Harga iPhone 7 & iPhone 8 di Malaysia Turun Mendadak

Wow .. harga iPhone 7 dan harga iPhone 8 turun mendadak setelah pihak Apple umumkan edisi baru Apple iPhone iaitu iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR. Ia merupakan iPhone terkini dari Apple berdasarkan ciri iPhone X sebelum ini yang telah dipertingkatkan dalam beberapa segi.

Dengan pelancaran iPhone X versi terkini ini, ia membuatkan harga terkini iPhone 7 dan iPhone 8 di Malaysia telah turun sehingga hampir RM1,000 seunit.

Harga Terkini iPhone 7 & iPhone 8 di Malaysia

Sekarang, anda boleh memiliki iPhone 7 dengan 32GB dengan harga cuma RM2,199. Harga terkini ini menunjukkan perbezaan sebanyak RM1,000 berbanding harga awalnya ketika dilancarkan pada tahun 2016.
Harga Terkini iPhone 7 dan iPhone 8 Malaysia

Berdasarkan online store Apple Malaysia, berikut adalah harga terkini untuk iPhone 7 dan iPhone 8:

Harga Terkini iPhone 7

  • iPhone 7 32GB – RM2,199
  • iPhone 7 128GB – RM2,649
  • iPhone 7 Plus 32GB – RM2,749
  • iPhone 7 Plus 128GB – RM3,199

Harga Terkini iPhone 8

  • iPhone 8 64GB – RM2,899
  • iPhone 8 256GB – RM3,599
  • iPhone 8 Plus 64GB – RM3,299
  • iPhone 8 Plus 256GB – RM3,999


Apple juga telah tidak lagi menawarkan Apple iPhone X kepada pelanggan untuk memberi laluan kepada versi terkini yang baru dilancarkan. Malah, variasi iPhone 6s dan iPhone SE juga sudah dihentikan.

Pun begitu, model-model iPhone tersebut masih boleh lagi didapati dan dibeli daripada beberapa online store atau laman web shopping online seperti Lazada, 11Street dan juga Shopee sehingga stok kehabisan.

Shopee Promotion
Dengan pengumuman itu juga, Apple secara rasminya telah menghentikan penjualan iPhone dengan ciri telefon yang mempunyai 3.5mm headphone jack.

[Dah Baca?] iPhone Murah, Baru, dan Secondhand di Langkawi

Satu berita yang gembira buat peminat-peminat jenama terkemuka telefon pintar ini. Saya dapat rasakan akan ramai yang menggunakan iPhone dengan penurunan harga yang mendadak ini di Malaysia.

Peminat iPhone memang ramai. Malah ada yang sanggup berhabis beribu ringgit untuk mendapatkan iPhone terkini di pasaran.

Disebabkan perkembangan terbaru ini, pastinya variasi iPhone yang lama akan laku keras dan mendapat permintaan tinggi memandangkan Apple sudah hentikan penjualan rasmi beberapa versi terdahulu.

Post a Comment

3 Comments

  1. Kalau tengok pada harga iphone8+ tu, sama harganya masa saya beli tu..
    Tapi nanti nak try ke kedai..nak tengok semula harganya..
    Makin lama memang tak terkejar up to date gadjet ni..
    Pakai aje laa selagi mana boleh dan janji amik gambar cantikk kejadiannya..

    ReplyDelete
  2. Wahhh...turun harga ye.. Tapi leya belum berkemampuan lagi nak pakainye.. Walau boleh pakai, tapi rasenye nak saving aje duit tuh..hehe.. Cukup la dgn apa yg ade skrg

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.