Pageviews (hits) blog naik mendadak !! Tak disangka, akhirnya kesabaran menunggu itu berbaloi. Jika anda ikuti blog saya ini dari awal, tentu dah pernah lihat laporan trafik blog saya sebelum ini.  Misalnya pada bulan Julai 2018, hanya 161,110 pageviews (PV) dicatatkan dan semakin menurun pada bulan Ogos 2018 dengan 63,208 PV dicatatkan.

Segala analisis dibuat dan dilihat untuk melihat punca penurunan trafik tersebut. Uhh berjam-jam juga saya habiskan waktu meneliti laporan yang disediakan Google Analytics. Akhirnya, saya buat kesimpulan, dan lakukan sesuatu untuk kembalikan trafik blog.

Statistik Trafik (Pageviews) Bulan September 2018

Pageviews Blog Naik Mendadak - Stats Bulan September 2018
Trafik atau pageviews (PV) blog hasrulhassan.com naik mendadak pada bulan September 2018, mencatatkan peningkatan lebih 400% berbanding bulan sebelumnya. Ia menjadikan jumlah trafik keseluruhan untuk bulan September 2018 menjadi 367,066 PV.

Ia satu rekod trafik terkini untuk tahun 2018, memandangkan bulan-bulan sebelum ini cuma mencatatkan secara purata PV tidak lebih daripada 200,000 PV sebulan. Anda boleh lihat ringkasan trafik dicatatkan untuk 2018 di sini - Stats untuk Pengiklanan
Trafik blog (PV) bulan September 2018
Selain jumlah PV yang meningkat berganda-ganda, nilai bounce rate juga turun sangat rendah sehingga merisaukan saya.

Cuba lihat screenshot di bawah, perbandingan trafik yang direkodkan menerusi Google Analytics.
Perbandingan trafik naik mendadak


Alhamdulillah, ini merupakan pertama kali untuk tahun 2018, blog ini berjaya mencatatkan jumlah trafik tinggi melebihi 200,000 PV.

PV Naik Mendadak Tak Dijangka

Sewaktu melihat trafik bulan Ogos 2018, saya agak risau andai trafik blog ini akan terus jatuh jika menilai andaian tren trafik yang masuk ke blog ini berdasarkan bulan sebelumnya. Namun, andaian saya meleset sama sekali, malah kenaikan trafik sehingga lebih 400% ini adalah di luar jangkaan.

Saya cuba buat analisa bagaimana peningkatan ini boleh berlaku.

Analisis Ringkas Trafik (PV) September 2018

Meh lihat sama-sama ya, manalah tahu ia boleh memberikan idea kepada anda tentang cara nak naikkan kembali trafik blog yang merundum.

Demografik Pengunjung

Demografik Pengunjung
Daripada apa yang saya tunjukkan di atas ini, anda boleh lihat bahawa blog ini menerima kunjungan yang ramai dari kalangan wanita yang puratanya dalam lingkungan umur 25 hingga 34 tahun. Saya andaikan mereka adalah surirumah yang aktif di internet.

Kecenderungan Pengunjung

Kecenderungan Pengunjung
Pengunjung yang masuk ke blog ini suka akan topik-topik diperkatakan di atas. Jadi, tidak hairan kenapa ramai wanita yang baca blog ini, sebab blog ini lebih fokus kepada kisah-kisah berkaitan kekeluargaan (family-focused).

Apabila bercerita pasal keluarga, mesti ada kisah mengenai percutian, resepi dan juga shopping. Dan bagi menarik minat agar pengunjung terus membaca, saya turut berikan tips berkaitan percutian, tempat menarik dilawati di Malaysia, dan tips beli-belah.

Saya boleh agak, ramai yang telah masuk ke blog ini kerana adanya tawaran menarik seperti kupon diskaun untuk penginapan dan juga beli-belah. Itu sebab saya sentiasa kongsikan mengenai kempen-kempen promosi dari Lazada, Shopee, Traveloka, MAS dan banyak lagi yang berkaitan.

Cara ini juga menarik iklan-iklan daripada Adsense untuk keluar dan memberikan nilai CPC yang agak baik.

Peranti

Peranti
Ramai yang membaca blog ini menerusi peranti mudah alih terutama sekali dari telefon pintar atau smartphone. Statistik dari Google Analytics di atas tunjukkan lebih 75% pengunjung daripada jumlah keseluruhan pengunjung unik adalah datangnya dari pengguna peranti mobile.

Disebabkan itu, saya telah cuba perbaiki penampilan blog ini dalam versi mobile supaya mesra pengguna dan paling penting perlu dapat dipaparkan dalam tempoh yang singkat. Kadar loading dalam peranti mudah-alih seperti smartphone memang pentingkan ciri kadar loading yang cepat.


Tajuk Paling Popular

Berikut pula adalah 5 tajuk post paling popular untuk bulan September 2018. Daripada tajuk-tajuk ini, kemungkinan besar saya akan menulis perkara atau kategori yang sama untuk bulan ini, bagi memastikan trafik blog akan terus menerima trafik yang tinggi.
  1. Senarai dan Biodata Peserta Dai' Musim ke-6 (2018)
  2. Hikmah dan 10 Tafsiran Mimpi Kematian
  3. Jadual, Tarikh & Lokasi SUKMA Perak 2018
  4. Disengat Tebuan, Apa Perlu Buat?
  5. Jadual Perjalanan & Tambang Feri ke Pulau Pangkor dari Jeti Marina Island

Mesra SEO

Lebih daripada separuh trafik blog ini datangnya dari enjin carian. Oleh itu, saya sentiasa memastikan bahawa blog ini berada di dalam keadaan di mana score SEO nya berada di dalam keadaan mantap.

Saya akan menggunakan SEO Analyzer disediakan oleh Neil Pateil bagi memantau score SEO blog ini dari semasa ke semasa. Ini penting memandangkan blog ini bukanlah blog yang mempunyai ramai followers dan tidak begitu popular di Malaysia.
Mesra SEO
Kesimpulan
Sekarang anda sudah melihat sedikit sebanyak secara ringkas analitik blog ini untuk bulan September 2018 dan saya juga ada berikan sedikit sebanyak tips secara tak langsung bagaimana cara nak tingkatkan balik PV yang merundum.

In Sha Allah, saya akan kongsikan trafik untuk bulan seterusnya, dan lihat kesan seterusnya samada trafik blog ini akan kekal menarik pengunjung sehingga paling tidak melebihi 300,000 PV seperti bulan ini.

12 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Menjadi inspirasi...membakar semangat PC..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, ramai lagi yang dah berjaya dapat PV tinggi sekarang

      Delete
  2. tak dinafikan mantop..blog Sifu HH..terbaik selalu di klik dapatkan informasi yang segar. teruskan usaha ya

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. syukur. Kongsi tips pun tak kedekut. Moga berkat ilmunya. Tq

    ReplyDelete
  4. Tahniah bro HH. lama tak singgah blog ni. Semoga terus success..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement