Aduh, memang sakit bila disengat tebuan. Siapa yang pernah kena sengat tebuan, tahulah bagaimana sakitnya tu. Saya sendiri baru je pertama kali disengat tebuan, uhh memang pedih. Nasib baik saya disengat pada bahagian kaki, kalau tempat lain, mungkin lagi sakit.

Saya kena sengat tebuan sewaktu sedang asyik memancing di Chalet Amir, ketika hari raya Qurban hari tu. Tebuan tu masuk ke dalam seluar pelikat saya tu, masuk ikut kaki seluar. Seluar pelikat saya pakai tu jenis loose, jadinya kaki seluar memang jenis lubang luas.

Apa Perlu Dilakukan Jika Disengat Tebuan?

Apa Perlu Dilakukan Jika Disengat Tebuan?
Tu sebelum ini, saya pernah cerita ... nasib baik tebuan tu sengat tang kaki, lebih tepat lagi di bahagian betis. Sakitnya tu .. nyutttt ... nyutttt ....

Apa Rasa Pertama Kali Kena Sengat?

Bila pertama kali disengat tebuan tu, saya rasa sangat pedih macam kena cucuk jarum peniti panas. Terus bahagian kena sengat tu ada tanda satu titik merah. Dari kesakitan tu, bahagian betis saya mula menjadi bengkak sedikit demi sedikit.

Lepas rasa pedih tu, terus saya nak tengok apa yang cucuk kaki saya.

Uhh tebuan. Terus je kenal sebab ada belang oren/kuning pada bahagian belakang serangga ni. Setengah orang tak dapat nak bezakan antara tebuan dengan lebah. Dua spesies serangga ni, ada yang jenis berbisa, dan ada yang tidak. Agak sukar sebenarnya orang biasa nak kenal mana satu yang berbisa dengan tak ni.
Petua Hilangkan Sakit dan Bengkak Disengat Tebuan
Ok, bila dah terkena sengat dek tebuan .. aha .. apalagi, teruslah google cara nak hilangkan bengkak disengat tebuan. Ada macam-macam petua untuk hilangkan rasa sakit atau bengkak disengat tebuan ni. In Sha Allah, semua tu boleh dicuba, tapi kena pastikan bahan-bahan adalah barulah mudah dan cepat. Nanti saya berikan beberapa petua ni ye ...

Tapi sebelum tu, kena ambil tahu juga apa perlu buat di saat terkena tu.

Orait, pertama sekali, sebaik sahaja kena sengat, anda perlu minum air dengan banyak. Lepas tu, anda terpaksa bunuh tebuan tu, jika anda terjumpalah lepas kena sengat. Paling penting, elakkan ia hinggap di mana-mana tempat yang ada air. Aha .. ini petua lama yang memang saya amalkan sejak dulu, pertama kali buat semasa saya digigit lipan bara - bengkak ooo satu badan.
[Dah Baca?] Lintah Masuk ke Kemaluan
Oh ya, jika ada lihat pada bahagian disengat tu ada sisa sengat - macam duri ke apa ke, sila buangkan ia terlebih dahulu. Jika boleh picit bahagian disengat untuk buang bisa dan darah, lagi bagus.

Sekarang saya kongsikan beberapa petua mudah, tujuannya untuk merawat rasa sakit dan bengkak disengat tebuan.

Petua Pertama - Apa Perlu Buat Jika Disengat Tebuan?

Tumbuk bawang putih dan halia sehingga agak lumat, dan tempek pada bahagian yang kena sengat tu. Bawang putih ni untuk elakkan infeksi, sebab ia ada bahan semulajadi yang bertindak seperti antivirus atau antibakteria. Halia pula adalah sumber semulajadi untuk elakkan keradangan, dan boleh mengurangkan kesakitan. Ia adalah ubat penahan sakit paling mujarab.

Petua Kedua - Cara Hilangkan Rasa Sakit dan Bengkak Disengat Tebuan

Ambil garam, air kelapa dan sedikit tanah liat. Campurkan garam, air kelapa pada sedikit tanah liat itu. Kemudian, sapukan saja tanah liat itu pada bahagian disengat. Garam adalah untuk keluarkan bisa, begitu juga dengan air kelapa yang bersifat sejuk dan ada antioksida. Air kelapa ada sifat yang membantu sistem imun badan.

Dua petua ini adalah yang paling simple untuk merawat sakit dan bengkak disengat tebuan.

Gunakan Je ...

Anda juga boleh gunakan ubat sapuan biasa seperti Tiger Balm dan Mopiko untuk melegakan kesakitan disengat tebuan.

Bahaya Tebuan Tanah

Disengat seekor tebuan, okay lagi, Jangan kena sengat dengan banyak ekor tebuan ... uhh bahaya dan sangat memudaratkan jika tidak dirawat. Tebuan Tanah antara jenis tebuan yang paling bisa, malah sengatan Tebuan Tanah boleh membawa maut. Hatta lebah terbesar di dunia pun tak leh lawan bisa tebuan ni.

Tebuan berbahaya daripada lebah kerana tebuan bukan jenis serangga bermusim seperti lebah ni, ia sentiasa ada berbanding lebah yang hanya banyak ketika musim bunga/buah-buahan. Jadi, hati-hati dengan tebuan.

Kredit: Ramen Pedas

9 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Adoiii... sakitnya tak pernah kena sengat tebuan tapi lebah dan penyengat pernahlah.
    Thanks sharing petua.

    ReplyDelete
  2. Memang sakit kena sengat tebuan. Rasa nak mengalir air mata ni. Hu itu baru sakit di dunia..

    ReplyDelete
  3. Pernah kena masa naik motor...tetiba kena sengat tebuan..bengkak peha...pi klinik je masa tu amik injection

    ReplyDelete
  4. Mak kena sengat tebuan.

    Kesian tengok.

    Seminggu demam.

    ReplyDelete
  5. Petua pertama pedih x...sebab abang saya Kene kat mata Mase naik motor...pedih x Lau saya buat petua yang pertama tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halia tu akan buat rasa panas sikit. Kena hati2 la skit

      Delete
  6. Kalau dah 2 hari disengat tebuan tanah? Mmg dah bengkak sampaimke lengan. Kena sengat kat jari. Dan rasa gatal dan panas yang amat di tempat kena sengat.Apa nak buat? Masih boleh sapu bwg putuh dan halia ke?

    ReplyDelete
  7. Tak sangka tebuan sengat saye msuk umah. Mase buat keje kebun x pernah kena pun....sakitnye...tuhan jer tahu....aduh...skg ni masih bengkak dan gatal sesekali...dah kena injection kat klinik. Merebak sehingga siku terkena kat jari.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement