Pageviews Oktober Meningkat 100K Berbanding September 2018

Alhamdulillah, nampaknya usaha keras membuahkan hasil. Saya memang dah berazam nak tingkatkan jumlah pageviews (PV) atau hits blog ini untuk bulan Oktober berbanding September 2018, dan ianya berhasil. Saya sangat lega, kerana berjaya membuktikan kemampuan diri.

Kalau ikutkan, saya rasa ragu-ragu juga memandangkan saya sudah agak kurang update setiap hari. Blog saya dah tak seperti dahulu lagi. Jika dulu, saya berkeupayaan nak menulis dan terbitkan sehingga 10-15 post sehari, tetapi di usia lebih 40 tahun ini, nak publish 5 post seminggu pun dah jadi berat.

411,776 Pageviews untuk Bulan Oktober 2018

Pageviews blog ini untuk bulan Oktober 2018 telah berjaya naik sebanyak lebih 100K PV berbanding bulan sebelumnya. Untuk bulan Oktober, blog ini percaya menerima PV sebanyak 411,776. Ia satu peningkatan yang agak ketara juga bagi pendapat saya andai dilihat pada pencapaian trafik bulan September 2018.

Peningkatan ini disumbangkan oleh lebih daripada 200,000 pembaca baharu yang singgah pertama kali ke blog ini, kemungkinan besar daripada hasilan carian di Google di mana beberapa post dari blog ini berjaya di halaman pertama enjin carian tersebut.

Uhh .. tak sia-sia berjaga malam belajar teknik-teknik SEO (Search Engine Optimization).

Ilmu Baharu dari Admob

Apatah lagi saya sekarang sudah dapat ilmu baharu daripada Admob, iaitu cabang buat duit online USD Adsense menerusi penerbitan aplikasi di Google PlayStore.

Saya belajar secara tak langsung bagaimana nak gunakan aplikasi saya di Google PlayStore bagi mendapatkan backlink berkualiti untuk blog saya.

Menerusi aplikasi game yang saya buat menggunakan Panduan Buat Apps Games, saya menempatkan backlink ke blog saya ini supaya dapat ranking lebih baik di enjin carian. Dari situ, nilai Domain Authority (DA) serta Page Authority (PA) turut meningkat.

Malah, income dari Adsense juga turut bertambah dengan drastik sekali, termasuklah income dari paparan iklan Innity setelah memperkenalkan ads.txt untuk blogspot.

[Baca] Innity Sokong Ads.txt - Cara Letak Dalam Blogspot

Saya gembira hasil trafik untuk bulan Oktober 2018, dan saya harap untuk PV bulan November 2018, angka ini akan terus dapat diperbaiki.

Terima kasih kepada yang sudi menyokong.

Pastikan anda baca beberapa post saya berkaitan cara nak naikkan trafik blog anda di blog ini menerusi tips blogging yang telah saya tulis. In Sha Allah, kalau konsisten diamalkan, terutama tips SEO, in Sha Allah, PV macam blog ini juga boleh menjadi milik anda.

Post a Comment

3 Comments

  1. tahniah HH banyak banget tu jauh giler mama nak kejar naik kapal terbang pun belum tentu sampai haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uhh samalah dulu macam saya ... dok tgk stats blog lain.

      Delete
  2. Bestnya kalau dpt traffic mcm ni...

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.