sejati adalah seorang yang strategik dan mempunyai daya saing yang tinggi. Itu sebab perlu ada ilmu yang lengkap, dan bukannya menjadi seorang usahawan tong kosong .. melakukan sesuatu perniagaan dengan sembrono.

5. Sentiasa Berfikiran Positif

Kita kena bijak mengurus tekanan atau stress dalam perniagaan. Amalkan berfikiran positif kerana dengan berfikiran positif ia memberikan kesihatan yang baik kepada tubuh badan kita.

Kita mesti melihat masalah itu sebagai satu cabaran yang mesti diselesaikan dengan cara yang terbaik - dengan ilmu yang betul.

Sekali lagi, akhir diingatkan .. rezeki ini datangnya dari Allah S.W.T. Jadi, bila kita ingat Allah dalam menjalankan perniagaan, in Sha Allah .. kita akan dibantu olehNYA.

Jangan buat kerja separuh jalan. Jangan berhenti berusaha dengan bisnes dan perniagaan anda.

Para usahawan baru terutamanya haruslah konsisten dalam menjalankan perniagaan. Buat yang akan menjalankan perniagaan pertama - Satu perkara yang harus dipegang adalah jadikan perniagaan pertama sebagai batu loncatan dan medium pembelajaran sebelum mengorak langkah untuk mengembangkan perniagaan.

Mahu mencapai buah masak di hujung dahan, kenalah panjat dari bawah .. ye tak?

Post a Comment

3 Comments

  1. Info yang sangat bagus. Memang suka baca blog ilmiah Abg HH ni. Keep it up!

    ReplyDelete
  2. good tips sememangnya kena ubah diri dulu baru lah boleh berjaya kan

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.