Krimer Teapot dalam Bentuk Tiub. Krimer pelbagai perisa jenama Teapot dalam bentuk tiub telah menjadi sensasi baru para pengguna di Malaysia apabila ia tular di media sosial. Malah, produk keluaran F&N Dairies Thailand ini dah mudah didapati secara online.

Krimer Teapot dalam bentuk tiub ini mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pengguna di Malaysia. Ini adalah kerana ia merupakan 'spread' yang mudah dibawa untuk dimakan bersama biskut atau roti.

Krimer Teapot & Carnation dalam Tiub Mudah Bawa

Krimer Teapot dan Carnation dalam Tiub Mudah Bawa
Juga disebut sebagai susu Teapot tube, ia terdiri daripada tiga perisa iaitu Coklat, Susu Pekat Manis dan juga Strawberi. Perisa Strawberi dalam bentuk tiub lebih dikenali sebagai Carnation Strawberi Tube.

Produk F&N dari Thailand

Teapot Tube
Produk ini telah lama ada di Thailand. Cuma baru-baru ini sahaja ia menjadi viral di Malaysia bila ada backpackers berkongsi info mengenainya di media sosial.

Aha .. itulah kelebihan yang ada pada Teapot Tube dan Carnation Tube keluaran F&N Diaries Thailand ini.
Krimer Teapot dan Carnation dalam Tiub Mudah Bawa
Ia mudah dibawa terutama untuk travel dan percutian. Tambahan lagi ia produk Halal Thailand.
Saya dan isteri dah merasa ketiga-tiga perisa krimer Teapot dan Carnation dalam tiub ini. Memang sesuai untuk ditambah pada kek, roti, biskut mahupun minuman sejuk dan panas.

Kami dapatkannya menerusi kenalan yang sering ke Thailand. Harga satu tiub adalah antara RM4.00 hingga RM5.00.

Kini Mudah Diperoleh Secara Online

Kalau anda cari krimer dalam tiub ini secara online, ianya boleh didapati di Shopee dengan harga hampir serupa. Kalau ada beza pun, terletak pada kos penghantaran di Shopee.Beli online Teapot Creamer/Spread di Shopee


Di Shopee memang ramai yang jual krimer Teapot dan juga Carnation dalam tiub .. anda boleh pilih je mana-mana seller yang anda rasa berikan tawaran harga yang bagus. Semuanya dari jenama yang sama iaitu F&N Thailand.

Klik Sini - Terus Dapatkannya Secara Online di Shopee 

Ada beberapa sahabat FB memberitahu .. produk viral ini juga ada dijual di beberapa pasaraya tempatan, terutama yang berdekatan dengan sempadan. Al maklumlah .. benda bila dah jadi popular dan tular ni .. memang laku keras.

Ni .. ada TVC iklan produk ni ...


Menarik? Hehehe ... kalau rasa nak beli tu, saya syorkan anda borong banyak, terutama dari Shopee sebab bila borong ni, leh dapat harga lebih murah.

Sesuai untuk dibawa ke mana-mana, lebih-lebih lagi bila pergi camping, piknik, perkhemahan, atau percutian.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement