Ada yang mengenalinya sebagai Teh Ais Bangla, ada yang memanggilnya Teh Ais Kaw, tetapi bagi saya sekeluarga, kami mengenali Teh Ais yang menjadi viral ini sebagai Teh Ais Pyorr. Alhamdulillah, teh ais yang sedap ini mudah didapati di tempat saya, iaitu Parit Buntar.

Teh Ais Pyorr ni memang mendapat sambutan yang hangat di tempat saya. Walaupun ada banyak versi teh ais viral di tempat kami ni, tapi saya lebih sukakan rasa yang ada pada Teh Ais Pyorr.

Ketagihan Teh Ais Confirm Sedap - Teh Ais Pyorr

Teh ais viral teh ais pyorr confirm sedap
Saya kurang pasti asal-usul Teh Ais Pyorr ni, tapi apa yang saya tahu .. ia mula dikenali ramai bila seorang gadis cantik bernama Sharifah Nazirah menjualnya di Bazaar Ramadan Stadium Darul Aman, Kedah masa bulan puasa baru-baru (2018) ni.

Dari situ, teh ais viral jenama Pyorr mula dikenali ramai.

Resepi Teh Ais Viral

Kalau ikutkan teh ais viral ini dah mula dikenali sejak tahun 2017 lagi. Ketika itu, ia lebih dikenali sebagai Teh Ais Dhaka, kerana serbuk teh dan cara membuatnya mengikut cara teh ini dibuat di sana.

Ia dipelopori oleh seorang pemuda yang melihat kaedah membuat teh ini semasa keluar dakwah ke Bangladesh - kemungkinan besar mengikut karkun (ahli tabligh).

Resepi teh ais yang menjadi viral ini lebih kurang sama sahaja.

Ianya menggunakan serbuk teh yang dimasak sehingga mendidih. Serbuk teh itu pula ditambah dengan bunga cengkih atau kulit kayu manis. Tempoh memasaknya pula agak lama, paling kurang sejam hingga ke dua jam.

Setelah itu, ianya akan ditambah dengan gula dan juga susu penuh krim menjadikan ianya manis dan juga berlemak. Dengan adanya rasa cengkih atau kayu manis, ia akan mengurangkan rasa mual orang yang meminumnya, selain menjadikan teh ais tersebut selesa pada perut.

Itu sebab ramai yang ketagihan teh ais viral ini jarang rasa jemu dan tidak alami apa-apa rasa sebu atau senak seperti kebiasaan meminum teh ais yang manis lemak berkrim.

Jadi, kemungkinan besar, kebanyakkan 'jenama' teh ais sedap dan viral ini adalah berasal daripada Teh Ais Dhaka yang popular tu. Al maklumlah, ianya dah disiarkan di kaca TV dalam rancangan Malaysia Hari Ini TV3.

Hmmm ...

Teh Ais Pyorr = Teh Ais Dhaka?

Mungkin Teh Ais Pyorr juga asalnya adalah Teh Ais Dhaka ... huhu.

Apapun, sememangnya kami memang menggemari rasa kesedapan yang ada pada Teh Ais Pyorr. Sekali beli tak sah kalau tak cecah RM10... haha. Macam memborong teh ais pulak.

[Baca] Hanya RM1K Untuk Mula Berniaga Air Balang - Macam Jual Teh Ais Viral Ni ..

Ada juga mencuba beberapa 'jenama' teh ais lain yang dijual di dalam balang air, tetapi ianya tak sesedap dengan rasa Teh Ais Pyorr ni. Nak dibandingkan dengan teh ais mamak ikat tepi pun .. rasanya tak boleh nak dibanding dengan Teh Ais Pyorr ni.

Teh Ais Pyorr lebih pekat. Memang melekat rasa teh walaupun ada ais. Pasal susu pulak, ia gunakan susu Cap Teko yang semua orang tahu mengenai kualiti terbaiknya.

Ketagih rasa tu melekat dalam kepala otak .. haha.

Malah, rasa ketagihan itu dibawa semasa kami sedang bercuti. Pantang nampak sahaja, kami akan singgah dan beli Teh Ais Pyorr ini.

Hanya RM2 Secawan Besar di Parit Buntar

Teh ais viral teh ais pyorr confirm sedap
Setakat ini, kami dah mencuba rasa Teh Ais Pyorr di Parit Buntar, berhadapan kedai ECO 2 dan juga di Titi Serong. Kami juga pernah merasa teh ais ini semasa balik ke kampung isteri saya di Parit dan juga di kampung saya di Batu Gajah.

Malah, semasa kami bercuti ke Port Dickson baru-baru ini, Teh Ais Pyorr ini juga boleh didapati di sana.

Harga pula berbeza.

Di Parit Buntar, Teh Ais Pyorr konfirm sedap ini dijual dengan harga RM2 secawan - cawan besar tu ye. Lepas tu, kalau nak letak cincau, ianya percuma. Ada pula di tempat lain, dijual dengan harga RM3 secawan kalau tanpa cincau.
Ada juga yang jual teh ais ini tanpa ais! Harganya pula RM3 secawan. Yang ni memang pure betul rasanya .. sangat praktikal kalau beli untuk disimpan di rumah - buat stok .. hehe.

Semasa di Port Dickson, ianya dijual dengan harga RM3 tetapi saiz cawannya kecil sahaja. Cincau pula percuma kalau nak dicampurkan.

Orang yang berniaga air Teh Ais Pyorr dalam balang ni selalunya akan untung kerana setiap kali mereka jual, sebalang air ini akan habis terjual dengan mudah... lebih-lebih lagi bila musim panas.


Kalau anda peminat teh ais, jika ada terjumpa Teh Ais Pyorr terjual di mana-mana, jangan lupa untuk singgah dan beli. Cubalah rasa ke 'pyorr' an yang ada pada rasa teh yang lemak berkrim ini.
Aha .. silap-silap boleh jadi ketagih macam kami ni. Serius dan konfirm sedap, in Sha Allah .. 

15 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Kat Sarawak ramai dah niaga air teh pyorr ni bro...harga berbaloi dgn rasa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pyorr ni orang Perak yang guna, jadi asal teh ais JENAMA ni memang dari perak.

      Padam
  2. eh... mmg sedap teh ais nak nak kalau pekat likat cukup rasa... mmg ler akan ketagih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ketagih satu hal. Kebanyakan teh ais, lagi kalau minum yang mamak punya tu .. senang rasa sebu atau memulas perut.

      Padam
  3. memang laa tea ais ni.. sye suka benor sejak2 pregnant ni.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... in Sha Allah minum teh ais ni tak kembong ... hehe

      Padam
  4. sminggu berapa kali ketagih air ni. xtau kenapa. teh je pun kan..! hahaha. tapi serius sedap lagi2 campur dengan cincau.!

    BalasPadam
  5. air simple pun viral..hehehe..sekali skala xpelah minum..hari2 minum bhya tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada kencing manis .. memang tak digalakkan minum selalu. Tapi teh ais ni tak macam teh ais lain sbb ia tak ada datangkan mual/sebu

      Padam
  6. tak try lagi yg kat Parit Buntar ni, dah jeling2 belum sampai lagi.

    saya memang penggemar makanan/masakan bangla. ni minuman bangla pula

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... saya rasa asal-usul teh tarik viral yang sama dari Bangla. Nama je dipelbagaikan untuk tarik pelanggan.

      Padam
  7. Ni mungkin teh sama juga dr bangla..cuma nama berbeza

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Semuanya asas dari sana, tu sebab ia mudah dijual sbb dah viral dengan teh bangla tu.

      Padam
  8. Tuan boleh saya tau macamana nak jual air ni ye maksud saya jadi ejen jual air jenama ni

    BalasPadam
  9. uhh bikin ngileeer kalo lagi puasa gini

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement