Sebelum ini, pihak Persatuan Automotif Malaysia (MMA) menjangkakan bahawa harga kereta baharu selepas diperkenalkan cukai SST mulai 1 September 2018 akan naik; tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Daripada beberapa laporan akhbar dan kenyataan pengeluar kereta, nampaknya banyak juga model kenderaan dijual di Malaysia mengalami penurunan harga antara 1.0% hingga 5.0%.

Senarai Harga Terkini Kereta Perodua Selepas SST 1 September 2018

Senarai harga kereta Perodua dengan SST
Syarikat Perodua, pengeluar kereta nasional kedua Malaysia sendiri telah mengeluarkan senarai harga baharu dengan SST untuk model-model keluarannya iaitu Axia, Alza, Myvi dan Bezza; yang menampakkan penurunan sehingga hampir 4.0% lebih murah berbanding harga kenderaan mereka semasa GST.

Senarai Harga Terkini Model Perodua 2018

Berikut adalah senarai harga terkini kereta model Perodua selepas SST dikuatkuasa mulai 1 September 2018:
Senarai harga baharu kereta Perodua dengan SST
Berdasarkan struktur cukai baharu SST 2.0 ini, hampir semua model Perodua berharga lebih rendah berbanding sebelum 1hb Jun 2018; iaitu ketika GST masih lagi dalam perlaksanaan.

Nampaknya industri automotif negara sedikit terkesan dengan SST baharu ini, walaupun pada awalnya ramai rakyat Malaysia jangka harga kereta akan naik selepas GST dimansuhkan dan digantikan dengan SST ini.

Alhamdulillah, apa yang dijangka itu tidak berlaku, dan rakyat Malaysia masih boleh menarik nafas lega kerana harga kenderaan terutama jenama popular seperti Perodua menampakkan penurunan harga.

Sumber: Paultan.org

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement