Antara masalah orang berniaga ni ialah untuk mendapatkan stok. Kadang mereka tak buat research untuk pilih produk nak dijual. Banyak yang jual ikut trend semasa sehingga lupa bahawa nanti akan ada masalah dari segi mendapatkan stok.

Mana taknya, kalau dah semua orang jual produk yang sama, dan dari pemborong atau supplier yang sama... tak ke akhirnya akan timbul masalah tak ada stok? Akibatnya, pelanggan yang dah ada semuanya lari. Kedai online yang selama ini jana income setiap hari .. dah ibarat macam kedai kosong je kat internet.

Borong Dari China, Jual di Shopee

Borong Dari China Jual di Shopee

Masalah stok ini adalah antara yang sering berlaku di Shopee. Ramai peniaga online di Shopee yang hadapi kesukaran nak handle permintaan tinggi dari pelanggan sehingga tak sedar stok produk mereka jual dah mula kehabisan.

Al maklumlah, Shopee dah menjadi platform jual-beli online yang semakin popular di kalangan online shopper di Malaysia. Iklan di tv pun dah kerap keluar sehingga berjaya mengalahkan beberapa laman web shopping online lain yang dah lama bertapak macam L___ tu.

Saya nampak benda ni berlaku. Apatah lagi bila ada pengalaman membeli di Shopee yang akhirnya mengecewakan saya disebabkan dah kehabisan stok. Frust betul.

Cara borong online dari China, jual barang di Shopee

Daripada amatan saya, beberapa peniaga di Shopee berjaya kekal dan popular adalah kerana mereka mendapat rating yang baik dari segi penghantaran barang.

Bila penghantaran barang tak ada masalah, ini menunjukkan bahawa mereka tak ada masalah dari segi penyediaan stok.

Jadi?

Dari mana mereka dapatkan bekalan?

Borong Dari China Untuk Dapatkan Stok Barang Jual di Shopee

Salah satu cara untuk atasi masalah stok tak cukup ialah dengan memborong terus dari supplier pertama.

Ramai juga di kalangan pemilik kedai online di Shopee yang jual barang daripada stok supplier kedua atau ketiga, dan bukan dari direct kilang, pengeluar atau pemborong utama. Inilah yang menyebabkan masalah ketiadaan stok.

Saya lihat peniaga online yang berjaya buat jualan sehingga 5 angka sebulan menerusi Shopee mendapatkan bekalan stok jualan terus dari pengeluar atau pemborong utama, yang kebanyakkannya dari China.

Aha.. ya, inilah rahsia besar bagaimana ada seller di Shopee boleh buat untung besar dan tak ada masalah dari segi stok. Mereka borong barang dari China!!

[Baca] Cara Jual Produk di Shopee

Bila nak borong barang dari China ni, kena tengok juga produk nak dijual di Shopee. Bukan semua barang boleh dapat dari China ni. Takkan nak jual produk ciplak pulak kan?? Huhuhuhu...

Ada pelbagai barang dari China yang boleh anda cari untuk dijadikan barang jualan di Shopee ni. Harga borong dari China memang tersangat murah. Malah, ada banyak pembekal produk sama jenama yang akan mampu memastikan anda tak ada masalah dari segi stok jualan.

Bagaimana Nak Borong Dari China Dengan Mudah?

Persoalannya sekarang ialah bagaimana nak memborong dari China untuk dijual di Shopee?

Okeh.

Ada banyak laman web shopping online China yang boleh anda masuk untuk tujuan memborong dengan harga murah. Antaranya ialah TaoBao dan juga 1688.com.

Dua laman web ini memang popular untuk mendapatkan barang borong secara online tanpa perlu pergi ke China. Ada pelbagai jenis barang, pelbagai jenama, pelbagai tahap kualiti, pelbagai harga boleh anda dapat di laman-laman web ini.

Pun begitu, masalah timbul bila kedua-dua laman web ini adalah dalam bahasa Cina. Kalau ada bahasa Inggeris pun yang muncul, ia hanya pada bahagian check-out dan deskripsi ringkas produk sahaja. Memang sudah nak faham.

Apa penyelesaian?

Gunakan dua panduan ini:

Ia merupakan dua buah panduan dalam bentuk ebook (pdf) yang akan bantu dan tunjukkan cara betul dan tepat bagaimana nak borong barang dari China.


Tips - Gunakan kod diskaun ini untuk dapatkan Rahsia 1688 (cuba satu-satu sebab ada kuota tu)
  • vip30 - 30% for 30 only
  • vip20 - 20% for 40 only
  • vip10 - 10% for 50 only
Anda boleh pilih mana satu. Kedua-duanya bagus dan disediakan oleh mereka yang memang berpengalaman membeli online secara borong dari China.

Adanya panduan ini, bolehlah anda gunakan untuk cari produk laku keras yang tak ada masalah dari segi stok untuk dijual di Shopee tu. Ia juga adalah cara untuk memaksima keuntungan selain menawarkan produk anda jual dengan harga yang boleh compete dengan peniaga lain.

Ambil peluang ini untuk belajar terlebih dahulu, sebab berniaga tanpa ilmu ini mesti akan gagal kelak. Jangan ambil risiko mencuba-cuba tanpa ilmu perniagaan.

Orait.

Semoga ia membantu.

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Sekarang dah ada banyak panduan untuk borong barang dari china dan jual semula di platform ecommerce macam shopee dan lazada. Panduan yang bagus mestilah yang mempunyai panduan video yang lengkap dan group support yang mantop.

    BalasPadam
  2. boleh tanya, kalau product kecantikan yg kita borong dari China. kemudian nak jual di malaysia, adakah perlukan kebenaran kkm jugak?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement