Siapa bershopping sempena jualan besar-besaran 11.11 hari tu? Untung tak dapat beli-belah ketika hampir semua penjual online tawarkan diskaun dan potongan harga? Ke harganya sama je? Atau rugi? Hehehe ...

Bila ada sale besar-besaran macam ni, kena jadi seorang pengguna atau pembeli yang bijak. Tak boleh mudah sangat terpedaya dengan angka peratus atau nilai potongan RM yang dipaparkan. Patut sedar, waktu inilah penjual suka ambil kesempatan atas kelekaan pengguna .. hehe.

7 Langkah Elak Terpedaya Harga Murah Tawaran Beli-Belah Online

Shopee buat jualan harga murah sempena 12.12 harijadi

Saya dan wife antara ramai kaki shopping online yang dah berbelanja semasa jualan besar 11.11. Kami beli-belah apabila iklan promosi dah mula keluar. Letak siap-siap dalam shopping-cart.

Saya ni jenis yang sukar nak buat keputusan serta-merta. Saya mesti nak fikir dulu dan buat pertimbangan. Apatah lagi kalau melibatkan duit ni. Jadi, meletakkan sesuatu produk atau barangan yang ingin kita beli - sebelum membeli adalah salah satu cara untuk mendapatkan harga terbaik.

Bukan setakat harga terbaik, tetapi juga mesra dengan keupayaan kewangan .. hehe.

Kalau anda bershopping online, cubalah ikuti cara ini.
  1. Cari produk yang ingin anda beli, biar dari banyak seller.
  2. Masukkan produk tersebut di shopping-cart anda.
  3. Print-screen harga ditawarkan dan simpan dalam telefon.
  4. Bila tiba hari jualan promosi besar-besaran seperti 11.11, semak balik shopping-cart anda.
  5. Bandingkan harga dengan harga sebelum ini.
  6. Jika berbaloi, buat pembayaran segera.
  7. Gunakan kupon diskaun atau kupon penghantaran percuma jika ada.

Dengan cara ini, anda pasti akan dapat tawaran terbaik. Paling penting ia boleh mengelakkan penipuan harga tawaran diskaun oleh seller. Buat cara ini tak kira mana-mana platform laman web atau apps shopping online yang anda tahu.

Okeh.

Check-it-out di Lazada. Ada benda best di sana untuk anda yang kaki shopping. Klik Sini.

Kongsikan tips ini kepada rakan-rakan atau sesapa sahaja kaki shopping ye .. tak naklah mereka mudah tertipu dengan tawaran harga rendah kat mana-mana platform beli-belah online sekrang ni.

Skarang kan musim jualan murah sana-sini. Masa inilah ada yang cuba nak ambil kesempatan.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement